Followers

10 Aug 2012

Makbed Kena Interview. FAQ About Belayar.




Blog ni selalu nye bercerita pasal aku.
Pehtu pasal ONi ngan Wawan.
Pehtu ada sesikit padal INche Kitchi.
Then, kalau ada kisah orang lain yg perlu dishare, baru aku share. 

So, hari ni aku nak tulih pasal satu soklan segamat keramat yang selalu dikeudarakan kepada aku just recently. 

Apala punya ayat ni...






Tajuk Soalan: BELAYAR.



FAQ about BELAYAR.



1. Ko tak kisah ke MAkbed laki ko berlayar jejauh ..lama plak tu..?
TETTT! Wrong question ni. Apasal pulak aku nak kesah. Bukan aku yang belayar. KAlau aku yg kena belayar memang siyes aku kesah sebab setiap bulan aku nak kena beli pampes bulanan, pehtu aku takleh dok jauh daripada TESCO dan COOL BLOG. Jadi, aku memang tak kesah le kalau suami aku yang belayar. 


2. KO berlagak cool je kan. Tapi, isteri mana yang tak sedih dan risau kalau suami jauh di mata. KAlau aku, tak bleh. NAnti renggang hubungan suami isteri. 
Betul. ISteri mana yang tak sedih dan risau. TApi, aku tak sedih. Risau tu ada. Risau akan keselamatan dia di tengah laut tu nanti. Tapi,kalau dok depan mata aku pun tidak menjamin akan keselematan dan kesejahteraan dia jugak kan....  Sedih? MAybe ada la kot bila tengok orang lain sibuk kemana-mana berkapel. Tapi, aku tak leh la tunjuk muka sedih beria sebab suami tu pergi berkerja. JAngan le buat dia susah hati. REdhakan je la. Insyaallah, dipermudahkan. KAlau sedih sangat, gi shopping. Musti gumbira punya.  APADAHAL. 


3. Dah tu, boleh ke ko nak uruskan anak-anak ko sorang? DIorang ni tengah membesar , kurang kasih sayang bapak lak. 
Iskk... banyak la tanya ko ni. KAlau ko dah pilih orang yang kerjanya belayar sebagai laki ko, patutnya ko kena bersiap-sedia la segala stamina nak handle anak-anak dan segala yang datang. Sama la ngan orang yg pilih polis, tentera, bomba, doktor, nurse sebagai suami..kena la bersedia. KEna pikir panjang. KAlau rasa takleh handle, takyah kawin ngan diorang tu. BAnyak lagi calon yang lebih berkaliber. 


4. Weh, ko tak jawab soklan aku pon. Buleh ke handle anak-anak ko sendiri tanpa bantuan suami?
BAntuan suami wujud dalam pelbagai medium. Paling mustajab, DOA suami. Mudah la urusan. Kedua, duit ringgit. KAlau suami aku itu udah sediakan duit dan dana secukup rasa , maka mudahlah. Nafkah zahir kena lebih dari mencukupi lah. Sebab tu kerja belayar ni gaji mahal.  Agak tak menang tangan, kita carilah bibik. Menda boleh buatt..... YAng penting, JANGAN TERLALU BANYAK EXCUSE. Setiap perkara ada penyelesaiannya. NAfkah Batin ajelah terkurang sikit. Tapi, lumrah la kan. MAna leh nak bolot suma skali gus. 


5. Ko tak risau suami ko 3 bulan , 6 bulan tak balik... Belayar jejauh. KAng dia ada pompuan lain lak nanti. Laki ni selalu curang.
Err... statement last tu takleh pakai 100%. Bukan laki je curang ok. BY the way, kalu isu wujudnya pompuan lain dalam kehidupan dia ketika belayar di laut mahupun ketika tak belayar, itu bukan masalah saya. Itu adalah MASALAH DIA. Aku leh handle masalah aku sendiri. KAlau dia nak buat masalah dan memberi masalah kepada aku, maka, tahulah aku 'selesaikan' masalah aku tu. Tapi sebelum suami tu gi belayar, aku leh la bagi slogan yang agak feymes ketika ini..." JANJI DITEPATI, K*t* DIKERATI.. ye bang....." Uhuk..Uhukk!! Eh, terbatuk pulak. 


6. NAnti laki ko 'makan luar' MAkbed.... Aku salu dengar orang-orang keje belayar ni, life dia sosial betul. BAnyak awek. Merata-rata negara. (Eh, macam kumpul setem plak.) Sapa pulak nak melayan napsu dia kalau belayar lelama gitu?
Eh, yang ko susah hati tang napsu dia tu pesal? Haa... Ala.. KAlau dok depan aku pun, kalau dia rasa nak 'makan luar' buleh je nok. Skang banyak drive thru dan delivery service. Pendek kata, nak 'makanan luar di bawak balik makan di rumah' pun dah boleh skang. Tidak tertakluk pada kerjaya belayar di tengah laut saja. Hmmm..maybe ada kot ikan duyung dan dugong yg tergoda nanti. Apa kata kita toksah pikir sangat tang 'makan luar' tu beb. MEnda tak jadi lagi pon. Awal sangat nak ramal. 

7. HAAAA.... Ko pun risau ni ...laki ko belayar nanti 'main' ngan orang lain. Soh dia keja dekat-dekat je lah Makbed. Jiwa tak risau.
Haiihh... kira jiwa aku je la. Dalam berumahtangga ni, kita bukan stakat pikir pasal diri kita yg perlu perlindungan dan kasih sayang je. Kita kena consider kat pasangan. Dan, tak boleh kita halang minat pasangan tu selagi ia tidak dibuktikan membawa mudarat pada diri anda dan pasangan tu sniri. LAki aku ni suka belayar. Dah dia suka, dan kesukaan dia tu jadi punca rezeki kitorang sekeluarga, why not? Sementara dia masih berkudrat dan bertenaga nak buat apa yg dia suka, kita support la. Sama gak la cam kita pun... KAlau kita nak buat sesuatu yg kita suka, kita mesti nak suami kita sokong kita kan? Dia berusaha gigih nak mencapai matlamat dia nak kerja camtu. BIarlah....


8. Jadi, ko takde masalah la ye dia keje camtu?
Personally, I don't hate the idea. Tapi, mungkin ada masalah berbangkit kot macam kekurangan tenaga dan kakitangan. TApi, kami settle down di Kedah ketika ini. Aku dah plan awal dah...Kedah ni tempat asal aku dan adik-beradik aku ramai di Kedah. Even mentua pun dok KEdah. Dekat je ngan rumah aku. KAlau perlukan apa-apa, aku WASSAP je. HEHEE... Itulah yang dinamakan MERANCANG. Ni kira support gak la ni. Aku taknak dia pergi bekerja dalam keadaan dia tak senang hati , risau kan anak dan bini. 


9. KO tak kerja... Boleh la cakap semua macam senang kan? 
Aip... aku kerja la. Kerja Free-Style. My Own time. TAk caya? NAk tengok payslip? 


10. Iskk... Bed. Takde keje lain dah ke nak soh laki ko wat?
Sebelum ni ada gak la syarikat pengiklanan nak hire laki aku jadi model dan artis. TApi, tak sanggup la aku nak hidup dalam dunia selebriti ni. NAnti nak beratur gi beli Cool Blog susah. Tak payah la. Kalau laki aku jadi artis popular, aku dah takleh lekat gambo Aaron Aziz kat dinding. HArus la kena boh gambo laki aku kan. *Lorat tui ko ni. 


11. Jadi apa nasihat ko nak bagi kat isteri-isteri yang suaminya kena belayar atau plan nak belayar di luar sana..?
Pesanan? Gila ko suruh aku bagi pesanan. PAnjang FAQ ni nanti! 




Jangan mengeluh tak dapat balik raya, atau lambat dapat pengesahan cuti raya.
 JAngan sesekali mengumam atau mengkritik kerjaya suami yang duit gaji bulannya kamu amik separuh untuk berbelanja , kemudian bila tak dapat cuti raya atau lambat confirm cuti kamu mengeluh macan dunia ni udah sampai penghujungnya.
 Redha aje la.


USah juga rasa sedih kerana terpaksa keluarkan suma baju yg telah dimasukkan dalam beg dengan penuh semangatnya kerana cuti suami disejukbekukan.
Oh..penah camtu. Sadis je rasa.


USah sediih juga ketika suami tetiba kate.."awok gi bli baju raya sniri aje la. Abang tak sempat ni...." Kesian..suami sibuk bertugas.

Redhalah....



 SAPA SOH KAWIN NGAN ORANG CAMTU.


KAhkahkahkahkah!!!! 





Yela..dah jodoh kan. 



Yang lelain tu, especially yg suka sangat bertanya, udah-udah le tanya soklan pelik-pelik.
Lebih baik kita saling bertukar-tukar kuih atau pun tukar kain buat baju raye....







sekali lagi Makbed nak mengucapkan....







JANJI DITEPATI. 
ntah pape la ko ni makbed



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram