Followers

9 Aug 2012

JIKA TAK MAMPU JADI TEMAN YANG BAIK, JADILAH TEMAN YANG TIDAK MENYUSAHKAN




Aku akui agak awkward sikit bila jadi orang baru ni.
Rasa cam setiap mata tu memandang kita dan mereka sentiasa cuba cari silap.
Camtulah yg aku rasa setiap kali aku nak submit kes baru atau hantar claim kat opis baru di Alor Setar. 
 

Pun begitu, aku suka suasana pejabat dan ruang lobi yang besar dan selesa. 
KAlau di SItiawan semuanya serba sempit.
Dan staf-staf kaunter di Prudential Alor Setar semuanya ramah-ramah dan tidak kedekut tenaga serta ilmu. 
MAsing-masing sudi je bagi kerjasama bila ditanya. 


HAri ni aku ke pejabat menghantar beberapa borang tuntutan. 
Dan salah satu penuntut claim adalah client aku yang anak kecilnya sedang bertarung dengan penyakit kritikal. 
Memang rumit claim ni.
Kena sabor bebanyak nak nyetelkan. Dan juga perlu organize dan tahu setiap langkah yang betul untuk menjayakan claim ni.


CLient aku ni, anaknya masih di hospital.
In fact, masa aku nak submit permohonan dia ni pun, dia tengah admitted. SIap operate lagi hari ni.
Aku call Customer Service di HQ untuk bertanya perkembangan claim terawal. 
NAmpaknya lewat lagi sebab patient masih berada di wad.
Dan report doctor client aku yg sakit kritikal ni memang udah lebih tebal daripada kamus dewan. 
Honestly aku memang faham perasaan doktor yang bertanggungjawab isi form medical report dia ni. HEHEH..


DIfahamkan, ada requirement pulak. 
Kena mintak lagi 2 medical report dan banyak borang yg perlu diisi dan ditandatangani. 
Aku lak dah blur-blur. 

Syukurlah Kak INa, customer service di kaunter Alor Setar tu memahami. 

Mungkin juga dia tersentuh bila dia taip nombor polisi client aku tu dan mendapati client tu baru berusia 2 tahun dan sudah ada brain tumor. 

"Awak kena tolong dia, DIk..." kata Kak Ina yang baru 8 menet je aku kenal. 

AKu senyum. 
Gitulah niat awalnya. 

"Saya cuba selesaikan secepat mungkin tapi ntah lah .... banyak pula requirement nya. Sudah lah detail nya takde pada saya.." keluh ku... kemudian berharap. 

Client yg sakit ni pada baru je tukar agen. 
Ayahnya decide nak amik aku, menggantikan agen sedia ada sebab agen tu tetiba je lesap ntah kemana.
Telepon pun tak de berangkat.
Sedangkan segala repot dan resit terdahulu ada padanya. 
Bila aku take over, aku hanya berbekalkan semangat yang jitu bahawasanya client aku beserta seluruh keluarganya perlu bantuan aku. 
Boleh atau tak, kena boleh kan juga. 

Mungkin...........
Agen yang awal tu sudah surrender sebelum masanya dek kerana kerumitan proses tuntutan ni. 


"CLient saya ni hari ni masuk wad lagi. Sedang operation..." dan aku ceritakan lagi kisahnya. Seronok pulak dapat berkongsi dengan orang yang sudi mendengar. 

"TAkpe Dik. Kita usahakan bersama ye. Akak tolong dari bahagian akak. The rest , adik kena buat betul-betul. Menda ni boleh selesai cuma secara teknikal nya leceh sikit lah. Kena sabar. Dan cakap kat client adik tu, sabar k." 

Aku angguk.


"HAh, ni akak dah printkan requirement yg awak perlukan. Dah tak banyak dah. CUma lagi 2 je lagi yang nak kena sign doktor."

Aku dah start plan.
NAmpaknya kena gi KL lagi le nak hantar borang amik medical report neh. 
Huuu.............


Aku balik rumah pas tu. 
Then aku telepon hospital di mana client aku sedang menerima rawatan. 

"If I were to request this Doc to fill up more forms and I currently in Kedah and not ready for travelling at least not around this time, what should I do?" aku tanya soklan dengan ayat yg sungguh penuh kemalasan. 
NAsib baik customer service hospital tu cool je. 
Lelaki!


"Owh.... no need to come so often Ma'am. You can just email the forms to us," katanya.

"Then?" aku lak tanya. 

"Then you can come here to claim it or.... we can courier it for you. Extra RM6 charge for the courier service...." 

Oooo..camtu lak ye.
"That sounds good enough!" Suara hepi kuar. 
"How about the medical report charge?" Ye la..nak bayaq lagu mana? Salu bagi cash. 

"You can bank-in to our account," gtau nya lagi. 


Oh... sungguh best.

Tetiba aku rasa kerja aku adalah yang terbestest di donia. 







BUat kerja cenggini, aku tak harap pon nak jadi kaya.
Aku cuma nak jadi orang yg mampu buat mereka tersenyum sedikit dalam saat berduka. 
Aku nak jadi orang yang BERADA DI SANA ,teman tak kira masa walau jauh dan dekat. 
Nak buat kerja macam ni, kena ada hati yang belas. 
Kena ada ehsan.
Kena ada sabar.
Dan kena sentiasa memberi dan kurang mengharap untuk menerima. 
KAlau hanya mengejar untung (which is memang menguntungkan pon) kita akan jadi kejam. 
KAlau kita hanya kejar duit, kita tak sedar kita mungkin menindas orang lain. 
KAlau kita tidak amanah, kita telah berlaku tidak adil pada orang lain. 


Jadi, nasihat aku pada agen-agen insurans di luar sana,tak kiralah agen takaful ke, konvensional ke, agen insurans keta ke cermin tingkap ke.....
SIlalah jujur dengan client anda. 
Dan sematkan rasa belas ehsan dalam hati tu. 
JAngan kejam sangat ye. 
Kesian kat orang. 

KAlau kita tak mampu jadi kawan yang baik pun, jadilah kawan yang tidak menyusahkan. 





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram