Followers

12 Aug 2012

"KENAPA IBU BUNCIT NI?"




Pada suatu ketika di mana aku sedang dalam proses kehamilan adik kepada Oni, Oni adalah orang yang paling concern dengan keadaan aku. 
Even sekecik-kecik aksi yg aku wat , dia tanya.
Terutama skali bila time muntah-muntah datang. 


Adakala, Oni temankan aku gi check-up perut.
DIa pernah tanya kat aku, kenapa aku SELALU je gi jumpa doktor. 
MAka, aku pun jawab .."Ibu nak check perut." 

PAstu dia tanya lagi..
"Ngape check perut? Perut Ibu sakit ke?" 

Aku pun jawab..
"Doktor nak check baby dalam perut, dan nak check Ibu sekali.."

Oni tanya lagi...
"Kenapa nak check Ibu. Ibu sakit ke?"


Maka.... untuk menyudahkan soklannya yang tak putus-putus tu,aku pun cakap "IYE" je. Iakan apa yang dia tanya tu. 




Setahun kendian....


Oni semakin bijak bercakap. 
TApi, aku lupa yang hakikat sebenar Oni ni bukan seorang pelupa. 

Skang Oni dah ada banyak vocab dalam kepala.
Dan cakap ngan dia macam cakap dengan orang tua. 

Satu hari, dia tanya aku...

"Ibu, kenapa perut Ibu boncit ni?" sambil pegang perut aku yang sedang duduk berehat-rehat di sofa.

Aku diam jer , sengih.

"Dalam ni ado baby lagi kerr?" tanya Oni lagi.


NAsib baik la ko budak kecik.
Kalau ko beso, senang sikit aku nak 'explain'. 

Dah macam Sin CHan dah.
HAri-hari asyik nak membahan perut aku yang boncit berlemak ni.
NAsib baik la lemak tu semakinberkurangan. 
Dah banyak kurang dah berbanding dulu. Dah nampak kempis sikit. 
KAlau tak tu , goyang-goyang perut aku. 
KAlau wat Belly Dancing pun orang yang tengok buleh muntah keluar coco jelly. 


Bebaru ni, ONi ngadu bontot nya sakit.
DIa dok korek-korek bontot.
Gatal katanya.
Tapi, aku nampak dia sangat restless dan asyik merengek cakap bontot gatal.
Aku risau la.
KAdang-kadang, berak keras pun leh buat bontot gatal. 
Tapi, Oni berak tak keras pun.

Aku expect dia ni ada cacing.
TApi, nak sure lagi kena la gi klinik kan.
So, aku ajak la dia gi klinik dah sebab dia dok merengek tak brenti. 

"Kita pi klinik je la. Jumpa doktor.."kataku.

"Takmo lah. Oni takut nak jumpa doktor.."balas ONi.

"Loh... DOktor bukan nak wat apa pun. DIa check je. KAlau sakit, dia bagi ubat. Kalau tak sakit, dia bagi gula-gula."


Oni diam kejap.
BErpikir....


Kendian dia balas...


"Hmmmm... nanti Oni pi jumpa Doktor tu, Oni boncit macam Ibu. Taknak lah!"




Berbulu je dengarnya....








Aku faham maksud Oni tu.
BAgi dia, tak guna jugak dia gi jumpa doktor  sebab IBu dia gi jumpak doktor selalu pun 'sakit perut ' Ibunya tak baik-baik jugak. 

Dan final nya, Ibu masuk wad (nak bersalinkan Wawan) , kena tido sepital dan bila balik, perut Ibu tetap boncit. So, ONi takut kalu dia pi spital nanti perut dia akan ended up boncit macam Ibu. 


Gitulah gamaknya pemahaman Oni.



So, korang pastikan sampaikan maklumat yang betul pada anak-anak. 
Pikiaq la kot mana pun, cuba beritahu perkara yang betul walaupun ia rumit.
Sebab , kalau kita amik jalan singkat sebab malas nak layan, in the end kita sendiri yang pening kepala nak explain semula. 
Anak ni jenis TAK LUPA. 
KITA NI YANG PELUPA. Makin tua.....





Sampai hari ini, Oni agak concern ngan perut haku.
MAybe dia risau aku ngandung lagi kot.
Sebab ari tu aku tanya dia.."Oni nak adik lagi ke?"
Dia cakap "NAK.." 
tapi ayat yang last tu dia sebut "tapi...Oni taknak Ibu sakit-sakit lagi..."


Itu la sebenarnya soklan "kenapa Ibu boncit?" selalu diutarakan - dia tak mau Ibu nya sakit-sakit lagi. 



ALahai Oni....






BAca kesah WAWAN YANG SEDIH


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram