Followers

10 Jul 2012

Sofa baru dan OCD


Zaman di rumah barangnya semua ditaja kerajaan, aku tak port lansung rosak ke hape. 
Ini kerana, barang yg datang pun tak de la semuanya in condition. 
Since dapat free, sapalah kita nak mengomplen, ye dak? 


Skang baru rasa keciwian beli sofa dan perabot baru. 
Bukan le lawa or mahal sangat yang tetiba nak ciwi, tapi sebab beli pakai duit sniri kan?
 (Opss..duit suami saye lah.)
Dan berpeluang pilih perabot mengikut citarasa sendiri. 

Skang ni, sofa dah sampai.
 Nanti aku upload la gambo ruang tamu. Asik lupa je. 
Couch kaler biru depan ruang tv pun udah sampai.

MAka, bermulalah penyakit aku.....................



  • Oni suka betul baling-baling kusyen 4 segi yang turut disertakan bersama ngan sofa. Pehtu, dia ada ura-ura nak jadikan kusyen tu bantal busuk dia. Melampau tak? 
  • Wawan dah start nak panjat sofa di ruang utama. MAlangnya dia belum cukup sampai lagi. JAdi, dia masih berusaha gigih ke arah tu. 
  • Oni buat aksi terjun-junam atas sofa baru aku. 
  • Paling teruk, dia wat sofa aku cam trampolin. Haloo..baru 2 hari je usia sofa tu kat rumah ni hokeyyy!

Sofa makbed. Letak kat ruang tv.

  • Wawan baru je terjun kepala dulu dari sofa biru ini. Nangeh selop. Ingatkan pastu nak insap la kan. Tapi, sangkaan aku meleset sama sekali.
  • Tepat sekali jangkaan aku bila sofa ni ada je kat tempat tv, Inche Kitchi dah tak golek atas kapet dah. Siap dia luruskan terus sofa tu untuk dia baring. Habeh, aku nak duduk kat mana plak? Wajib tak beli sebijik lagi?
  • OCD datang bila sofa bed ni tak kembali kepada bentuk sofa seperti dalam gambo 1. Bila sofa menjadi sofa bed, anak-anak aku akan buat trampoline atas sofa ni. KAlau jadi sofa pulak, Wawan akan tersangkut kat tempat letak tangan tu. Oh, stress!
  • Dah mula ada kesan kotor kat sofa biru sayeeeee..... Terus rasa cam nak bukak sarungnya dan basuh. Memang buleh bukak sarungnya. Cuma, aku tak pasti lepas bukak tu, aku leh pasang balik ke tak je. Urrgghh!


Normal tak keadaan aku ni?







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram