Followers

23 Jul 2012

Sedikit Kisah Untuk Dikongsi...



Ni kesah benar ok..


Juita dah bengang habih la tu bila dia tetiba nangeh teresak-esak ngadu kat aku pasai asben dia yang tak de duit, tapi bergaya macam banyak duit. JAngan terkejut. Istilah biar papa asal bergaya ni dulu memang dibuat khas kat orang pompuan tapi skang orang jantan pun dah terjebak sama. Tu lah, mengata lagi orang pompuan!

Asben dia dulu orang hebat. Pegawai dalam jabatan kerajaan. TAk de banyak kerja, hari-hari masuk opis main Farm Ville je pun buleh dapat gaji masyuk. NAk hape men order je. Ada 'budak' boleh uruskan. 

Tapi si suami alpa la pulak. Dek kerana rasa diri hebat, kawan-kawan cabar pulak suruh amik syabu. MEmula amik sorok-sorok je. TApi pehtu, dah takleh kontrol. Dari amik suka-suka, sebulan skali, lama-lama dah jadi seminggu skali. Lepas tu dah jadi hari-hari la pulak. 

Malang si isteri, dia ni haram taktau laki dia dok wat kerja cam haram jadah kat belakang dia. BAlik kerja cam besh je si laki tu order itu dan ini. MAcam le penat sangat bekerja. PAdahal,hari-hari tengok fesbuk, 'harvest' semedang je segala timun , petola, bawang, bendi segala. Orang yang bertani betul-betul pun tak serileks tu. Suami dia, kalau nak pinjam lektop pun tak leh. MARAH. "aya nak harvest ni. KAng mati segala pokok yg saya tanam. Awak ingat senang ke nak tanam semua tu?"


Juita dengarpun nak muntah. KEje nak men fesbuk. MAkan , tido... MAlam nak minta dilayan. GAji keje gomen memang le banyak tu je. Dah pulak laki ni minat keta. MEmbazir bikin kereta. BAju dalam ngan spender Juita sejak beranak anak yang sulung sampai si anak tu dah masuk darjah 1 tak berganti-ganti. KEsian tak? 

Juita tak sampai hati nak mintak. LAki dia bagi duit dapor ngan blanja susu anak pun jadilah. KAlau dia sendiri nak berbelanja lebih, Juita amik upah menjahit dan buat kek. Mana-mana la yang dia rasa larat. 

Tetiba..... ujian melanda keluarganya. 

Suaminya kantoi isap syabu. Dan kena berhenti dari berkhidmat. Memula Juita tak tak tahu apa yang berlaku, jadi Juita blame la majikan yang takde hati perut saja nak mengantoikan laki dia. LAki dia plak buat donno je biarkan isterinya marah-marah begitu. Tapi, menda salah takkan lah buleh simpan sampai bebila kan..... Juita tau jugak dari salah seorang rakan suaminya.Tu pun rakan suaminya tu tak sampai hati tengok Juita gila meroyan tanpa hala tuju yang betui. 

Juita tanya depan-depan suaminya, betui ke cerita yang didengar. Suamiya mula berkepak-kepak menggelabah macam cicak berak kapor.TAk tau nak wakpe, tetiba nangeh minta maap. Cakap dah tobat tak mau buat dah. Juita mula rasa sesak dada. Kalau ada sakit jantung, lama dah dia kojol. LAki tersayang buat menda suka hati , tak pikir nasib anak bini. Sudahla Juita tak bekerja. Anak pun ada sorang ni... mash minum susu berpampes. Kena buang kerja pulak , dengan kerajaan MAlaysia lak tu. Wat kes!! Apa nak jadi??

Tetiba plak Juita disahkan pregnant lagi. 

Juita semak. TApi, takpe. BErsangka baik dengan rezeki Allah. Juita bersalin dengan selamatnya, dan menetap di rumah mak nya. Suami dia pun ikut sekali. Ok..skang anak dah 2. Suami plak tak kerja. Dah takde gaji bulan-bulan. Skang ni lah buleh nampak, mana satu kawan yang lekat ,mana satu kawan yang lekang. 

LEpas sebulan, Juita tunggu lagi sebulan. Suami dia takde ura-ura pun macam nak bekerja. BAlik-balik dok main Farm Ville. Juita dah resah. Sepanjang berpantang tu dia dok kira belanja anak-anak sekali susu semua. KAlau la dia tak kena pantang,memang dia dah bangun buat kerja.TApi, inilah dia kudrat wanita. Bila kena rehat, memang totally kena rehat la. TAkleh melawan. KAng badan sendiri yang bisa-bisa. 

MAsuk bulan ketiga, suami dia masih lagi kekal tak berbaju. HAnya berkain pelikat di rumah. NAik meluat pulak Juita melihatnya. Dah tak ensem macam zaman bekerja dulu. Nak tambah duit isi rumah, Juita mula buat kuih. Kebetulan skang ni nak raya kan. TAk cukup ngan kuih, Juita amik upah menjahit. Anak-anak lagi... Wah, gila bekerja camtu dengan ada anak-anak yang masih kecil.

Suaminya masih tetap main FArm Ville. Dan gila kereta. Minat sungguh nak beli spare part keta. TAkde duit, duit Juita dimintanya. BAb amik syabu ke tak tu Juita dah malas nak amik tahu. KAta Juita, duit nafkah zahir memang lansung dah takde dah. NAfkah batin je dia bagi tanpa gagal. 

"LAst skali baru ni aku dah hangen sangat... Aku marah laki aku. Aku dok tengah sibuk uli tepung wat kuih nak jual, dia pulak sibuk dok ngadap fesbuk. Ko tau dia wakpe? Dia dok sibuk layan shoping online! Beli barang keta. Anak-anak dok nangeh. PAmpes tak bersalin. MInta tolong wat susu pun takmo wat. MArah aku plak. MAcam dia sibuk sangat guna tulang empat kerat dia..." gitulah ayat Juita bercerita tentang sakit hatinya. 


"KAlau dia takmo bekerja pun, paling tak support la aku yang sedang menambah pendapatan ni. Aku keje bukan untuk aku, tapi kesiankan anak-anak aku ni. Setiap kali tengok susu dan pampes anak habih mula lah dalam hati aku menggeramkan laki aku. Mulalah aku pikir yang aku ni dah kawin dengan LAKI TAK GUNA. Aku dah maafkan dia pasal kes dadah tu pun, boleh tetiba nak ungkit balik!.."

Kesudahannya, dek memendam rasa terlalu lama, satu hari terhambur jugak segala isi hati Juita kat laki dia tu. MAka , berlakulah perang besar antara keduanya. Si laki kata dia malu dapat bini macam Juita. Yang si isteri pulak cakap, nyesal kawin ngan orang pemalas macam laki dia. Anak-anak tengok je si mak dan ayah gadoh. 

Bengang dengan lakinya ,Juita suruh suaminya keluar rumah. LAgipun, Juita dah naik segan dengan maknya.MAk dia pun taktau kenapa tetiba suami anaknya tu ado di rumah beliau. Juita kata, "JANGAN BALIK SELAGI TAK BEKERJA. " 


"Aku cuma nak dia keluar, berfikir. Skang ni dia naik lemak sebab ada tempat tinggal. Aku kata ngan dia, tempat tinggal skang ni sementara je. Ajak tinggal kat rumah mak dia , takmo pulak. MAk dia pun taktau apa yang berlaku sebenarnya. YAng tau ni aku je. Dia takmo duduk umah mak dia sebab takut kantoi ngan mak dia. So, skang ni..aku suruh dia keluar. BIar le dia nak dok bawah jambatan pun takpe. Biar dia dok sengsorang dan fikir, apa yang dia ada. Apa yang dia dah hilang. NAma nak mengaku SILAP dan SALAH dan BERUBAH, tidak sama sekali kak.... TAkde pun. MAcam tu je. Dok EGO gitulah kak. Bila saya tegur,mulalah nampak macam saya ni isteri derhaka.

"PAdahal, kalau saya tak bunyi, sapa pulak nak bagi anak -anak makan kak? Dia kata saya ni tak beguna, menyusahkan dia. TApi bila saya suruh balik dok umah mak dia, dia takmo. Skang ni, sapa nyusahkan sapa ni? Saya pulak kena tanggung beliau nihh. TAkmolah saya... "


KAlau korang berhadapan dengan situasi cenggini, korang nak buat apa?

Kalau korang jadi aku, korang nak bagi nasihat macam mana?


Di mana silapnya?







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram