Followers

24 Jul 2012

Sebak Tetiba Bila Ke Pasar Ramadhan Insaniah




Ramadhan ke-4 barulah Makbed berpeluang pergi pasar Ramadhan.
 MEnjaga anak-anak di rumah je sebelum ni. 
Ingat senang ke nak keluar tanpa dikesan? Huh!

Tu pun Oni meraung nak ikut masa aku nak kuar tadi. 

Aku gi merempit ngan Alang. 
Fuh, lama jugak tak merempit ni. BEs wooo...
 KEna asah balik bakat merempit sebab kat Alor Setar ni banyak kereta. Jem macam duduk Ipoh. Sikit je lagi nak sama macam KL.
 KAlau nak pi pasar lagi lah tak buleh bawak kereta. Memang takde parking.

Bazaar pilihan kali ni adalah yang berhampiran ngan Kolej Islam Antarabangsa Insaniah.
 HUu.. Meriah beb. 
Selain daripada mencari juadah berbuka puasa, bazaar ni juga sesuai untuk para bujangan mencari pasangan hidup. 
YAng lelaki kalau anda cukup bertuah dapat la gadis-gadis ayu bertudung labuh. 
Suka aku tengok. 
MAnis berjubah. 
Sangat ramai. Sangat payah nak nampak situasi macam ni kat MAnjung.
 Aku pakai jubah pi opis pun orang pelik. Padahal jubah moden kott. Belum Abaya gi. HAHAHA..~  Pun begitu, macam-acam jenis dresscode jugak yang wujud kat bazaar ni.
 Walaupun majoritinya bertudung litup, berjubah, berpurdah pun ada, tak ketinggalan jugak awek tak de jubah, pakai biasa-biasa, yang leh tahan gak la seksi-seksi yang turut sama membeli. 
Eh, yang berbangsa cina pun tak ketinggalan! Seronok pulak aku tengok cina sorang tu tadi beli tepung talam sampai 3 hengget. HAmboi ...


Pelbagai juadah dari kuih-kuih sampai ke makanan. 
Air minuman jangan cakap ler. KAt situ memang tumpuan ramai sebab banyak student. 
JAdi, kebiasaanya makanan cepat habih. 

MAsa aku gi tu , memula aku tak tau nak makan apa. HAri ni memang tak masak sebab tadi travel gi Penang kejap. So, mood masak takde. 
Sesampainya aku kat bazaar, jalan skit aku dah nampak asam pedas sayur keladi.
 My favourite!!!!
 Alang pun suka gak. 
SIap tapau untuk sahur.
Kitorang beli kat 2 kedai. 
Satu kedai jual sebungkus RM 3. 
YAng satu gerai lagi jual yang dah bungkus siap-siap, sebungkus SINGGIT!! 
Gila kau... singgit je. 
Tu pun sama beso ngan yang RM3 tadi bungkusan nyee... CUma isi kandungan je taktau camne. 


JAlan lagi, jumpa nasik tomato plak. 
Sebungkus siap ayam beso-beso harga RM2.50. 
Aku rasa cam nak nangeh.
 Sebak. 
TErharu pun ada. 
Murah betui rezeki makanan kat sini. 




Pehtu ..jalan lagi. Aku nak makan nasik goreng.HHEHE... Ada harga spesel...





Apa je la yang dalam talam tu...SINGGIT. Buleh campur kalau suka
. Heeee... Kagum sat.
Tapi, sedap ke tak taktau le kan.
 Meh kita beli dulu sebab aku nak snap gambo kedai beliau. Kang dia arah lak snap gambo je tapi tak beli. 


Kendian gi beli kuih seri muka ngan tepung talam keladi. 
TEringin plak.
 KAt sini seri muka ngan tepung talam semuanya original rasa. Kaler hijau inti seri muka tu memang hijau pandan. 
Ada bau pandan betul. 
Bila makan je terus teringat zaman dulu-dulu time ada opah dan atuk yang kini sudah pon arwah... Al-Fatihah.




Hoh!
 Ni lak air temikai yang nampak sungguh mengiurkan. 
Siap ada ketul-ketul tembikai ala-ala nata de coco gitu. 
TApi sbenornya tembikai la. Ekceli aku terbekenan kat tembikai yang ada dalam tong air tu. 
Siap dengan kulit-kulitnya skali pakcik ni boh. HAHAHAHA... 


Adik ipar aku pun berniaga sepanjang RAmadhan ni. 
TAdi aku gi umah MIL, nampak dia sibuk dok mesin bahan jualan nya tu. HEHHEE... Terlupa pulak nak snap gambo beliau.

 Aku sempat snap yang ni je...





Meh meh meh...
2 singgit!
2 singgit!





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram