Followers

20 Jul 2012

RINDU TEH AIS DALAM BASE LA~




Kedai Teh Ais Paling Legend bagi aku



Dah 20 hari jadi pemastautin tetap di Alor Setar ni. 

Banyak yang berubah kat aku.

Antaranya, aku turun sekilo setengah dengan jayanya. 

Aku pasti.....

Ini berkat tak sentuh teh ais keramat yang aku salu beli di pasar Pangkalan TLDM tu. 
Huuu... di sini takde teh ais setanding tu lagi....
Masih belum jumpa.
Kat sini teh ais nya semua ceroi-ceroi.
Tak kaler oren.
Tak wangi.
MEMANG TAK SAMA.
BAik dari segi rupa dan rasa.


Oh...rindunya teh ais akak tu. 

Tapi minggu lepas balik Lumut kejap. Sempat la lepas geram beli teh ais tersebut, HEHEHE... 



Pagi ni berpeluang pegi pasar borong berhampiran rumah.
Hujan lebat tadi. So aku pegi sorang. 
Wawan dan Oni tinggal dengan Apak sebab diorang still tido. 

Hmmm... nampanya tak leh bawak diorang gi pasar tu. 
Kalau dok dalam base, memang slamber je le bawa budak kecik.
Tapi pasar kat sini tak bersih. Lecak-lecak. 
Iskkk..aku dah la memang tak gemar gi pasar. 
Dok Lumut je aku suka pi pasar sebab pasar dalam base bersih dan besh. HEHEHE..~

Pasar borong kat sini tak banyak choice sangat lah. 
Kena survey pasar yang lain...
Papepun, membeli ikan dan udang segar lebih mudah di Tesco Mergong.
Cuma kalau nak yang fresh, kena pegi sebaik saja Tesco dibuka!


Sejak dok Alor Setar ni, selalu terbangun lewat. Heeehehe..
PErubahan masa dan cuaca kot?



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram