Followers

28 Jul 2012

[RESEPI] AYAM BAKAR MADU



HAri ni nak kongsi resepi lauk berbuka puasa petang semalam. 


AYAM BAKAR MADU


Terasa nak share sebab resepi ni senang bangat. TAkyah blend-blend. Senang sangat kot nak bakar ayam masa gi camping sembelihan untuk budak Tingkatan 4 dan 5. HEhehe... Teringat zaman dulu pulak. 




AYAM BAKAR MADU


Bahan-bahan:
10 ketul ayam yang dipotong sederhana kecik. 
Sebungkus kecik serbuk cili
Sos tiram
Madu
Sedikit serbuk kari
garam
Kiub pati ayam (sebijik je..)


CAra-caranya...

Campurkan semua bahan ke dalam bekas berisi ayam. TAkde sukatan khusus. GAul sebati. Agak-agak sampai bahan campuran tu tersalut elok kat ayam-ayam tu, perap selama beberapa jam. PAling elok, perap dalam peti ais. JAngan boh dalam freezer pulak ye. 


Snap gambo ayam sebelum diperap dalam peti ais

Ehh..tetiba je lalat tu join skali nak bergambo. MAhal tau aku bayar lalat tu jadi model tambahan!




Tukang bakar yang didatangkan khas dari rumah sewa beliau. HAHAHA.. Siap rembat sekejap tempat grill tu. 



Nih pulak tukang bersihkan crime scene. Ada jela kerja dia nak buat. Semoga ko rajin la tolong ibu bila besar nanti. Jangan hangat-hangat taik ayam pulak. 


Simple aje resepi ayam bakar tu. MAlas aku nak kupas bawang nak blend bagai. Yang ni paling ringkas dan mudah. Syaratnya kena ada madu. KAlau takde ,tak bes. Dan rasanya memang sangat tak mengecewakan. LAgi sedap dari ayam bakar yang aku masak dari cubaan terdahulu
. KOrang try la! Berbaloi...








HAri ni dapat tengok Batman: The Dark Knight Rise. Seb bek Alang sudi nak jagakan ONi dan Wawan. Best lah citer tu. RObin pun kiut jugak.
 TApi................ nengok Anne HAthaway naik motor BAtman tu rasa cam tak 'puas' lak. Best la kalau JEssica Biel yang take over motor tu. Cisss....


Dan....


Selepas movie habih jam 2.30 pagi tadi, aku amik keputusan nak kembali jadi minah rempit.
 Dan bakat merempit perlu diasah semula selepas 4 tahun lansung tak pegang kunci motor. Huih.... KAt mana nak sumbat kunci nak start moto pun buleh teraba-raba.
 NAmpak sangat aku kena training balik. Sedangkan Batman 8 tahun cuti tak bekerja pun kena gi wat medical check up dulu, kaan? 


TApi. sekejap je training.
Round satu taman tetengah malam, dengan LC 125.
Satu permulaan merempit yang bagus. 

LULUS!!!



Pasni leh beli SCRAMBLER.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram