Followers

8 Jul 2012

Projek Ribu-Ribu


Antara keburukan duduk umah tajaan kerajaan ni adalah kita tak tergerak hati nak beli perabot selagi tak kena halau suruh cari rumah sendiri. 

HAHHA... ni lah dia. 

Jumaat lepas, tergedik-gedik aku ajak Inche Kitchi, sama ALang , Oni dan Wawan gi Courts Mammoth. Dapat dah sofa sebijik. 
Ok, lepas ni takyah beli perabot kat situ sebab  mahal. 
Tapi , disebabkan aku dah tak koser nak jalan lebih jauh untuk survey perabot dan aku pun taktau kat mana lagi kedai perabot yg ado kat sekitar Alor Setar ni, dan aku jugak dah tak mampu nak tunggu lama duduk rumah tak de tempat duduk.... so aku tuju ke situ je lah. 

Yang besh, promoter yg melayan aku tu muka dia macam Adi Putra.
 Banyak kali gak la aku kejip-kejip (kelip-kelip) mata tu. 
Tinggal tak tampo pipi sniri je la kan. Huahuahuahuahuah... Tapi, aku senyap je tak cakap kat sapa-sapa. Ingat nak sharing gak la kehairanan aku tu ngan Inche Kitchi. Kang tetiba Inche Kitchi lak kata "sapekah Adi Putra itu?" . So tak payah la potong stim kan?

Aku dah dapat sofa kesukaan. 
Sofa set je. 
Coffee table tak beli sebab harganya macam tak masuk akal pulak.
 Coffee table aku pi beli kat kedai perabut yg aku beli almari Angry Bird Oni. 
Kat situ jugak aku beli meja kerja aku.

Malam ni, Alang tolong install application dalam henpong baru. 
Siyes, tatau apps apa yg menarik dan perlu dimasukkan. N
Ak masuk semua ? 
Tak logik.
 Kalau korang ada idea, silalah sharing ye. 

Dan aku ngan Alang ada wat sikit meeting. 
Meeting untuk decide tema rumah kitorang. NAk kaler hape.... 

Ecehh..memula siap nak boh kaler purple. 
Tu idea Alang la tu. 
Tapi, kendian Alang kata, kalau boh kaler tu, time datang mood tak baik, tgk lak kaler purple, boleh muntah. Katenye laaa... 

Dah tu aku sejes boh la kaler purple kat ruang makan. 
Time makan aku stress sikit. So, confirm aku tak makan sebab nak muntah je kejenye. 
Kan?

Gelak besau si Alang. 

Sorilah peminat purple ye. Ini gurauan adik-beradik aje. 


Nasib baik la ado website Nippon Paint. Selama ni kalau nak cat main bedal je. Teka je kaler apa yg nak boh. Kalau biru, biru je... Bukannya taktau biru tu ada memacam jenih. Kan? Kalau time beli baju raya, pandai pula cari kaler yg match. Tapi, bila cat rumah, asal cepat siap je. HEHEE... 

Tapi, dengan web ni at least takde la terkapai-kapai nak memadankan cat. 
Korang leh la cuba belek-belek web ni kalau ada rasa cam nak tukar cat rumah baru sempena hari raya ni.

Siyes, sebelum gi kedai cat dah pun buleh decide cat apa nak beli. Jadi, meeting berdua antara aku ngan Alang berkesudahan dengan keputusan yg sama. 
Tema rumah - Macam Orang Kaya-Kaya. 
HAHAHAH.....
 Inche Kitchi kata, mau nampak cam rumah org kaya, tempek jelah duit kat dinding. Tak penah lak tengok umah org kayo cenggitu. Keh Keh Keh... Inche Kitchi sedang cuba menajamkan skill berlawak beliau. Sila beri sokongan moral!


Sudahnya, masing-masing sepakat nak kalerkan rumah kami sama cam kaler Bambam Bee. HEHEHHEHE... 



Bilik Alang
 Nampak le mewah cket. Bilik takde le kecik , takde besar sgt. Tapi, memula dia nak boh kaler purple. Udah aku siapkan plan kaler purple, dia kata nampak cam bilik cik fondan lak. So, dia nak kaler camni.


Dining room
 Ini just contoh je. Ini je ruang yg hampir menyamai rumah aku punya dining room. Jadi, pilih kaler ni jugak sebab match ngan apa je perabot yg sedia ada.


Ruang Tamu
 Ni bukan ruang tamu aku. Contoh gak ni. Ruang tamu yg betui lebih besar. Ada 2 ruang. Rumah aku ni lapang. Bukak pintu je terus nampak sampai ke dapor. So, nak kena limitkan sikit pencahayaan tu supaya tak cerah sangat. Lagipun kan, cat orang yang menyewa rumah ni dulu sangat tak stylo. Membuatkan aku cecepat nak tukor cat. Huuuuuuuuuuuuu.....


Bilik Tidoq
 Bilik tidoq aku ni luas. Memula nak boh kaler hijau. HAHAHAHAHA. Tapi, nampak kaler brown lebih dekat di hati la.


External
Haa...Ok la kaler ni kan? Takde la Bambam Bee rasa terpinggir.  HAHAHAHHHAA.... Dia leh parking je kat porch, blend in dengan suasana rumah. Oppss.. ini bukan rumah aku. Rumah aku jauh lebih rendah dari yg ni. KEKEKEK....
 


Baru plan je. Memang nak cat pun. Tapi decision mungkin boleh berubah. 
Harap-harapnya tak berubah la. 

Cuma, skang ni musim hujan.
 Ntah bila buleh mula cat ni, dekat-dekat nak puasa ni, Kedah asyik naik air je.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram