Followers

3 Jul 2012

Pindah = Penat


Bangun tetengah malam wat kijo!
Dah lama tak wat ni. Tapi, tu la... tanggungjawab is tanggungjawab.

Pindah ni sangat penat kan? 
Penat segala.
Badan penat, emosi penat, mental pun penat jugak.

Jumaat petang lepas habih kemas barang, kami gerak ke destinasi sebaik saja abih Maghrib.
Orang terakhir yg kami jumpa ialah jiran rumah paling atas - Kak Ida the tailor.

Lepas tu kami gerak slow-slow.....
Lori dah jalan dulu.
Sebelum keluar dari Lumut, aku bawak Wawan pi jumpa Dr. Saadiah dulu.
Wawa belum cucuk 1 tahun lagi. Patutnya kena pi cucuk pada hari sebeday beliau, tapi beliau demam pulak. Jadi, tangguh ler cucuk itu...
Ku kaborkan kat Doc t\u aku dah nak pindah balik kampung da. Waaaaaa.. sedih la pulak. Sempat ucap terima kasih kat dia atas macam-macam sebab la.
Papepun Wawan cool je kena cucuk kat tangan. Tak nangeh!


Lepas sejam perjalanan, aku tido. Huuu..sian husband bawak keta sengsorang.


Sampai umah baru dekat-dekat nak tengah malam. Aku tau laki aku bawak laju. Lori dah ada depan umah.
Elok gak la pindah tetengah malam ni because the lease I want to do was to drive everybody's attention towards us, particularly to the TLDM truck.
Kesian wooo kat driver lori tu weh. Aku moskel apsal dia takleh tuko unipom kepada baju biasa je. Pakai la suar track ke... Takpun, sediakan la satu uniform khas untuk beliau. Jenuh nak angkat barang dengan hensem-hensem camtu tau!

Ketibaan kami disambut Umie , Ayah ngan Aie.
Sapakah mereka?
Mereka ialah mak mentua, ayah mentua dan adik ipar aku.
More stories with their name attached lepas-lepas ni nanti. HEHEHEHE..

Umie ajak tido umah dia je. Umah dia kat Jabi. Ado la setengah jam driving sebab skang ni dah ado highway baik punya.
Aku nak kena bagi nama kat umah Umie ni. Nak panggil Banglo Cili , buleh tak?
Camne nak tido la umah pun tak kemas lagi. Leh megren tido sini.

Hari pertama lepas pindah.... Sabtu.
Pepagi lagi Umie siapkan nasik lemak. 
Wawan aku tinggalkan soh Umie jaga. Aku gi ngan Inche Kitchi ngan Oni jek. 
Bermulalah sesi punggah kotak. 
Memang cair suma lemak-lemak dengan cuaca yg agak-agak panas tu. 
Kesian Oni. Takde tempat nak gi. 

Bila dah petang, Alang pun dah sampai umah. 
Kitoang kuar gi beli ekon. 
I insisted!!
TAk bleh la camni. Kalau tak letak ekon kat masterbedroom tu, aku mmg takleh tido lansung kot. Berkuwap! Takkan nak bantai tido bilik Alang hari-hari. 

[brenti taip. minum susu anlene panas-panas plak... nikmatnye........]


Al-kisah nak bli ekon.
Abah rekemen gi Simpang Kuala, ke kedai yg dia penah beli dulu.
Memula aku gi sana. Kedai biasa-biasa je. Megiknya kedai tu, bila promoter nya sampai je kat aku, aku terus ilang mood nak beli ekon. Bukan hilang mood, aku hilang iingatan teros tentang misi utama aku gi kedai dia. TAk peramah lansung lah! Udahnya, aku blah je. Gi mampos lah ko ngan ekon-ekon ko neh. Huh!

Aku nak gi SEN HENG gak!

Sen Heng sebelah tu je. 
Konpiden sikit nak beli. Bukan sebab aku ni gila barang brand ok! Sen Heng is not a product brand. Sen Heng adalah tempat menjual barang elektrik yg khidmatnya sudah well-established. Kalau aku nak gi barang branded, kat kedai ekon yg aku nyampah tadi pun ado dah. Sama je. Cuma skang ni, aku nak servis je. 

Ok, dah macam kekwat kan? HEHEHE...


Nasib baik gak la gi SenHeng. Dapat barang percuma lagi. HAHAHA.. Beg kasut SPiderMan. Kan skang musim Amazing Spider Man. Kan..Kan. Kan.. 
Bukan takat ekon je aku angkut, sekali ngan vacuum cleaner aku beli. Lampu kalimantang pun beli jugak. HAHAHHAHAHA... Hamek ko. Puas hati la aku.

Balik hari tu, kami masih lagi tido di umah Umie.


Hari KEdua pindah, iaitu hari Ahad. 
Kami angkut Wawan skali. Cadang nak tido umah baru.
On the way nak balik tu, singgah kat kedai perabot.
Berjaya beli almari baju untuk Oni dan Wawan, rak pinggan besi dan 2 buah katil single untuk kegunaan para tetamu yg berkunjung.

Sambung mengemas, sambil menjerit-jerit marahkan Oni dan Wawan yg tutur sama 'membantu'. 
Wah, diorang dah pandai bergaduh skang ni. Tensen~
TV pun dah nyale. Apak pasangkan asteruk sendiri jek. Oh la la.... 


Hari Ketiga pindah , iaitu hari Isnin. Hari ni la ye..
Dah 80% siap. 
Dapur dah ok.
Bilik utama je blom lengkap. Ekon sampai hari Rabu. So, bajet Rabu la baru leh spend time dok dalam bilik tu.
Skang, aku bertungkus-lumus nak basuh baju. Lagi banyak ngemas, banyak lak bajunya. Berpeluh , kan?
Last skali, aku menyerah kalah. Bungkus suma baju nak basuk masuk plastik. Besok soh Alang dobikan kat kedai. Yeeeaaahuuu!! BAnyak gilah. Leh aku simpan tenaga untuk fikir amenda lagi menda aku nak buat dalam rumah tu.

NAk kena gi pasar gi beli barang dapur. 
Kena bagi berasap jugak. 
Tak lengkap rumah kalau tak memasak.


2 malam kami tido sini.
Malam pertama , jam 3 pagi Wawan bangun mengamuk-ngamuk. Setengah jam pastu, dia tido. Nak Apak kat tepi dia.
Aku ada rasa 'sesuatu'.
Malam ni, punca aku berjaga dan menulih blog ni, adalah nak tengok adakah Wawan akan bangun lagi pada jam 3 pagi , skali lagi.
Hmmm...


Nampaknya, Wawan bangun lagi. Jam 3 pagi jugak. Tapi, nangeh sikit jek. Mungkin sebab dia tido kat hall dan ada lampu. Dan mungkin sebab aku cepat-cepat bangun watkan susu beliau.

Kena sediakan lampu tido la nampaknya sebab kat sini kalau tutup lampu, memang super gelap!
Rumah pun belum wat majlis 'bukak rumah' lagi.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram