Followers

19 Jul 2012

Penyakit Kini Datang Dengan Hanya Melalui Panggilan Telefon Sahaja.



Assalamualaikum kawan-kawan...


Syukur Alhamdulillah, Makbed dah selamat sampai di teratak serba mewah kat Alor Setar ni. HEhehee... Jenuh la balik kena ngemas pulak.
 Stended la kalu gi jenjalan kan! 

Kesian Najwan, kena tinggal 2 hari dia mengamuk sakan. 
Macam merajuk ja. 
HAih...susah camni. 
Dalam hati dah berniat, andai rezeki lebih lagi, nak cari bibik sorang. 
Sama je bayar bibik ngan bayar pengasuh untuk Oni dan Najwan. 

KAlau ada bibik la kan, bilik mana pulak aku nak letak bibik tu? 
Bilik nombor 3 dah penuh kotaks! HUahuhauhauhuaa.... 

Owh..perlu ke renovate rumah baru ada bibik? 

Hahahhaa... verangan je ni. 
Tapi, ginilah Makbed. Selalu berangan. 
Angan-angan tu kendiannya disusuli usaha, dan lama-lama apa yg Makbed angankan tu dapat disentuh dengan tangan. Bila berangan, aku dengan tak malunya sebut kuat-kuat.
 HAHA..Selalunya Oni la yang dengar apa je aku angankan tu.



"Sabo la Oni. Tunggu setahun lagi Ibu beli kereta laju."

"Tengok le Oni. Nanti umah kita ada banyak bilik dan Ibu siapkan taman mainan untuk Oni main.."

Cemtulah...





Sepanjang menjalankan tugas ni, sangat ramai kawan-kawan aku di luar sana yang berinsurans, ada medical kad dalam wallet , tapi lansung tak tahu apakah itu dan camana nak menggunakannya. BAnyak yang keluar duit bayar saja tetiap bulan.
 Expectation: Kalau eksiden ke sakit ke buleh la cover. Tayah bayar...


NO!
 Medical card dan insurans bukan hanya itu saja sayang.
Ada banyak lagi yg perlu anda tahu.
 Jangan malu bertanya pengendali insurans dan takaful anda tentang apa yang ada dalam polisi anda. Silalah tanya. 
angan pasrah saja OK.
Sayang, jika sesuatu terjadi pada keluarga anda, insurans yang anda harapkan dapat melindungi anda sebenarnya tak boleh bagi anda apa-apa manfaat pun berikutan ada syarat-syarat lain di sebaliknya. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm....
Alamak, terskema lah pulak entri aku ni!


Dan bagi yang belum berkira-kira nak berinsurans tu, beringatlah. 

Sedangkan ramai orang yang simpanannya sejak sebelum kawin dah beribu-ribu, suami bergaji besar , makan gaji dengan syarikat ternama, pun boleh habih simpanan segala sampai bergadai rumah dan harta kerana si anak kecil tiba-tiba sakit kritikal. 

Ada yang dah siapkan medical card, tapi had tahunannnya sikit. 
Bila kena penyakit yang kos rawatannya melebihi had tahunan medical card, akhirnya terpaksa keluarkan juga duit simpanan yang ada. 


Terlalu banyak kesah yang aku boleh kongsi.
 Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai pekerjaan bermula daripada profesional sampai la kepada penganggur terhormat. 
Hilang segalanya bila tiba-tiba diuji dengan penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi.


Skang ni, apa saja penyakit boleh tiba-tiba datang kat kita.
TAk susah pun.
 Call je. 
Tak sampai setengah jam "penyakit" pun sampai depan pintu. 
Apa yang kita makan itulah punca sakit kita. 
MAkanan yg kita amik tu pulak, bukannya makan hari ni, besok tu terus sakit. 
Dan makanan yg kita amik tu pulak, kalau amik hari ni tak bermakna besok kita dah tak makan. Betui? 
Skang, fast food laju je.
 Anak-anak pun suka. Ibu pun setuju (sebab tak payah masak.) 
Percentage orang tak makan fast food ni kurang. 
Banyak yg dok kat kampung je cam kat kampung aku di Sik tu. 
Fast food paling senang kat Pekan Sik tu adalah beger singgit. Sebelah umah je. NAk lagi laju, Laksa Che Ton la. Sebelah umah gak. Siap skali pakej cucur badak ngan karipap lagi. 

Tapi, kat banda-bandar besar ? 
TALIPON je..... apa susah...?


JAdi, yakinkah kita cara hidup kita ni boleh menjamin kita tak sakit lansung?


Aku ada sorang client yang anak dia bukan penggemar mekdi, jajan... even gula-gula pun tak masuk badan dia... 
Sakit jugak... 
Admitted sebab ada masalah buah pinggang. BAru setahun je umurnya.


So, kalau anda rasa anda jenih tak banyak sangat duit,
TApi ada duit sikit-sikit...
Dan kalau anda skang ni takde simpanan dalam akaun sebanyak RM200,000 (minima).
Anda masih lagi anda hutang nak kena bayar...
Anda ada anak-anak yang masih belajar dan belum kerja
Anda ada isteri yang tak kerja
Anda ialah ibu tunggal yg ada anak kecil
Bapa tunggal yang ada anak kecil
Anak yang menyara dan menjaga kedua orang tuanya................


Maka, silalah jangan susahkan ahli keluarga anda bila anda disahkan sakit.
Kesian mereka. 
Takkanlah mereka nak tengok je anda sakit.
Tahu tak betapa peritnya hati bila tengok anak sakit, tapi kita takde duit nak bagi rawatan terbaik padanya? 
Tahu tak bagaimana bersalah rasanya melihat anak kita yang 'berwayar' dan "bertiub" terlantar atas katil dan kita pulak berdiri tengok dia kat sebelah? 
Mungkin anda akan berdoa..."Ya Allah...aku sanggup tukar. Bagilah aku yang sakit. Janganlah anak aku..." 


Maaf..Entri ni mungkin agak kejam dan sinis. 
Tapi, aku berlaku jujur di sini. 
Inilah yang aku lihat sendiri. 
Tak teringin lansung nak nipu korang. 


Alhamdulillah, sekarang ni dah ramai yg open for advice tentang insurans. 
Meski sebilangan dari kita ada yang tak mampu, tapi nampak jugalah mereka berusaha menyediakan perlindungan untuk menampung kos rawatan hospital. 
Kesian juga pada mereka yang sudah tidaklagi layak memohon. Mereka ini yang NAK SANGAT sebab sudah melalui sakit perih menanggung penyakit, dan tak berapa nak ada duit pulak. 
Even aku sendiri pun, dah ada insurans, jual insurans sekalipun, tak tahu apa nasib aku. 
Well, orang buat insurans ni bukan leh jamin 100% sehat sokmo.
HAh, jangan salah!







..sekadar berkongsi..




Terima kasih sebab sudi baca.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram