Followers

18 Jul 2012

Melawat Soleh Lagi



Tarikh: 17 Julai 2012
Misi: Lawatan Sosial


Misi asalnya adalah nak gi amik medical report yg dah siap. Ada di tangan Nora Zima. Aku belikan dia sedikit sotong kering dan ikan bilis.Kebetulan ri tu aku pi Lumut. Saja la tapaukan untuk dia. 

Soleh cam dah kenal aku je. Balik-balik makcik bedah ni je asik datang. MAsa aku sampai, SOleh baru nak disuapkan ubat. KEsian dia...ubat tu tak sedap. Nak cakap "takmo" pun takleh. Sabor betui Nora melayan anak dia. 

Kerap kali kalau aku sms Nora di masa yang kurang tepat, Nora akan reply "jap, aku tengah tenangkan anak-anak aku ni.."

Aku dok bayangkan la camne dia 'tenang'kan anak-anak dia tuh... HAHAHA.. Tapi, memang NOra ni orang yang sentiasa tenang. 

Tak macam aku. TAk penah guna istilah 'tenang'kan anak-anak. Aku selalu ber'tarung' je ngan diorang nih. HUhauhuahuahua~


Tengah tunggu mak datang bawak ubat

BEbaru ni Soleh diserang sawan. Ada Nora inform kat aku thru sms. Aku tak sure dia sempat buat entri ke tak pasal tu. Di hari aku jumpa Soleh ni, nampak sedikit perubahan kat mata dia. MAta SOleh termasuk ke dalam sikit.Tapi, Soleh sihat. 
Boleh golek-golek dah. 





Haa..ni pic aku sempat amik. TEngok muka Soleh yang terkesima tu. Dia nengok sape? 


Nengok Inche Kitchi le.... GAmaknya hensem sangat kot pakcik tu kan? Ke dia heran tengok janggut ala tabligh pakcik tersebut. Kehkehkehkeh~


Buat julung-julung kalinya Oni berpeluang jumpa Soleh. Selama ni aku gi sendiri je ngan Inche Kitchi. Oni dah berkenalan ngan Izzat. Cuma tak sempat pegang Iffat je sebab Iffat tido. 




Soleh masih memulihkan dirinya. 
Ternyata dia memang anak yang cekal. Sabar...sama macam mak dia. Dia masih boleh senyum... FAham apa kita cakap. Boleh salam. Alhamdulillah... banyak improvement. 

Setakat skang ni je aku leh hapdet pasal Soleh. Insyaallah, bulan depan aku gi lagi. HAri ni, aku nak ke Sime Darby Medical Centre, terus ke pejabat rekod. NAk dapatkan rekod perubatan Soleh untuk claim elaun wad nya. Semoga adalah rezeki keluarga ni nanti....





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram