Followers

16 Jul 2012

LEktop baru pulak



Antara sebab MAkbed jarang dapat update blog adalah kerana kesibukan.
Pindah...
Timbunan kerja yang tertangguh dek urusan pindah.
Lektop yg dah uzur. TAkleh kerja teruk-teruk sebab cepat kena demam panas. Pehtu terus pitam lektop aku tu.


Ekceli dah setahun kot lektop tu kena penyakit low blood pressure cenggitu. Cuma, tak terpikir punnak beli lain sebab sayang sangat kat beliau. Bersusah tau beli lektop tu.Walaupun tak mahal dan tak hebat mana, tapi beliau tu lah yang banyak membantu menyenangkan hidup aku selain dari membuatkan kehidupan aku tambah bermakna. 





Kesahnya semalam la....


Inche Kitchi gamaknya kesian tgk aku yg dok garu kepala sebab lektop tu asek terpadam. Dia dah beli external fan untuk sejukkan lektop tu pun, takleh membantu dah. 

"Besok kita pi beli lektop baru.."katanya pelan.

Aku cam wat muka blur je... Salu tu pantang offer menda baru aku mestilah terlompat-lompat kesukaan. TApi sebab aku tak plan pun nak tuka lektop meskipun lektop tu dah sampai peringkat wajib-beli-baru dah, aku agak terkesima jap.

Aku just budget nak tukar henpon sesangat je ari tu. 

Dah dapat dah Galaxy NOte idaman. 


Aku nak beli lektop hape? 

KAler apekah lektop baru tu?
Hijau,putih,pink..kuning? HItam?....err


Siyes otak lansung tak pikir. Aku kan jenih pemikir punya. Besok nak shopping apa pun aku dah siap pikir dulu.


TAk bersedia nak tukar lektop baru. 
HEHEHE..bUleh dak cakap camtu?


Besoknya, aku nak siap-siap gi opis. 
Aku kejutkan Inche KItchi, suruh dia jaga Oni dengan Wawan sekejap. 

Dah tu dia cakap... "kata nak cari lektop baru?"


Diam jap.
NAk pikir. 
Oo..siyes rupanya dia nak belikan lektop baru.....
Tak caya lagi nih!

Disebabkan kami ni orang baru kat AlorSetar ni jadi blur jap kat mana nak beli lektop. 
KAlau kat KL ke, MAnjung ke memang dah tau dah kedai mana nak tuju. 

TApi, lepas puas berjalan-jalan, akhirnya kami sampai kat satu kedai yang berkenan di hati.
 Offernya boleh tahan jugak 
Siap ada free gift, bukan 1....TApi LIMA BELAS item!


MAka....





Terbelilah ASUS A43S kaler putih....

Seperti biasa, INche Kitchi paling tahu apakah keperluan isteri nya kalau bab beli barang yang membabitkan hal-hal elektronik ni. MAna le aku reti processor, ram kemenda tu. Ramlah Ram aku tau la.Asal buleh guna, dan tak lembab, aku terima dengan sukahati.Apatah lagi free kan... 


Suruh aku beli barang letrik cam blender , oven, periuk nasik ..haaa..pandai la aku. 


Terima kasih suami kerana anda prihatin dengan keadaan saya. Beliau sentiasa ada, menyokong kerjaya saya kini dan sentiasa provide apa saja keperluan saya asalkan kerja saya berjalan lancar. 

Besok, kena pi KL. 

Lektop baru ni kena tinggal dulu sebab banyak proses meng'install' yg perlu dilakukan. 
Ni lah payah nya jadi outstesen agen ni. NAsib baik la Fiza JOhari ada. 
Hilang kegusaran di dada ku ini...


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram