Followers

26 Jul 2012

Hilang Sudah Rambut K-Pop Wawan



Dah lama dah plan nak gunting rambut si Wawan. 
MAkin rimas tengok dia menggaru-garu dan kepalanya kerap naik ruam. Even skang dah ada ekon pun, Wawan tetap menggaru-garu kepalanya especially bila dia ngantuk teruk. 


MAka, bebaru ni aku pun pakat ngan Apak nak gunting rambut Wawan. 
Opss... bukan gunting.
 NAk gondolkan terus jek. 
Malas pulak nak alter-gunting sebab Wawan ni tak reti duduk diam-diam. Aku ni plak bukan jenih kreatif plus penyabar enough nak layan bebudak gunting rambut. 
Besides, aku tak reti dan macam bahaya plak men gunting ngan budak tecik nihh... HUukk...!


Tu pun dilema tau nak gondolkan ke atau nak gunting sikit je bahagian tepi. 
BUkan apa, Tok Wan tak kasi potong botak.
 Sayang rambutnya yang cantik tu. 
Rambut Wawan kan cam perang-perang sikit. Lembut dan halus sangat rambut Wawan.
 LAst gondolkan dulu masa dalam pantang jek. Tu pun Acik Bidan yg buatkan. 


Sudahnya nekad juga gunting.
 Lantak la. 
Siyes rimas tengok Wawan garu-garu gitu.
Memula, Wawan ok je kepala kena mesin tu. 
MAsuk minit ke-3 dia dah mula buat muka sebak bila tengok rambut dia bersepah atas lantai bilik air. Owhh... budak kecik pun reti touching rupanya bila kena gunting rambut. 
Aku ingat America's Next Top Model je ada scene nangeh time gunting rambut secara paksa!

MAsuk minit ke-8, aku dah kena cempung Wawan sebab dia dah tak mo dok diam.
 Ngamuk teruk!!
 Oni plak join skali jadi tukang sorak. LAgilah kecoh. Wawan dah jerit-jerit tak nak duduk gunting rambut. Alang pulak datang jengok kami tiga beranak dalam bilik air.

"Loh...patut la jerit. Kena gunting rambut kee... HAHAHAHAHAHAH..." gelak ALang tanpa belas kasihan. 






Lepas habih gunting tu, Wawan bebal tak hengat. 
Lansung tak nak kat aku. Kat APak pun tak hingin.
 DIa nak ALang je pegang dia. Jenuh pujuk. Bagi apa pun takmo. 


Beberapa minit selepas kejadian....MAsih lagi nangeh. 

LAst skali, aku bawak masuk bilik, tutup lampu, tepuk bontot ...terus dia tido. 
Kesian plak. 



BAru aku tau anak aku si Wawan ni ada sifat suka merajuk. 
Pehtu, kuat mengamuk lak tu. 
Kekecik dah buleh nampak dah.
 Kalau time dia lalok-lalok tu, dia capai botol susu yang masih ada susu sikit lagi nak habih, dia gogok minum sambil nak tido. Udah tetiba susu tu habih , buleh pulak mamat ni bantai nangeh macam kena histeria.
 RAsa cam nak penyet je ngan bantal golek.
 HAdui laaaa.... STress Mak!! 
PAdahal nak susu je pon. TAk hagak-hagak ngamok. Udah buat susu laju-laju, sumbat dalam mulut dia, terus diam!
 Grrr.................


Seb bek comel. 



HAaa... skang dah takde dah garu-garu kepala.
 RUam pun dah takde. 
Wawan pun dah dapat terima hakikat rambut K-Pop dia dah takde.
 Dah buleh tengok cermin tanpa berlinangan ayaq mata. 

Dah aku lak tengok Wawan macam budak shaolin. 
HHHEHHEHE.... 


Sempat la panjang sikit rambut Wawan bila raya nanti. 




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram