Followers

9 Jul 2012

Entri khas untuk macha yg ngemas umah aku tadi...




Alhamdulillah.
HAri ni cuaca redup tanpa hujan.
 Sesuai untuk vempire seperti saya keluar bekerja. Heeeehahaha... Takut hitam bhaii~


Pertama-tamanya aku dikejutkan dengan news anak member aku , admitted sebab tetiba muntah-muntah dan demam. 
Rupa-rupanya, anak dia terjatuh kat nursery. 
Astaghfirullah...Memula nak marah tapi tu la... Menda dah jadi kan. 
Yang maknye pun wat donno je awalnya dahi si anak benjol sikit. Tapi, pastu anak dia dah start muntah. Mak dia telepon aku la pulak tanya nak wakpe. 

Aih....nak bawak pi sepital pun kena minta izin aku kah?

Bawak ajelah....


Dah selamat admitted kat spital tadi. 
Semoga takde pape. 
Anak dia sudah dilindungi insurans meskipun tidak bermedical card. 
Bulan-bulan bayar Rm50 je. Tak cukup bajet nak beli medical card.
 At least, mak dia amik cuti menjaga anak yang sakit, Lillahitaala..Allah bagi ganjaran pahala besar. Dalam masa yg sama, buleh la dapat elaun wad sesikit kan. RM200 sehari. 
Ok la tu. 
Bos dia mampuih tak kelapaq nak bagi elaun tak pi keja sampai RM200 sehari kan?
 Dia poton gaji lagi ado la. 


Aku tak suruh pi boh anak hangpa kat spital semata-mata nak pulun elaun wad beratus ye. Allah tau niat kita tu. JAdi, silalah ikhlas dalam apa je yg kita wat.


Balik kerja disambut Oni yang sedih. 
KAlau buleh dia takmo bagi aku pi keja pun. 
Dia soh aku dok umah je.
 Ala..kasi upah coki-coki, senyap la da. Ibu keja cari duit nak pi haji la sayang.... Kehkehkeh..~


Pening kepala tak abeh gi, Semalam perabot suma dah sampai.
 Sofa cekelet bak Chocolate Indulgence dah sampai wohh!
 Terus MMS gambo sofa baru kat Inspektor Jalil. 
Ciwi la katekan. 
Sekali Oni baek punya makan biskut merie sambil calit tangan kat sofa aku tu. 
Ternoda suda. 

MAka aku menguatkuasakan undang-undang baru.... SAPA MAKAN KAT RUANG TAMU AKAN DIROTAN SECARA FREE STYLE. 
HAhAHAHHA.. 
Korang nak try?


Pagi ni sampai lagi satu sofa.
 Aku mencari 2 seaters sofa semalam.
 Jumpa! 
Mcm sofa bed, tapi kecik. Single. 
Sesuai la untuk ruang yang ciput. 
Takmo la duduk tengok tv atas lantai. 
Sakit lutut. 
Dah la umah aku ni nanti banyak warga emas nak mai. Kompem la, sofa kecik tu akan menjadi rebutan besok-besok. 


Tetengah melayan anak-anak tido, tetiba dengar bunyi moto kat luar.
Aku jengah. 
Ada sorang lelaki kurus kering , berjalan tempang, tengah belek sampah-sampah yg aku buang di luar. Memang kat luar tu ada bungkusan sampah berisi barang-barang lama. 
Ada kasut-kasut, bekas-bekas dan memacam la lagi. Dia belek kasut-kasut tu satu-satu. 

Ntah ngape aku rasa kesian pulak kat beliau. 
KAlau dia ni The Pickers, aku nak gak bagi barang lain yg ado. 
Takpo la penuh-penuh umah kan? 
LAgipun aku kan pemurah. ,,,,,

Tetiba India tu panggil-panggil dari luar..

"Boss..Boss...!"

Aku pun cecepat capai tudung, jengah keluar.

"KAkak mau saya cuci ke ruang depan ni? Saya boleh tolong cuci sampai bersih. Ni pasiaq (pasir) dan batu ni saya kais ke tepi sikit. Bagi kemas. Kereta pun buleh parking..." 

Bayangkanla sel-sel dalam kepala otak aku yang bersambung bekerja keras. 
YESS!! 
Aku memang memerlukan bantuan orang kemas depan rumah aku yang penuh pasir dan batu.
 PAsir tu siap kucing wat tandas awam lak tu. 
Amboi..mementang la free kan. 
Aku memang takde talent mengemas sejak zaman anak dara lagi.
 Nasib baik la ada jugak org nak kat aku. 

Tapi, dia tak letak pulak upahnya berapa. Dia just cakap camni....

"Kak, takpelah. Upah akak nak bagi berapa pun takpe. Ini pun dah rezeki saya ni. Hari ni tak hujan. Biarlah saya cuci saja..." katanya sambil pandang plastik-plastik sampah yang dia susun nak bawak balik awal tadi. 

Entah ngape, aku tetiba jadi touching. Aku tengok dia atas bawah.
 Kudrat dia mcm tak mampu je nak ngemas. BAnyak menda aku nak soh kemas. 
Tapi, dia buat je semua senyap-senyap. Aku just sediakan peralatan je. 
Tu pun dia tak minta. 
Gamaknya kalau aku buat donno je kat dia, mau dia pongkes pasir tu pakai tangan. Iskk...~ 

Kenapalah dia tempang?
 Apa agaknya jadi kat dia... 
Aku tengok je dia wat keje, Bukan curiga. 
TApi rasa kesian tu berganda-ganda dalam jiwa ni.
 Despite his disadvantage tu, dia buat kerja tanpa sebarang bunyi pun.
 Kita yang sihat walafiat ni, ada gangguan ciput sikit pun dah tak buat kerja. Kita yang sihat ni tak guna sepenuhnya kudrat yang kita ada, sebaliknya kita sibuk buang masa cari alasan untuk mengelak dari buat kerja. 
Ok, ini aku cakap bukan pasal kerja kat opis je ye. Termasuk la kerja rumah skali. 


Alhamdulillah, kemas bersih licin umah aku.
 Cuci calat! 
Aku bagi dia besi-besi dari pembinaan tembok besar ari tu.
 Aku siapkan air oren lagi untuk dia. 
Ekceli aku wat kat ONi. 
Tapi, tetiba nak bagi dia plak. Pehtu aku bagi upah yang agak masyuk gak la.
 Stended la kan. Memang le dia wat keje mengemas sampah je, tak lama pun. 
TAk sampai 2 jam. TApi, ada tak sesapa yg nak tolong kemas lagi? 
Mamat ni tolong pun dah besar rahmat dah bagi aku. Yela..aku kan pemalas. 


Mungkin mamat ni mat pet? Cari barang untuk jual.
 Nanti, dia datang lagi bila dia tau aku bagi upah banyak kat dia. 
KAn? Bahaya tak...?

By the way, kalau dia nak dtg pun, dtg le dgn cara elok. Sebab aku akan minta bantuan dia lagi jika dia offer. Yang lain-lain tu , aku serah pada Allah je.
 Kalau kita sentiasa bersangka baik dengan orang, rezeki kita sentiasa terbuka luas melalui macam-macam cara.
Semoga Allah memudahkan urusan lelaki India tu dan melapangkan dadanya sentiasa... 
Tak ramai orang yang mampu berlapang dada tau sekarang ni.



Mekasih Macha....







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram