Followers

2 Jul 2012

[ENTRI BERBAUR PELBAGAI EMOSI] Silalah pegang tisu bila baca.


Bagi yang tak menyedari apa yang  berlaku (khususnya utk pembaca setia Makbed's Journal jajahan Lumut-Manjung-Sitiawan) aku dah pun tak jadi warga Lumut. 
Baru je tukar kerakyatan jadi rakyat Kedah. HAAAHAAH!



Sehari sebelum hari berpindah, aku sempat lagi gi main bowling kat Pernama.
 Al-Azhar Associates tetiba teringin nak wat HAri Berjimba Bersuka-Suka so, dema memilih bowling sebagai acara pilihan. 





Percayalah!

Sebilangan besar dari kitoang tak pandai main bowling pon. 
Ada yang terpenah main lansung pun ada. 
Aku?
LAnsung tak de strike, walaupun penah main bowling beberapa tahun lepas. Last main bowling masa ngandung 4 bulan kat Oni. 

Pun begitu, semua main jugak. Inche Kitchi pun join main skali. Oni dan Wawan pun ikut. I just want to spend some moment with my team. NAnti dah jauh... I am definately going to miss them all. 

Tau tak..........
4 tahun aku duduk kat dalam base, aku tak penah tau pun lokasi bowling centre kat dalam Pernama tu. HAHAHAH.. sangat ignorance kan?




Multitasking lagi

Gambar ni menjelaskan segala-galanya.
How I juggles everything in my daily routine.
Being a mother, a wife... A friend.
And servicing you guys (my clients and friends)
No one ever said This IS Easy...
But this is because the oath I took
to give the best I can the way that I should. 
Org lain mungkin tak mau buat..
Mungkin cakap "kenapa bersusah utk org lain..."

But, in the end...
Somebody needs to do it. 
Someone needs to step forward to offer what he/she could offer.
Ada orang yg cry for help... Dan kalau kita tak tolong, somebody else will. 
And I choose to be that 'SOMEBODY'. 
Tak mudah sebenarnya wat decision nak berhijrah.
 I just have no idea what is waiting for us in this very future. 
But, seperti biasa - BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH. Kerana Allah takkan pernah menghampakan orang yang sentiasa berusaha.
 Lagipun, Hijrah juga suatu perjuangan, kan?

Ini kali kedua aku berhijrah selepas kahwin. 
4 tahun lepas, aku berhijrah meninggalkan pekerjaan di KL, menuju ke Lumut untuk bersama suami. 

Kali ni, aku berhijrah ke kampung asal , di mana aku membesar. 
Aku tak tukar kerja. Aku masih bekerja. Memegang jawatan yg sama.
 Dan berhijrah bersama suami dan anak-anak untuk membina kehidupan sendiri di Kedah. 




Setelah sekian lama, biarlah aku memberi manfaat kepada rakan-rakan dan sesiapa yang pernah aku kenali dulu. 
Setelah sekian lama, biarlah aku memberi perhatian kepada keluarga yang kami tinggalkan. 
Setelah sekian lama, biarlah aku menjaga rumah di mana aku membesar ni sebaik mungkin... Sebab dah lama jugak terbiar. 
Setelah sekian lama, aku nak sambut raya tanpa perlu bergegas-gegas memohon cuti raya dan bersesak-sesak mahu pulang. 





 Ginilah keadaan rumah masa tengah berkemas-kemas. 
Pagi Jumaat tu aku sempat lagi gi Friday Meeting. GIGIH dan komited , hokey!
 Laki aku pun dha geleng-geleng kepala da.

Kesian Oni, restless.
 Dia ngantuk sangat. 
Takde tempat untuk dia baring. 
Terpinga-pinga dia taktau apa yang berlaku.
 YA..dia ada sebut "Jom kita pindah..." tapi bila tanya balik 'pindah' tu apa, dia pun taktau apakah itu. HEHHE.. Wawan plak aku tinggalkan dengan Wana sekejap. 
Takmau dia terus-terusan duduk dalam habuk. Dah la baru je baik sesemee...




Tetengah buntu nak ngemas tu, tetiba je Juju the Great, Kak Nor dan Zura Zubir datang ketuk pintu umah den. Aku dah soh depa mai jam 5, tapi depa mai awal.
 Mula-mula muka cam sedey je tapi lepas tengok umah aku yang masih belum habih kemas tu, maka mereka terus menerjah masuk dan merampas kuasa!
 Depa lak ngemas, sambil membebel-bebel. Ye la..sebab aku tak bagi depa mai tolong. HEHEHE.. 

Bukan taknak bagi, aku segan sebenarnya.
 Pengajarannya, kalau orang offer nak tolong tu, angguk je sudah. 

Tak sampai sejam segala barangan umah aku khasnya yg dok di dapur semuanya dah hilang. Dok dalam beg plastik! HAHAHAHa.. 
Gila senang betui depa kemas. 
Yang aku ni, masih lagi terdorong ngan emosi. 
Tau-tau je la time ngemas tu kan.. Sayang nak buang itu dan ini.
 Datang Kak Nor je, semuanya dia masuk beg plastik. Yang mana nampak uzur sangat tu dia terus masuk tong sampah. 

Tapi, kehadiran diorang bebetui menceriakan kehidupan aku yang suram tadi. Huhuhukkk!






 Lori pun da sampai... Semua barang da siap masuk lori.






Inilah pemandangan terakhir teratak kami.... Di mana kami membina kehidupan dari berdua sampai lah berempat di sini. Banyak kenangannya. Manis, masam, kelat ... Tapi semuanya buat aku tersenyum-senyum. 


SAYA MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH DAH SILAP.
BIARPUN SAYA JAUH , SAYA TETAP ADA BERSAMA ANDA. 
JANGAN SEGAN-SEGAN UNTUK TELEPON YE.




Sedikit dedikasi untuk jiran saya yang serba-segala ini...



Dialah jiran
Dialah teman bersusah-senang. 
Di waktu aku susah, memang dia lah yg datang dulu. 
Di waktu aku senang, dia mai lambat-lambat sikit. Tapi dia mai jugak la.. Hikhikhik~
Dia menjaga aku di kala aku sakit-sesakitnya.
 Membantu aku berdiri kalau aku tak boleh berdiri sendiri. 
Dia penjaga anak-anak aku bila aku tak berdaya.
 Dia yang lap air mata aku bila tak dak sapa nak tolong lap. 
Dia menjaga aku sepanjang tempoh menghamilkan Wawan. 
Dia jugak teman aku kat sepital. 
Dia jugak tolong jaga aku dalam pantang. Jaga semuanya. Sampai mandikan aku pun dia buatkan. Mana nak ada jiran camni di zaman serba moden ni. 
Dia jugak tolong jaga pantang Inche Kitchi yg kena demam campak masa aku dalam pantang. 
Dia yang aku panggil bila Wawan melalak nangeh kembung perut atau terganggu. 

Sedikit ralat aku, time dia ditimpa ujian, aku tak dak bersama dia. 
Aku pindah 3 minggu lepas dia operate cyst.
 Belum pun baik sepenuhnya. Jalan pun dok pegang perut lagi. 
Tapi, dia dah kurus banyak. Susut! 
Kalau tak dia tembam sama banyak ja ngan aku. HEHEHE..
*tAk sure nak kesian ke nak jeles nih...
Pun begitu, dalam dok sakit-sakit tu, dia sediakan makan untuk orang-orang yg angkat barang kat umah aku Jumaat tu. Dia masakkan koteaw goreng.
Walaupun aku tak bagi, dia ketegaq nak masak jugak.
 Dia siap masak koteaw TAK DAK TAUGEH plak, asingkan dalam tapawe lain untuk Inche Kitchi. 




Dia masak, pehtu tinggai pi tengok kedai.

Aku jamah masakan terakhir dia untuk aku. 
Semestinya masakan dia yg paling aku rindukan. 
Masakan campak-campak , katanya. 
Tapi SEDAP...
Banyak yg akan aku rindukan.

To Haida,
Aku doakan hang dan suami dikabulkan hajat dan apa juga keinginan. 
InsyaAllah, even kita jauh pun, kalau hang panggil, aku akan mai. 
Budi ang terlampau banyak untuk aku dan keluarga aku. Jaga diri dan kesihatan. 
Ada apa-apa gosip, telepon aku tau.

Kita tak dan nak salam-salam, mintak maap. TAk de peluk-peluk pun. 
Aku lega jugak tak macam tu. 
Sebab, aku tau kalau ang ada masa aku nak gerak balik Kedah, aku sure nangeh. 
Ang pun nangeh. 
Aku tamo sesapa pun nangeh. 
Aku nak senyum-senyum ja.
 Sebab kita akan jumpa lagi. 

Minta halal makan minum aku ngan hang. 
Aku rasa aku teramik mop ang la.
 Sebab ado terlebih mop kat sini weh! NAnti aku hantaq...
Dan aku rasa hang punya pelengat pun ado kat aku. 
HAHAHAHAHhadehh... 
Kalau ado barang aku kat ang, ang simpan lah ye. Amik terus je. 
Minta maaf atas segala silap. 

Aku harap kita akan berjiran lagi selepas ni. Mungkin lepas Kurau pencen.. KEKEKEk..!
 So, kalau ang kena pindah kat memana, gitau aku. 
Mesti besh dapat tua bersama-sama. 






Untuk jiran saya yg sorang lagi, Illa Shawana,
Akak doakan yg terbaik untuk kamu sekeluarga. Jaga Yaya elok-elok. Ada pape, let me know. Mekasih sebab pinjam kan tv kat akak ari tu. 
Tv tu akak tinggal kat umah. Nanti kamu dah balik ke rumah kamu yg dah siap direnovate tu, silalah gi amek tv tersebut ye!

Akak akan sentiasa rindukan masa kita bersama-sama. Semoga bakal jiran akan datang lebih baik dari akak.

Jangan lupa , exam belum amik lagi ye.









Lori tiba pada hari Jumaat, jam 5 petang. Sejam kendian, rumah pun dah kosong. Kendian lori itu pergi pulak ke rumah Orkid Kristal untuk mengamik almari dapoq yg beliau telah jual kepada saya.

Siyes, almari dapoq anda sungguh berjasa.
Mekasih ye.
Duit tak bank in lagi la. 
Tak dan nak pi bank ni....




Aku mendoakan semoga jiran-jiran baru di perumahan yg aku duduk ni baik-baik semuanya.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram