Followers

7 Jul 2012

DAH TERTUNAI IMPIAN. Mekasih Cayang...



Seminggu yg sangat membiolkan. Memacam nak kena buat. Teringat kerja lagi.
 Makin lama bertangguh, tak kan selesai. 
Alhamdulillah, aku udah berjaya menyediakan ruang kerja. 
So, dah buleh bukak kotak yang ditanda 'PRUDENTIAL'. 
Dan aku keluarkan semua dokumentasi, borang claim, borang yg nak kena submit, polisi orang yg belum dipos... Semuanya dalam tu. 

Maaf pada client saya semua kalau bulan ni saya macam tak begitu beri perhatian pada anda. Bersyukur juga dapat client yang tak begitu banyak songeh. 

Inche Kitchi macam sedikit terabai.
 Aku kalau umah sepah memang lansung takleh nak fokus dah.
 Kadang tu sampai semua kerja buat sekerat sebab taktau mana yg nak diselesaikan dulu. Huuu..tekanan. Nasib baik ada Alang dan sesekali geprennya datang membantu melayan Oni dan Wawan. 

Tapi, di suatu malam, Alang dan geprennya datang meriuh-riuh di rumah. 
Aku yg paksa suruh datang sebab nak selebret besday dia.
 Dah siap aku order piza lagi. Tapi, dia datang lambat. 
Kebetulan, orang datang umah nak pasang ekon. So, masa dia sampai , aku tak sempat nak borak ngan dia pon. 

Perasan jugak ada satu kotak hadiah atas meja. 

Aku buat derk je. Tapi sentuh gak la kotak tu. Aku ingatkan hadiah Sue bagi kat Alang.
 Alang letak atas meja. Lepas belek sikit-sikit, aku sambung mengemas bilik yang penuh ngan simen dan batu berterabur dek kena drill masa nak pasang ekon tadi. 

Alang ajak makan skali pun aku tak pegi. Lepas tu dia gi main futsal. Tetiba Inche Kitchi tegur...


"Oi... Alang bagi hadiah tu. Awat tak amik? Pi tengok atas meja..."

Kaget kejap. Aku mengira hari. Besday aku lambat lagi. Awat lak bagi hadiah kat aku. Takkan le pulak Alang punya besday, dia pulak yg kasi aku hadiah? Pelik tak?


Tapi aku bukak je kotak yg berbalut cantik tu. 

Memula bukak cermat-cermat. Aku jengah sikit. 

Wahh!! Cambesh!!!

HENPON! 

TErus aku rabakkan je bungkusan hadiah tu. HAHAHAH.. gelojoh terus. 


Rupanya.... aku dah kena tipu. 


















Bukannya Alang yang bagi hadiah. 




gambo cilok google je



Inche Kitchi yang bagi sebenarnya. Dia suruh Alang sampaikan. 



Yang beshnya, si tukang bagi hadiah tu ada je kat depan aku. 

Yang aku ni plak percaya je. Tak perasan lagi aku dah masuk rancangan 'Wa Kena Beb'. HAHHAaA






Akhirnya dapat gak la henpon baru yang menjadi idaman. 
Aku ni bukan jenis gila gadget. Keluar yang baru, terus beli. Ohh...bukan begitu.
Henpon terakhir aku tu pun dah 4 tahun pakai. Asek padam je bila dok sembang. Sian kan?

Walaubagaimanapun, Sony Erikkson W995 tu aku masih pakai. Aku ada 2 number skang. 


Orang pertama yg aku wassup adalah si Nora Zima.

Korang tau apa respon awal beliau?





"Henpon ko yang selalu padam tu dah ada wassup ke?"



Nampak? 
Punya prihatinnya beliau...




Pic pertama dengan Galaxy Note. Superb!





Terima kasih Cayang for this lovely gift. Saya memang sangat memerlukannya.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram