Followers

16 Jul 2012

ADIK SOLEH MEMERLUKAN BANTUAN KITA.




Entri ini khas untuk Nora Zima dan Soleh...







Semua kenal Soleh?
Nama betul dia Muhammad Irsyad Soleh.
Dia baru berusia 1 tahun 9 bulan.  
(Lebih kurang la. Aku baru je tanya besday Soleh kat mak dia tadi. HEHEHE)

Comel kan?


Dah lama sangat-sangat aku nak buat entri pasal Nora Zima. 
Aku ketahui perjalanan kisah Soleh sejak dari Soleh sihat-sihat, montel dan gebu. Sebelum Soleh sakit lagi.

Nak cerita semua apa yang terjadi pada Soleh memang lama.
 Tersangat panjang.
 Aku kenal Nora sama macam aku kenal Nini D dan Lulu Caldina. 
Hanya melalui blog.

Hanya keprihatin dan kasih sayang menemukan kami secara live.
 Dan kami bersahabat sehingga kini...

Betapa kuatnya si ibu menempuh dugaan, hamil anak ketiga, adik kepada Soleh.
 Nora mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan sambil menjaga Soleh yang sakit.
Soleh bukan sakit demam biasa. 
Kite ni anak demam merengek tak nak tido malam pun dah libang-libu, kan?

Mula-mula disahkan menghidap brain tumor atau Ependymoma.
Pembedahan demi pembedahan dilakukan.
 Dari Soleh sihat montel, menjadi kurus. 
Sakitnya Allah saja yang tahu. Derita Soleh mungkin kita tak rasa sebab Soleh pun tak buleh cerita. Tapi, aku nampak betapa pilunya si ibu meskipun hanya membaca tulisan-tulisan di blognya.

Boleh baca semua kisah Soleh di AKAK NORA BERKISAH.


Ketika Soleh sedang cuba pulih dari brain tumornya, datang pula ujian baru. 
Tulang belakang Soleh bermasalah dan kemoterapi perlu dilakukan.
 Tidak dapat tidak. 
Bimbang akan mengganggu healing proses Soleh, maka bersetujulah mereka untuk menjalani kemoterapi. 


Hampir setahun Soleh berulang-alik ke hospital. 
Aku lihat sendiri Soleh dari selemah-lemah keadaan, kini sudah banyak improvement. 
Usaha dan doa yang tak pernah putus menguatkan Soleh untuk terus bersama kita.
 Keluarga Soleh tak pernah jemu mencuba pelbagai jenis rawatan, membeli suplement dan ubat , sampai berubat dengan cara kampung demi kesejahteraan si comel Soleh. 


Soleh dan adiknya, Iffat. Sumber kekuatan Soleh untuk meneruskan perjuangan.







Dengan rasa rendah hati Makbed menyeru rakan-rakan blogger dan pembaca sekelian, khasnya yang mengikuti kisah Soleh sejak awal. Bantulah keluarga ini.
Dimaklumkan yang keluarga ini sedang mengalami masalah kewangan yang teruk.
Bukanlah sengaja mahu memohon simpati dan mengambil kesempatan atas kemurahan hati kalian, tetapi aku mengenali NOra Zima ini...
Dia bukan jenis yang mudah meminta-minta.
Aku nak buat entri camni pun, banyak kali dah aku minta izin.
Tapi, sebagai sahabat, aku tak mampu nak tengok dia menanggung semua ni sendiri.

Setakat skang ni, bil-bil rawatan Soleh ditanggung penuh syarikat tempat Ayah Soleh bekerja.
TApi, bila bilnya sudah mencecah ratusan ribu, gaji Ayah Soleh mula dipotong.
Prestasi kerja Ayah Soleh pun tak begitu memuaskan kerana kerap berulang-alik menguruskan Soleh di hospital. Bergaji technician bukanlah mewah.
 Tambahan pula NOra tidak bekerja. Hanya mengambil upah menjahit bila ada tempahan.
TApi, dengan komitmen menjaga Soleh dan kini ada anak kecil pulak, sukar baginya untuk kembali ke mesin jahit tu.
Dan dimaklumkan pulak kepada aku, Ayah Soleh mungkin akan dibuang kerja. Sebabnya belum dapat dipastikan.
 Jadi, boleh tak korang bayangkan diri korang dalam situasi macam ni?

Soleh juga ada insurans.
Tapi, insurans Soleh pun tak mencukupi.
Bayangkanlah, bila sakit begini, semua duit simpanan yang ada selam ni habih licin digunakan.
Tiada apa yang berbaki. Rawatan Soleh perlu diteruskan. Soleh sedang mengambil beberapa jenis supplement dan ternyata dengan supplement tu, Soleh semakin sihat.
Skang, duit dah takde nak beli supplement-supplement tu
. Keluarga ini bebetul dalam dilema.
 Jika berhenti segala ubat, apakah pula nasib Soleh?








Mengenangkan yang Ramadhan akan tiba kurang seminggu lagi, bertambah sebak hati aku. 
Di saat kita semua sibuk pikir nak buat baju raya kaler apa tahun ni, Nora dan Soleh bergelut dengan ujian yang tidak bertepi. 
Hanya ihsan dan timbang-rasa rakan-rakan semua yang amat mereka harapkan. 
Jangan biarkan Nora berseorang sebab dia sahabat aku yang sangat baik. 
Adanya aku seorang sebagai teman yang mengambil kesah tidak mencukupi. 
Nora perlukan rakan-rakan yang lain untuk bagi dia kekuatan.
 Aku tau, setiap entri yang dia tulih , dia taip dengan linangan air mata. 
Aku tak mahu dia keseorangan.
 Teringinnya aku nak tengok Nora ketawa dengan penuh kelegaan. 
Tapi, entahkan bilalah dapat melihatnya. 


Bantulah mereka. 
Sumbanglah apa yang boleh. Sedaya yang boleh...seikhlas mungkin. 
Keluarga ini amat memerlukan bantuan kewangan agar rawatan Soleh dapat diteruskan.

JAdi saya menyeru semua yang membaca, jomlah menderma. 
Bantulah mereka. 
Semoga boleh meringankan beban yang mereka hadapi.


Bagi yang nak rekemenkan product atau ubat, ingin aku jelaskan yang Nora dan Soleh sememangnya berminat nak cuba apa saja jenis ubat yang boleh. Cuma, mereka tidak mampu dari segi kewangan. Justeru, jika kalian ikhlas membantu sila consider akan keadaan keluarga ini ye. 


Buat Soleh, acik akan sentiasa usaha apa yang boleh untuk kamu. Bertahanlah sayang... Nanti kita jumpa lagi OK.



Klik untuk tumbesaran



Bantuan kewangan boleh diberikan terus ke akaun Maybank 1620 8555 8897 , Norazima binti Mohamud Razali. 

JIka ada sumbangan lain yang nak diberikan silalah bagi komen di ruangan komen blog Makbed ye. Nanti kita ekjas kot mana yg patut. 



Terima kasih kepada rakan-rakan lain yang turut sama membantu buat status kat fesbuk dan boh entri kat blog kalian. Alhamdulillah.... Semoga rezeki kalian melimpah ruah hendaknya.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram