Followers

10 Jun 2012

Sibuk belajar bukan alasan untuk tak reti masak


Wah , tajuk~

TApi betui tau.
Adik-adik yang baru kawin ni, jangan kata adik la..YAng baya-baya aku ni pun ada gak tak reti masak. 
Suruh goreng telur pun panik. 
Alasan, dulu masa belajar, takde masa nak belajar masak. 
Sibuk...Mak tak suruh pun. 

LAgi besh bila ada yg cakap "tak minat masak".
Tapi makan dia minat plak. 

Bizi benor blajarnya sampai tak sempat luang masa sikit nak blajar basic skill masak.
 Tapi , takde pun dapat 4 flat pointernya. Kehkehkehkeh...~

NAsihat MAkbed kepada semua org tak kira laki ke perempuan...
Belajar lah memasak walau sesimple mana pun. Sebab memasak sendiri ni membantu kita berjimat dan boleh survive dok kat mana pun. 
Tinggi mana pun belajar, especially yg perempuan ni, takkan nak hidang segulung ijazah kot kat keluarga sendiri soh makan? 

Aku pun tak reti masak.



Ritu seminggu Kimi dok ngan aku, memang tak aci lah kalau dia tak masak kan? 

Kek batik dia dah buat setalam. Sehari je habih dibaham semua orang.

Minggu tu pulak aku bizi. Direct seminggu keluar keje je manjang. Aku ada booth kat Teluk Intan. 

Kimi tanya...

"KAk LIza nak makan popia ke? Kimi buat sesiap. MAlam kang Kak Liza balik, Kimi goreng."

Aku hangguk je laju-laju. 
Barang-barang suma dah beli siap. Tinggal nak masak je. 




Bahan-bahan yang dah siap digaul


Yang aku nampak , dia pakai sengkuang, carrot, udang kecik-kecik RM2.
 Rasanya ada jugak dia letak bawang sikit tapi tak pasti lak bawang apa.
 Ni kes tak tengok camana Kimi masak la ni. Huhuuu~
 Nanti aku tanya Kimi apa resepinya. Tapi mmg simple je bebahannya.







Khusyuk membalut popia. 
Walaupun amik kos repair jet-kapal terbang-ufo sekalipun, anda mesti handal di dapur ye... 
Tak reti masak sebab sibuk belajar , itu bukan alasan yg mantap these days.  
MAlu lak kat awek-awek di sana yang minta hantaran mahal-mahal sebab blajo sampai degree, tapi tak tau masak. ISkk..
Statement berbahaya ni!

Aku tak pe la tak reti masak sebab aku blajar takat SPM jek! *Takde kena mengena ok...


Chaiyokk!!!


NAnti aku mintak resepi kat beliau.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram