Followers

14 Jun 2012

PERLUKAH IMPIAN?



Impian....

Cita-cita...

Mimpi...(mungkin?)



Pentingkah setiap orang itu untuk ada IMPIAN? 

Perlu ke? 

Apa beza kalau ada impian dengan takde impian? 

Adakah berimpian itu sama je macam berangan-angan? 


IMPIAN.... tak payah la kot nak definisikan kat sini sebab aku bukannya pensyarah bahasa. HUAHAUUHUHAU... Tapi, setiap orang bagi pendapat aku wajar ada impian. PATUT ada impian. 

Sesetengahnya malu menyatakan impian mereka tatkala ditanya. Pernah terjadi kat korang? Ini berlaku atas beberapa sebab:

  1. takut kena gelak sebab dia rasa impian dia cam bodo. *perasan sorang-sorang
  2. dia tak yakin ngan impian dia sendiri tapi tetap nak berimpian sebab orang lain pakat-pakat ada impian. Jadi dia pun nak join sama. 
  3. dia memang takde impian. 

Tahukah, berimpian ini menggunakan kuasa minda yang besar. 
Tak payah belajar sampai PHD pun boleh ada impian. Takde kos pun jika nak berimpian.
 Nak bermimpi. 
Nak berangan-angan. 
Tapi, setiap impian yg kita cipta tu, kalau tak de follow-up ngan usaha yang betoi, impian tu jadi cam mimpi je. Takleh dipegang, takleh dicium wangi busuknya. 

Caya tak orang-orang kaya skang, orang yg berjaya , orang yg bernama besar hasil usaha kreatif mereka ini semuanya berimpian. 
Lagi besar impian , lagi besar kejayaan. 
Bila dia dah capai impian dia tu, dia akan buat pulak impian yang baru
. Impian yang lebih besar lagi.
Caya tak orang-orang yang berjaya cam pencipta Iphone , Microsoft dan memacam lagilah (malas nak letak nama...) tak abih skolah tinggi pun, yet diorang jadi lebih kaya dari orang yg belajar tinggi-tinggi sampai botak kepala, gugur segala rambut? 

Visi kita ditentukan oleh impian.
 Cuba tanya diri sendiri apa impian kita?
 Dan kemudian, tanya orang lain pulak apa impian dia. Tanya suami kita, apa impian dia. 
Dengar apa jawapannya. Dengar apa responnya. 
Tanya isteri kita, apa impiannya. 
Mungkin pada awalnya dia malu-malu, tapi sapa tau impian dia sebenarnya besar. 
Jika dia meluahkan , mungkin kita sama-sama boleh berganding bahu merealisasikannya. 

Jangan tahan diri anda berimpian
. Jangan kedekut meluahkan dan berkongsi impian anda itu.
 Berkongsi impian boleh membantu anda lebih fokus.
 Boleh mengeratkan hubungan sesama kita. 
Tak kisah lah segila mana pun impian tu, tapi takde yang mustahil pun kat dunia ni kan? Aku merepek ke?

Impian Makbed suatu masa dulu adalah nak menikah pada tarikh 20-08-2008. 

Kelakar tak?

Aku cakap kat Mak aku , Mak aku kata aku gatai nak menikah. 
Ye la... masa tu aku baru tingkatan 3 kot.
Tahun 1998. 
 Pakwe pun takde. JAngan kata pakwe, peminat pun takde. 
Tapi, impian tu tetap ada. 
Takpelah MAk nak gelak pun. 
Tapi, impian is impian la kan. Tet!


Bila kita ada impian tu tersemat di dada dan minda, kita akan dengan pantasnya boleh detact sebarang peluang yang melintas di depan mata. 
Insyaallah....

Dipendekkan cerita....... 

Makbed berjayalah merialisasikan impian Makbed nak menikah pada tarikh 20-08-2008.
Walaupun tarikh itu jatuhnya pada hari Rabu. 
Dan orang marah aku kawin hari Rabu time tak cuti sekolah plak tu, tapi aku tetap berkeputusan begitu. Mak ngan Abah aku support lak.
 And most importantly, nasib baik gak ado orang yang nak menikah ngan aku kan?
 Dia pun support gak. 

Aku dan Inche Kitchi menikah pada tarikh tersebut.
Dan 4 bulan kemudian majlis resepsi pula diadakan. 

Kan aku dah kata, aku nak menikah 20-08-2008. 
Bukan nak bersanding pada tarikh tu. 


Skang, Makbed sudah ada impian baru. 
TApi, perlu dirahsiakan untuk sebab-sebab keselamatan. *chewahh!

Tak salah berimpian.
TAk kena bayar.
Tak kena cukai.
Tak kena marah. 

Kalau nak kena gelak, biarkan je. 
At least, aku ada impian ...



KO ADE??? 


Bila berimpian, kena fokus untuk merialisasikannya


Sekian lah karangan saya yang bertajuk IMPIAN SAYA. 
Metacih!


AMARAN: Ini karangan contoh ye. Impian pun CONTOH je. Takyah la tiru especially yang baru abih skolah tadika. Tampor kang!



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram