Followers

25 Jun 2012

Periksa Dulu Sebelum Keluar




Dah lama beb tak gi opih. Hari ni jenuh pujuk Oni soh gi umah pengasuh. Nasib baik la dia OKE je walaupun memula takmo. Tadi kena bawak Oni gi jumpa Dr. Ling lagi sebab demam dia datang menyerang bila malam tiba. Aku risau nih.

Dr. Ling kata, Rabu ni kalu dok demam lagi, dia soh pi lagi refer kat beliau. Sobsss...


Sebelum kuar gi opih, aku telepon suma client dalam kawasan jajahan. Sebab hari ni 25hb dan banyak yg dah gaji. So, aku nak kutip duit perlindungan la kan... *HAHAHAHA.

Lepas call diorang, aku call la partner in crime - Kak Ju dan Kak Nor. Diorang kata diorang pun dah buntu dok umah, so decide nak kuar gak - pi makan sesama. Aku nak opih dulu. Diorang kata nak jumpa kat opih je..

So, aku pun dok la opih siapkan keje tertunggak sejak 2 minggu lepas. Ye la.. anak-anak sakit, camana la nak pi opih yedak. Dah siap suma, aku pun call Kak Ju. Rupanya depa dah siap parking kat MAnjung Kopitiam, siap order makan lagi. Tak tunggu aku. Cissssssssssss......


Memula aku soh carry on je. Makan je la tanpa aku. Konon merajuk la kan. Tapi sebenarnya, niat tu nak habihkan keje kat opis. Tapi tetiba rasa hati ni tak sedap. Udah la aku ni tak brapa hari je lagi nak dok kat Manjung ni. Ni lah masa nak lepak ngan kawan-kawan kan. So, apa lah salahnya makan sesama ngan Kak Ju ngan Kak Nor....

Jadi, aku pun start keta, dan terus gerak gi Manjung Kopitiam.

Sesampainya aku, rupanya makanan depa pun tak sampai-sampai lagi. HAAHHAHA...

Nak dijadikan citer, borak-borak punya la lama... sampai la time nak bayar. Kak Ju bukak purse. Dia cakap nak belanja. Sebab gaji dia banyak dari aku. *Dia tak cakap cemtu , tapi aku yang saja mereka citer.

"Takpe... Kak Ju blanje je lah..."katanya.

Tapi, aku pun dah bukak purse. Asik dia je blanje aku. Bagi la aku blanja....

"Eh.............mana pulak duit Rm50 aku ni? Tadi keluar ada lagi sekeping??" kata Kak Ju cemas. Dia keluarkan duit singgit-singgit ye. Tu pun ada 2 keping je.

HAHAHAHAHHA.. Aku dah gelak.

"Aii.. buleh tak keluar umah bawak 2 hengget je...? Iskkk.......... NASIB BAIK KO ADA LIZA.. Kalau tak ntah sapa la nak selamatkan kami niii.." kata Kak Ju , masih terkebil-kebil , tak paham apa yang telah berlaku kepada dia.

So, akhirnya aku berjaya jugak belanja 2 orang akak yang selalu je belanja aku makan tak kira mana pun kitoang pegi....

Nasib baik aku datang tadi. Kalau aku bantai dok opih je, ntah kena basuh pinggan hape akak aku 2 orang ni. Ngaaaaa~!

Moral: LAIN KALI NAK KUAR UMAH, CHECK DULU DALAM PURSE ADA DUIT KE TAK. Jadi pape kang, naya je. Muka kompiden , cun-cun nak blanja orang, skali takde duit.Kalau kengkawan takpe la. Kalau client? Hohohoho~








Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram