Followers

29 Jun 2012

Nak pindah Jumaat ke Sabtu?


Pinggan mangkuk kaca telah pun siap dibalut surat khabar dan disusun dalam kotak. Mug dan cawan pun dah siap dah.

Meja kerja aku pun dah clear. Semua hal kerja, buku rekod , polisi-polisi dan alat tulih aku masukkan dalam kotak khas. Yang berbaki atas meja hanyalah lektop dan printer. Printer besok Inche Kitchi lak uruskan.

Baju-baju suma dah pack masuk beg.
Ada yang masuk kotak.
Yang tak pack lagi cuma baju Wawan dan Oni.
Dan baju yg tak lipat lagi. Dok dalam bakul.
Di penyidai ada lagi baju yang baru dibasuh.
Di dalam mesin pun dok ada lagi baju yg sedang dibasuh.

Aku rasa semua baju tu besok akan disumbat dalam beg plastik sampah je. Hangkut la suma skali masuk truck. Malas dah haku nak lipat. Kalau abang-abang navy tu rajin nak lipat kain baju aku sepanjang perjalanan dari Lumut ke Alor Setar besok, aku lagi la suka. Leh bagi upah lebih. Siyes tak tipu.


Patutnya Sabtu pagi kami bergerak. Pembantu-pembantu akan datang mengemas segala barang masuk truck pada Jumaat petang , esok.

Tapi, tetiba Inche Kitchi tanya plak..................

"Kalau kita gerak lepas kemas barang , ok tak?"


Hmmmmmmmmmmmmmmm....

Besok ado Friday Meeting. Kalau nak gerak petang tu jugak, memang kena kemas laju-laju lah. Tapi, cam letih la plak jalan malam. Kalau jalan balik raya takpe la besss... Ni jalan ngan satu lori gedabak penuh segala barang umah. hUuuuuuuuuuuuuuuHuuu.... Aku pun tatau apa nak expect.

nganntuk. Besok le sambung nulih.







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram