Followers

21 Jun 2012

Nak Layanan Sama Rata?







[Entry berat sebelah]


Setuju tak kalau aku kata, kita sendiri yang meletakkan diri kita kelihatan seolah-olah ditindas?
Perlukah hak sama-rata antara lelaki dan wanita?
Bagi aku tak perlu pun. 

Hak bekerjaya - aku rasa dah cukup ok. 
KAlau minta hak samarata , kang pompuan beranak hari ni, besok kena start keje terus, caner?

Cuma........
Mungkin perumpaan 'wanita adalah kaum yg lemah' tu kena tukar atau dimansuhkan. 
Hakikatnya walau wanita ni memang secara fizikalnya nampak cam lemah, tapi sebenarnya tak lemah. Buktinya, wanita hidup lebih lama dari lelaki. Lemah ke camtu? 

Ni contoh ketidaksamaan wanita dan lelaki yg aku wat versi aku sniri la. 
Serabut sikit sebab kepala otak aku pun serabut gak skang. 
Bizi ngan memacam menda nak kena pikir.



Misi: Nak masak.

Contoh multitasking: 
masak air
sementara tunggu air masak, kemas dapur. Sambil tu pikir nak masak apa, dan check inventori dapur. Apa yg ada , apa yg takde. 
Dah ready nak masak. 
Potong bawang dan bahan-bahan lain. 
Anak nangih.
Tanya anak nak apa. KAlau nak susu, gi buat susu dulu. 
KAlau taknak susu, cari la apa makanan ada nak sumbat kat mulut anak tu kasi diam. 
Sambung masak. 
Tetengah masak tu, cuci dapur. Basuh pinggan apa yg ado. Kasi clear sinki.
Tetiba anak datang kat ibu gitau.."ibu berakkk..."
Kalau tengah goreng ikan, kasi goreng bagi habih. Kalau lauk yg buleh postpone, postpone dulu. Kalau anak tu boleh tunggu sampai ibu habih masak, lagi bagus. 
Sementara nak pujuk anak mintak belas kasihan suruh 'tangguh dulu basuh berak' kita rasuah le dia ngan pape jap. Langkah makin cepat sebab nak siapkan masakan segera.
Kalau anak takmau tunggu, kena jugak brenti untuk basuh berak anak dulu. 
Lepas selesai bab anak tu, masuk balik dapo... Sambung masak. 
Tetengah masak tu datang lagi si anak , kaco.
 Lambat pandang, anak dah makan sampah. 
Ibu yg tengah masak, kena selamatkan anak supaya tak makan sampah, mulut membebel. 
Lepas membebel sambil basuh pinggan, sambil kaki tahan anak supaya tak makan sampah , mulut pun dok HAIP HAIP!!! HAIPPP!!! kat anak tu supaya tak buat menda-menda pelik , akhirnya siap la beberapa lauk untuk hidangan tengahari keluarga. 



Misi: Nak gi jenjalan

Contoh multitasking:
Bagi mandi anak. 
Pakaikan baju. Sambil nak pakaikan baju tu ada la segala drama swasta, aksi kejar-mengejar dan aksi jeirt-menjerit. Kalau anak ramai, lagi la meriah. 
Siapkan beg susu anak-anak. Beg susu tu bukan hanya mengandungi susu, tapi ada segala baju spare, pampes, vicks, beg duit ibu, henpon ibu, biskut utk anak... memacam lah!
Dah siap beg susu anak, giliran ibu lak siap. 
Ibu nak mandi.
Sambil Ibu mandi, anak dok jerit-jerit sambil ketuk pintu suruh bukak. Ibu pun menjerit lagi dari dalam toilet..."Sadapp uuuu!!" *lakonan semata-mata.  
Si ibu mandi dalam keadaan tak tenang sebab anak dok nangeh akibat kena belasah dan gado sesama sniri. 
Ibu nak mekap. TApi, anak lak sambil-sambil tu dok menyondol betis ibu. Nak jugak pakai mekap. Ibu membebel ...mintak anak blah daripada tempat kejadian sebab ibu nak bersiap lawa-lawa tak bleh. 
Dah siap, Ibu keluar bilik dan ambil beg susu yg telah disiapkan tadi. 
Check plak lagi, botol susu, puting suma dah ada ke. Baru keluar rumah.
Ayahnya sudah tunggu dalam kereta, sambil tengok jam. 
Ibu baru je duduk atas kerusi, Ayahnya sound..." Lambatnya bersiap..."
Ibu terkocoh-kocoh nak duduk pun tak berapa betul. Anak yang diriba pun tak duduk elok lagi. Baru siap lawa-lawa, pakai eye shadow, maskara suma... Maskara dah cair sebab peluh. AHHAHAHAHAHAH.. pehtu kena kutuk lak ngan asben.."apekah buruk sangat mata awak tu..?"
Stress tak? 


Misi: Nak tido

Contoh multitasking:
Ibu tak penah tido dulu sebelum anak-anak dia selamat tido. 
Ibu siapkan susu segala dulu. Salin pampes anak-anak. 
Ibu bawak masuk bilik. Tutup lampu. 
Anak-anak tak ready nak tido tapi ibu paksa tido ikut jadual.
Dalam bilik anak melompat-melompat , terlebih gula. Ibu dah ngantuk. Tapi tak berani nak tido selagi anak tak lelap. 
Berlaku la scene 'peperangan' dalam bilik. Antara dialog biasa.."TIDO LAHHH!!!!" sambil ibu tepuk-tepuk bontot anak tu mengikut kadar kegeramannya. Kalau geram teruk, bunyi tepukan bontot tu buleh dengar sampai luar. 
Pulak tu, kalau anak 3, semuanya nak kena tepuk bontot. Ada yg request lagu la macam dalam PIliHAN BERSAMA Radio Muzik. Ibu kenalah nyanyi sampai diorang tido. 
Kalau tak nak tido jugak, Ibu akan bagi ceramah. Berleter sambil tangan masih lagi menepuk bontot anak-anak. 
Bila anak-anak dah tido, si ayah pun masuk dan terus tido mcm takde pape yg berlaku. 
Takpe..penat mencari rezeki untuk keluarga...... 



Lelaki multitasking di rumah...

Misi: Berak. 
Contohmultitasking; Baca majalah atau suratkhabar. 


Misi: Driving
contoh Multitasking: Smoking sambil berborak-borak tanya keadaan isteri. "Awak sihat ke?"
 Sambil tanya, sambil hembus asap rokok ke luar tingkap. Bajet asap tu pandai la bawak diri keluar tingkap seperti yg diarahkan. 


Misi: Jaga Anak
Contoh Multitasking: Tengok anak tu wat aktiviti bebas sambil tengok tv. Kalau anak meragam, tido terus. Otak jem katanya. 


Misi: Kemas rumah.
COntoh multitasking: Kemas rumah tu pun dah banyak multitasking. Any inteference dari luar akan membuatkan tugas tu terbantut. KAlau tak siap, tak capai target kemas rumah seperti yg dikehendaki, otak jem. Terus tido. 



Hak kesamarataan Jantina?


Kita memang tak sama. 
Sepatutnya kita sebagai wanita kena berbangga dengan apa yg kita boleh buat.
Dan berbanggalah sebab orang meraikan kita sebagai wanita.
Ada Hari Wanita.
Ada Hari Ibu.
Dan ada pulak LAdies Night kalau gi tengok wayang. Harga murah cket. 
Perempuan hamil buleh potong barisan kalau kat kaunter. 
Perempuan hamil diberikan lebih layanan , dan selalu dapat diskaun kalau shopping.
Diberikan keutamaan untuk duduk bila dalam LRT... 

So, perlu ke hak kesamarataan bila kita ni sebenarnya dah diberi layanan macam puteri raja dah. Orang lelaki pun tak dapat macam yg kita dapat skang ni. 
Kang kalu diberi hak samarata tu kang, tak dapat duduk kat LRT, kena berdiri jek..korang kata 'TAK BERTIMBANG RASA PULAK."

Camana nak mintak bagi sama kalau dah memang tak sama? 


Secupak takkan sama macam 18 cupak!


 Gambo ni jelas menunjukkan, tak layak lansung mintak hak kesamarataan. 

Boleh ke kata "Laki tunjuk perut boleh, apsal perempuan tak boleh? Buncit sama je kannn??"





Entri suka-suka je.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram