Followers

26 Jun 2012

MAkbed di Sime Darby MEdical Centre, Subang Jaya



Berita tergempar...

Ate tetiba dok kat depan SIme Darby Medical Centre, Subang Jaya. HAHAHA... Tetengah sibuk dok siap nak pindah, camana pulak buleh ada kat Subang Jaya??


Well....

Ni suma gara-gara sorang teman baik ku yg sangat kusayang tu ngadu yang jiwa dia kaco. Ni hal claim elaun wad anak dia yang dituntut, sudah 6 bulan tak juga siap-siap. Dia dok ngadu lama dah tapi disebabkan dia bukan client aku, so agak payah la sikit aku nak handle. Lagipun agen beliau memang beria cakap nak tolong buatkan.

Tapi.... tunggu punya tunggu, takde kabor lansung pasai itu claim. Teman aku ni kebetulannya gi wat folo up check untuk anak beliau yang sakit itu, dan dikaborkan oleh doktor bahawa borang claim baru je ada kat tangan dia (si doktor) dan dah lunyai pun borang tu tak diisi-isi.

Dia jugak dimaklumkan bahawa doktor tu kalau buleh nak jumpa agen insurans tu sendiri tentang medical report sebab agak rumit jugak la nak wat medical report ni. LAgipun kes anak kawan aku ni bukan kes bisul ke ketumbit ke. Kes besarrrrr. KAnser Otak. JAdi, sebagai seorang agen yang profesional, kalau client tu sakit kritikal cenggitu kenalah bagi perhatian yang tak berbelah bahagi kepada tuntutannya, dari mula sampailah tuntutan itu selesai..... Setuju?


YAng si doktor pulak cakap kat kawan aku..." Medical repot anak you ni tebal macam buku teks matematik tambahan. LAgi tebal dari tu lagi. JAdi, saya taktau report yg mana satu yang agen you nak. DIa patutnya follow up la..."

HA... ni kes agen tak follow up medicl report yg sudah dihantar ke hospital. Dia expect yang orang spital yg nak telepon dia kot.. KAlau dia hot cam LAdy GAga mungkin la orang spital tu nak call dia balik. MAlangnya, bukan.... JAdi, sila lah wat keje dengan berwibawa.

Aku pun tak de le terer bebenor. TApi, walaupun aku tak terer, aku ada jiwa dan hati yang ikhlas. Dan aku tau, setakat nak claim elaun wad takkan lah sebegitu lama sampai setengah tahun. Tapi, untuk berlaku adil kepada keduanya, apatah lagi kawan aku minta aku tolong sesangat selesaikan claim tu sebab anak dia nak kena buat rawatan lain pulak pasni (nak pakai duit la) jadi, esok aku akan mula menyiasat apakah yang berlaku sebenarnya ke atas tuntutan tersebut. Di manakan silap dan khilafnya. Jika boleh diselesaikan, kita selesaikan segera. KAlau tak leh, kita ekjas pulak nak wat apa pastu.

Bulan depan aku dah takleh nak buat keje apa dah sebab pepaham je lah orang baru pindah ni mestila otaknya pun sesemak rumah barunya jugakkkk....

So, itu adalah permulaannya. KAlau yang mula tu boleh mengakhirkan terus, maka bagus la. Ending cepat la kisah claim-yang-tak-dapat kawan aku ni. KAn?

BAnyak ke claim tu???

Well... meh kita wat kira-kira....

1 hari dok wad dapat RM200.
KAlau dia dok wad selama 30 hari?
PAstu dia kena lagi masuk wad lagi 30 hari?


Dah berapa?



KAlau berjaya la claim ni, mungkin kawan aku kena bagi aku 25 sen. KAlau makcik urut tersohor minta 25 sen wat putus ubat.  HHEEHEH... Lebih kurang la tu... OK, aku gurau je.


Aku taip lelaju. Skang check in kat hotel murah-murah je. JAnji besok aku leh terpacak depan bilik doktor tu tepat-tepat jam 10 pagi. TAkmo lambat. Aku nak pi makan. Pehtu nak pi beli ubat gigi. Tak expect pun nak kena tido sini malam ni. Seb bek ado baju spare

Inche Kitchi ado. Tolong drive. Mekasih sayangku sebab anda sungguh bersabar teman saya bertugas. Dan Oni dan Wawan kena tido umah pengasuh malam ni. TAk boleh bawak. Sebab ibu sedang kerja....

MAlangnya, 'vitamin' penghalang Oni dan Wawan daripada mendapat adik baru terlupa nak bawak. So, Inche Kitchi kena tido katil lain. KEKEKKEKKE~



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram