Followers

19 Jun 2012

Kisah Seorang Ibu Yang Tangkas-Lah-Sangat




Shushahhh nyeee menjaga budak demam secara berkumpulan ni. 
HUuuwaa~ Merengek tak sudah. 
Yang besar dengan cara besar. Yang tecik ngan style tecik.


Selalunya depa ni demam ikut turn. 
Memula Wawan demam dulu. 
Then baru Oni plak. 
Tapi, demam kali ni , serentak. 
Aku dah rasa dedar-dedar badan diorang dua hari sebelum tu. 
Semalam , baru start demam bebetul bila Oni tetiba muntah.

Memang menguji ketangkasan betui. 
Tetengah Wawan merengek sebab batuk tak puas, Oni pun merengek sama. 
Tapi kejap je merengek si Oni. Lepas dapat susu, dia diam. 
Masa dia diam menyusu, aku uruskan Wawan yang merengek. Udah elok si Wawan abeh merengek, Oni plak batuk-batuk. 
Tetiba terus bruuakkkkkkkkkkkk!!! 

Abeh suma susu tadi kuar. 
Sian dia. Abih kuar air hidung. 
Mata pun berair.
 Kebingungan tatau apa yg berlaku. 

Sepantas kilat aku angkat Oni gi bilik air. 
Aku biarkan dia kat situ. 
Wawan bangun. Terpacak kat tilam. 
Tak jadi tido. 
Aku on lampu. 
Muntah Oni bersepah. Habih cadar. 
Aku tolak Wawan soh gi atas lantai haha..ni kejam sket pehtu aku tanggalkan cadar. 
Kena selamatkan muntah tu dulu sebab kang Wawan main tepuk-tepuk muntah Oni lak. Habih satu bilik dia bawak berjalan. 
Oni masih dok dalam bilik air. Tercegat , taktau nak wat apa. 
Tapi dia masih lagi menunjukkan tanda-tanda nak muntah lagi. 

Ternyata aku betul. 
Ada la dalam 4 kali kot dia muntah. Sampai dah tak keluar apa dah. 
Kesian sungguh. 
Menggigil badan dia. 

"Ibu... Oni sakit perut...." katanya.

"Sakit perut? Nak beyak ke?" tanyaku mahu kepastian. 

"Bukaaann. Sakit perut ni. Nak muntah..." 

Senang jaga budak 3 tahun demam sebab dia dah pandai bagitau apa masalah dia. 
Kalau budak tecik cam Wawan, tak bleh cakap lagi.
 So, keje dia merengek je la. 
Cuma, Wawan ni jenih tak merengek teruk. Paling hebat sangat , tak leh tido, dia tonggeng je atas tilam tu. Tu kira signal tak leh tido lah tu. Korang kena paham la ye. AHAHHAAHHAH~

Paling mengharukan bila dua-dua merengek nak tido atas riba. Haa.. time ni lah aku kena menyaksikan pergaduhan merebut kawasan - peha Ibu.
 Rupanya, peha aku yang gedabak beso ni masih tidak cukup besar untuk menampung mereka. Tamak! 

Kalau aku menangkan Oni, Wawan sentap. Which is sangat best bila tengok dia sentap. 
Cumel! Rasa nak buat lagi banyak-banyak kali. Sori Wawan. 
Kalau aku menangkan Wawan plak, Oni akan menangih tak renti-renti sampai basah bantal busuk dia. Nyampah pulak dengarnye. 
Tapi... lepas explain sepatah dua kata, Oni beralah je. Nasib baik la dia reti bahasa. 
Dia lagi rela menangih daripada tengok Ibu dia nangeh sebab sakit belakang. 


Malam dengan anak yang demam memang takdelah istilah tido nyenyak. Anak sorang demam pun dah tak keruan. Apatah lagi kalau dua-dua demam sekaligus. 
Aku tido di tengah. 
Sekejap kanan, sekejap kiri aku berpusing nak check temperature anak-anak aku. 
Kat tangan stenbai lampin yang aku basahkan, buat nak jerlum badan dema. 
Kalau time demam, semua tak payah pakai baju. Pakai pampes je. 
Tidak termasuk aku lah ye... Jangan pikir bebukan lak. 
So senang sikit nak jerlum. 
Air asam jawa pun aku siapkan semangkuk. Sapu kat dahi sampai ke rambut. 
Agak dah letih nak sapu , aku tempek la cool fever...... 

Malam ni, dari jam 8 malam sammpai 2.20 pagi, aku dah 3 kali mandikan Wawan. 
Temperature Wawan membimbangkan. 
Sekejap ok, sekejap tak. 
Aku dah boh ubat bontot.
 Tu pun aku tak sure betui ke cara bubuh tu sebab ni first time aku boh sendiri. 
Huuwaaa... please help kalau ada cara bubuhan yg betui. Sebab aku bubuh tadi cam tak masuk bebetui je. 
Apsal ada sisa-sisa ubat yg masih keluar? 
Ke salah buh? 
Yang pastinya tak salah lubang la ye... Sebab aku boh kat Wawan. 






Harap anak-anak Ibu semakin baik kadar kesihatannya di hari esok. 
Sebab Rabu Ibu nak kena out-stesen ke Ipoh sampai malam. Ngeeeeee~ 


Cuaca skang begitu membimbangkan. 
Maafkan Ibu ye Oni. Tak leh bawak kamu jenjalan sangat. 
Gi Tesco buleh la kot.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram