Followers

7 Aug 2013

Jangan Hanya Memandang Pampasan Kerana Itu Bukan Matlamat Utama Berinsurans KINI




tetengah siok layan mamun memalam, tetiba telipon bunyi.

ORG: Uit halijah. Ang dah tidoq ka?

Aku: Dak gi. Lepak-lepak sat. Mata takmo tutup. 

ORG: Sori kaco ang. Aku nk tanya sikit. Betui ka kalau ada insurans hat yg ada medical kad tu , aku masuk spital sbb eksiden atau sakit apa-apa buley guna? Medical card tanggung semua? 

Aku: Takda la tanggung seketui. Kena share bayaq. Tapi, paling mahai nak kena bayaq pun seribu jak!

ORG: Ohh yaka. Aku bukan paa... sepupu aku bebaru ni masuk spital eksiden. Teruk juga baq ang. Kami ingat kot free la. Tapi kena bayaq jugak la. Dekat 8k jugak. 

Aku: Iskk.. Pasepa? 

ORG: Ada la apa menatang ntah boh kat lutut ngan buku lali dia. Keja pasar malam ja weh. Mana la ada dwet banyak sgt. Tak meniaga la dia berapa bulan ni. Tapi, doctor kat spital dok cerita pasal kepentingan insurans. Dok beletiaq kat sepupu aku. 

Aku: Laa..kesian... 

ORG: Rupanya doktor tu dok rekemen soh beli insurans kat adik dia. Hehehe.. Dia sebut la prudential. Nih la yg aku telepon ang ni. Tak leh lena weh dok pikiaq. Nak jumpak ang ni. Ang ada mana?

Aku: Aku dah balik Lumut da semalam. Ang lambat...~

ORG: Allah.... bila nak mai balik? Aku nk sign ni. 

Aku: Hujung bulan baru balik. 

ORG : Balik la lekaihhh!! Aku nak dengar ang cerita. Malula nak jumpa doktor tu plak. Aku blanja makan bihun sup Bangunan Ukir. 

Aku: Ni rasuah ka apa ni? HAHAHAHAH~
 
Tulah dia panggilan yg buat mata aku celik skang ni.
 Tengok jam, dah kol 3.40pagi. Dia kol tadi dekat jam 1pagi kot. Dok terbeliak lagi mata haku neh. 
Kalau korang baca bebetui conversation kat atas tu, kita dapat rumuskan bahawa kejadian yang menimpa sepupu ORG ni telah memberi kesedaran kat ORG ni untuk membeli insurans. Timasey gak kat doktor spital tu. Dia beleter-leter sikit, terus orang sedar.
Bukan apa..Kalau agen insurans yang explain kat kita, kita kata agen tu DESPERATE nak cari pelanggan. Gila komisen! 
Tapi, ce doktor ka, perdana menteri malaysia ka , siti nurhaliza ka yang pesan akan kepentingan insurans ni kat khalayak especially kat belia-belia yg baru bekerja ni, takde lak bunyi cam DESPERATE kan? 
 Kemon... Doktor kerajaan pun beli insurans tau. Dia tak habaq ja. Walaupun doktor kerajaan ni takyah susah hati lansung bab sakit ke, wad kelas 1 ke, kelas 2 ke, atau pun kelas B2 sekali pun, tapi ada sebab lain kenapa dia membeli insurans. 
 Seperti dalam perbualan kat atas ni... 
Sepupu kawan aku ni kerja kat pasar malam. Dia bukan tokey gerai pasar malam tau. Dia cuma pembantu jualan je. Berapa sangat la kan gaji dia. Tapi, kerja dia berisiko , betul tak? Cam dalam kes sepupu kawan aku ni, dia eksiden masa dok bawak barang nak pi bukak pasar malam. Habih terbalik segala karipap ngan inti karipap beliau. Kesian tak? 
 Membeli insurans bukan setakat cover kematian ataupun mendapat pampasan apabila kena sakit kritikal. PAMPASAN tu dapat sekali gus jek. Dah dapat tu pepandai la korang berjiimat-cermat. Kalau amik insurans kemalangan atau Personal Accident, bayar Rm30 sebulan, memang takde la pampasan kemalangan sampai 1 juta punya. TAkde.. Tu pun pampasan kemalangan tu dapat kalau ko mati masa kemalangan tu. HEheh.. In fact, ko tak pegang pun duit pampasan tu la kan? 
Camana plak kalau kemalangan yg terjadi tu tidak membuatkan anda TERKORBAN? Sebaliknya, korang lumpuh ka... Lumpuh ada 2 kategori. Lumpuh selama-lamanya atau lumpuh sekejap je. Lumpuh sekejap ni maknanya lumpuh yg boleh baik la. Kalau gi terapi sikit-sikit, makan ubat ikut jadual, jumpa doktor follow-up treatment suma, insyaallah sembuh. Mungkin memerlukan beberapa sesi pembedahan susulan. Jadi, proses-proses penyembuhan ni memerlukan kos , bukan? 
So, sapo lak nak tanggung kos rawatan selepas kemalangan? 
Kat sinilah mulanya fungsi medical card. Menanggung kos rawatan. 
Ok habih bab tu. 
Apa lagi yg sepupu kawan aku ni akan dapat kalau dia ada insurans? 
  • Dia akan ada elaun wad. Elaun wad diberi mengikut jumlah hari dia admitted. Berapa dapat sehari depends. Kalau amik ngan PruBsn Takaful, paling ciput RM100 sehari. Tu elaun wad biasa je tu. Belum masuk elaun ICU atau elaun pembedahan. Itu kira lain maaa.... So, sepupu kawan aku ni , katelah dia masuk wad seminggu. Kalau dia ada insurans, ko kali la RM100 dengan 7 hari. Dah berapa? Ni contoh je ni.
  • Dia ada elaun mc. Ha.. Mc pun dapat elaun. Kalau kerja ngan syarikat korang, korang mc depa bagi elaun tak? Takde kann... Elaun ni pun diberi mingguan. Paling ciput, RM100 seminggu. Kita bayangkan je la. Sepupu kawan aku ni lepas eksiden, kaki bersimen. Kompem takleh keje. Dok umah je. Kalau dok umah, ada gaji tak? Ko dah keje pasar malam je. Kalau kerja, ada la gaji. Tak kerja, takde la gaji. Paling baik hati pun, bos dia bagi duit kebajikan je. Tapi, kalau dia amik insurans yang betui, katelah dia terpaksa cuti sakit selama 3 bulan kan... 3 bulan sama dengan 12 minggu. Haa... darablah 12 minggu dengan RM100. So dapat berapo ? Ok la kan dari takde duit lansung. 

5 hengget sehari je pon (*tertakluk pada terma dan syarat) 

Need any advice buleh roger Makbed. TAkde charge ekk.. Free je. Just nak educate kawan-kawan especially masyarakat kita yang agak kurang ilmu pasal insurans ni. Sharing is caring. Dah ada ilmu pengetahuan tu, it's on you then to decide. Aku sendiri dah mengalami pengalaman pahit. Sakit teruk dan tak berduit plak. Jadi, kalau bleh aku nak share la kan. 
Malaysia ni kira okeh lagi la bila kerajaan kita tak menetapkan rakyat dia wajib ada insurans nyawa. Hanya wajib ada insurans kereta je. 
Kalau kat US tu, takde insurans memang kena dok luar sepital je lah jawabnya. Doakan lah negara kita tak macam tu ye.... 
 
Read without prejudice. Thanks.
 
Untuk info lanjut, teruslah menghubungi  017-2479294 (Haliza @Makbed) atau emailkan pertanyaan ke makbedjournal@gmail.com.
PErkenalkan diri sebelum mengutarakan soalan. Budi bahasa budaya kita. 




Bersempena dengan AidilFitri yang akan kita sambut esok, Makbed ucapakan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. 
Maaf Zahir dan Batin

Taqabballahuminna wa minkum. 

Raikan secara bersederhana dan ingat orang yang lebih susah dari kita. 
DAH BAYAQ ZAKAT KE??


 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram