Followers

21 Jun 2012

HAPPY BIRTHDAY NAJWAN, dan beliau masih demam



Temperature Wawan naik tetiba jam 4 pagi tadi. 
Merengek tak sudah.
 Yesterday morning, dah bawak Oni dan Wawan gi jumpa Dr. Ling. 

Cam biasa, Oni walaupun demam , Doc tau Oni leh baik sniri.
 Cuma batuk-batuk Oni tu agak merisaukan aku. 
Tapi Doc kata batuk Oni ok. 

aku risau la sebab dia taknak makan... susu pun selalu tak habih.
 Pehtu, bila malam batuknya macam orang semput. Kahak banyak. 


Yang si Wawan plak , setiap saat nak merengek, berdukung dan berteman. 
Monyok je.
 Mata tu kuyu.
 Payah nak nampak senyuman dia. 
Alahai..siannya...

Tapi, malam semalam aku kena gak gi Ipoh - ada Winner Night Prudential. 
So, Wawan tinggal ngan Apak. 
Oni lak tinggal ngan pengasuh. 

Memula pengasuh nak soh Oni tido je kat umah dia, tapi tetiba badan Oni panas. 
Tak berani lak dia. 
Dan aku selalunya akan jaga sendiri Oni dan Wawan kalau diorang demam. 
Lagi pun aku tak bekalkan ubat demam Oni pun. 
Ingatkan dah baik. Siang tu tak de pun panas. 


Menjaga Wawan demam memang kena sabooorrr. 
Ikut mood dia la nak makan ubat ke tak nak. 
Nampaknya, Apak pun tak boleh melegakan jiwanya walaupun dia sebenornya kamceng ngan Apak. Hmmm.. Ibu lah jugak. 
Kasih ibu sampai ke syurga nak oii... 

Sepanjang malam dia tido tak nyenyak. Meracau dalam tido. 
Dah ada patah-patah kata yg disebutnya. 
Aku pun turut sama la tak tido kann...................

Jam 4 pagi aku leh rasa badan dia sangat panas. 
Mata Wawan tertutup, tapi mulutnya berbunyi.
 Merintih... sedih lak. Kesian.
Takmo mengganggu Apak dan Oni yg tengah tido, aku bawak Wawan keluar gi ruang tamu.
 Biar dia dok situ dendiam. 
Tapi tak pun diam - cuma tak bergerak je.
 Mulut bunyi gak. 

Bila dok luar, baik lak.
 Aku suapkan air suam, sebab dia takmo susu.
 Air pun tamo tapi sebab aku boh dalam syringe, tembak je masuk mulut. HAHAAHA.. 
Bengang dia.
 Kna paksa la. 
Kalau tak lansung tak minum air. 
Lepas dah puas hati aku tembak air dalam mulut dia, aku bukak pampes. 
Sambil-sambil tu layan la borak-borak sikit ... Nak amek hati. 

Kendian, aku bawak masuk bilik air kasi mandi. 
KO bayangkan la pukul 5 gi mandi.
 Sejuk !
 Meraung budak tu dalam bilik air.
Kira ok la Ibu siram jam 5 pagi. 
Jenuh tunggu sejam dari pukul 4 tadi.
Dah tak turun gak temperature lepas sponging, so, kena la mandikan. 

Baru berkesan. 
Pastu, aku masukkan ubat bontot. 
Walaupun tak reti sangat.
Lagipun aku tak suka ubat bontot ni. 
Macam mencabuli hak asasi kemanusiaan jerr... Apekah?

Semalam dah try boh ubat bontot, ubat tu terkeluar balik. 
Konpius jap.
Tapi hari ni dah boleh dah. Takde terkeluar balik.
Maybe sebab Wawan dah letih meraung, jadi dia tak de masa nak tahan kemasukan ubat tu ke dalam bontot beliau. HEHEHEHEH.............
Slamat!


Hari ni adalah Hari Lahir Wawan. 
Sudah cukup setahun aku melahirkan beliau ke dunia ini. Alhamdulillah. 
TApi, Ibu yang belum kurus-kurus. Deng!
Sayang Ibu terpaksa sambut besday dalam keadaan demam. 
TAkpe...ujian Allah tu sayang. 
Biasalah....





Demam nak buleh memanjat kerusi agaknya





Demam- tak payah pakai baju




 Mekasih kat Orkid Kristal sebab memfeymeskan blog saya kat Jabatan Imigresen Manjung.







Nak tido jap la. Ngantuk gilohh........



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram