Followers

6 Jun 2012

Follower Aku Rupanya Arwah Ni..... Al-Fatihah



BAru lah tau bahawasanya 3 budak perempuan yang eksiden di Langkawi semalam tu , salah sorangnya blogger. 
Dan merupakan follower Makbed Journal yang lama. 

Pemergian arwah agak feymes yakni menjadi 'modal' tulisan blogger-blogger seMalaya.
 Aku pun tak dapat nak simplify kenapa , tapi yang pastinya arwah 'seperti' ada menunjukkan tanda-tanda mahu pergi apabila dia buat trending kat Twitter.

Dan mungkin beliau juga blogger yang feymes. 
Comel orangnya. 


Cuma Makbed nak tegur la orang-orang yang sibuk wat entri pasal arwah, KHASNYA BUAT ORANG YANG KOMEN kat setiap entri yang berkaitan ngan arwah, ELOK-ELOK SIKIT...

Janganlah dinilai diri arwah tu berdasarkan trending nya. 
Mungkin ianya kebetulan. 
Tapi aku sebak tengok trending tuh. Nampak gak ada keinsafan kat situ.
Kita ni? 
Kita yang masih bernyawa ni sepatutnya GENTAR bila adanya bukti TANDA-TANDA KEMATIAN ITU BENAR. Terkilan jugak aku bila ada di antara kita yang bukan nak amik isu ni jadi pengajaran atau peringatan, tapi dok ngutuk arwah ni menda yang takde kena mengena. Dok sebut pasai perangai dia, pasai sifat 'out-spoken'nya tu... PAstu ntah hape-hape lagi lah.

Kemon lahh... Arwah tu baru umur berapa. Muda sangat kot. Kamu yang dok 'sedap' megomen tu , kalau kamu cukup baik, kamu mendoakan dia. Dan kamu AJAK orang lain untuk turut sama berdoa. Bukan AJAK orang lain turut sama godek blog dia untuk cari kesilapan dan keburukan perangai dia.  Bertuah dia... Allah ambil dia lebih awal dari kita. 
Kita ni entah bila. Aku ni belum tentu sanggup nak menghadap hari kiamat yang serba dasyat tu.


Papepun.... 


Meh kita sama-sama doakan arwah Yasmin Johari atau Yasmin Hunwick. 
Semoga arwah berada dalam lindungan dan rahmat Allah. 

Dan kenanglah arwah sebagai antara sahabat kita, meskipun ada antara kita termasuk aku tidak pernah bersua-muka. Kenanglah sifat-sifat baik beliau. 
Tulisan-tulisan arwah yang kebanyakkannya buat kita semua tersengih sengsorang. 
Itu antara kualiti baik tentang sahabat yang perlu kita hargai dan ingati.

Arwah, meskipun masih muda, tapi tulisan-tulisannya tu buleh wat aku tersengih dan terkenang zaman aku seusianya dulu. Seriously, arwah memang berbakat.


Nak tengok gambo korang just google je lah nama dia. 
Jangan lupa sedekahkan al-Fatihah ye....





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram