Followers

22 Jun 2012

Ciri-ciri Tambahan Seorang Ibu yang perlu ada



Semua orang tau ciri-ciri ibu yang baik kan?


Nih plak ciri-ciri tambahan yang perlu ada dalam diri seorang Ibu. Ia bukanlah ciri yang baik sangat tapi perlu gak ada ketika situasi tertentu. Antaranya ialah...



Kuasa Jegilan Maut
Jegilan maut ni penting sebab ni sbg signal kat anak yang kita tak suka menda yang dia buat tu. Tapi, nak marah kaw-kaw tak buleh. Jegilan maut ni bukan nak ajak gado, tapi nak kasi warning bahawasanya "IBU SEDANG MEMERHATIKAN AWAK!"



Garang
Kuasa kegarangan ni perlu ada dalam 10% je dalam diri seorang Ibu dan tak boleh guna sepanjang masa. Disebabkan ia adalah sejenih kuasa sakti, maka kuasa garang ni kena guna kekadang je. Kalau guna selalu dah tak suprise dah. Contoh: Bila anak tetiba cakap benda yang tak sepatutnya cakap dan kuasa jelingan maut tadi tu tak berkesan. Biasanya ia turut serta dengan beberapa sesi hukuman setimpal dengan kesalahan yg dilakukan si anak. COntoh hukuman feymes: Jangan Tengok TV!


Tak berhati perut
Ada antara anak kita yang tak suka makan ubat bila dah sakit. Ada antara anak kita yang tak suka makan sayur. KENA PAKSA! Sebab kalau tak diajar dari sekarang, sampai ke tua lah diorang tak makan macam-macam dan membesar menjadi mengada-ngada. Tapi, yang bab sakit tu, nak taknak , even tak suka pun kena jugak paksa anak makan ubat kan? So, korang wat camne? Meskipun anak tu nangeh teruk mcm kena pukul, tapi kita tetap kepit jugak anak kita ketat-ketat sampai takleh gerak, nak paksa dia telan gak ubat tu. Kejam kan?



Kuasa Ketap Gigi
Ini kuasa bapak aku sebenarnya. Tapi ni lebih kepada menyimpan kemarahan dalam diri sebab si anak tu wat menda tak senonoh depan orang tapi kita takleh wat pape kat dia . yelah...dah depan orang kan? HEHEHHE... Takkan nak wachaaa dia kat situ lak. Tak masal je ko gi balai sebab dera anak sendiri padahal anak ko tu tengah baek je tarik rambut anak orang kat pasaraya. Kalau bukan anak ko buat, anak orang buat kat anak ko. AHHH....stress tuuuu~



Papepun jom kita tengok ciri-ciri seorang Ibu yang baik yang Makbed copy paste dari blog Permata Hatiku.



1. Kasih sayangnya menyerlah

Ibu yang sejati di dalam Islam akan memberi kasih sayang bukan saja dalam bentuk belaian dan kemanjaan tapi juga didikan. Di samping keperluan fizikal anaknya dipenuhi, keperluan rohani turut diisi. Kerana tingginya kasih sayang ibu ini, dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.

Justeru anak itu dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah supaya terjamin masa depannya di dunia dan di akhirat. Anak itu milik Allah, amanah yang dipinjamkan kepada kita maka sewajarnya kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.

2. Prihatin dan ambil berat

Kadang-kadang anak sudah besar panjang pun, ibu masih prihatin, ambil berat dan ambil tahu tentang diri anaknya. “Ibu saya sampai sekarang, bila jumpa dia akan tanya, kamu dah solat ke belum?”

Sebab itu walaupun anak telah berkahwin, ibu bapa masih lagi perlu prihatin dengan kehidupan mereka seperti yang dilakukan oleh para nabi dan orang soleh dahulu.

3. Halus perasaan

Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air muka dan tingkah laku si anak. Perasaannya terhadap anaknya begitu halus. Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya, dia sudah arif benar ‘bahasa badan’ anaknya. Ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak beritahu.

4. Suka beri nasihat

Sifat seorang ibu sejati, dia suka dan sentiasa memberi nasihat kepada anaknya. Oleh itu dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anak-anaknya. Dalam kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu terhadap anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan.

 Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.

5. Sangat sabar dan berlapang dada

Dari wajahnya sudah dapat dibaca sifat sabar dan lapang dadanya. Bukan dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan. “Mak saya bila anak-anaknya datang, dia layan semuanya dengan wajah dan senyum yang manis,” cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia akhir 70-an.

“Tak pernah dia tunjuk rasa tak senang atau marah. Walhal bukan tidak ada antara kami yang pernah mengecilkan hatinya. Bagi saya, itulah ibu sejati.”


6. Lembut tapi tegas

Wataknya ‘adjustable’. Di mana perlu berlembut, dia akan berlembut. Di mana perlu tegas dan tidak boleh beri muka, dia akan tunjukkan ketegasan. Namun waktu tegas, sifat kelembutannya masih terjaga. Dia tegas bila melibatkan soal disiplin, peraturan atau perintah Allah, tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan kasar.

7. Suka meraikan

Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga, seorang ibu yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan keinginan anaknya. Bila anak balik bercuti misalnya, dia akan turun ke dapur menyediakan makanan kegemaran si anak. Jika anak-anak ramai, dia akan meraikan dan beri perhatian pada setiap anak.

Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi keperluannya. Hingga kerap kali dia mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari keperluan dan keinginannya sendiri. Malah ke tahap dia mengorbankan keinginannya semata-mata untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak.

8. Tidak pilih kasih

Tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa dirinya kurang disayangi. Selain terhadap anak-anak sendiri, sifat menyamaratakan kasih sayang ini dapat dilihat pada layanannya terhadap anak orang lain. “Anak orang lain macam anak dia juga,” ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah ditemuinya.

Dengan kekuatan sifat keibuannya, seorang ibu dapat membentuk dan mencorak anak-anak di rumah, mencorak anak-anak didiknya di sekolah jika dia seorang guru, atau membentuk ‘anak-anak’ di pejabat jika dia seorang ketua pejabat.

Ciri-ciri Ibu yang Hebat

1. Sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam mendidik dan member kasih syaang kepada anak-anak.

2. Jangan lupa banyakkan berdoa, kerana doa adalah senjata orang-orang mukmin dan Allah suka umatNya berdoa dan memohon kepadaNya yang disertai dengan usaha sekuat mungkin.

3. Pamer kasih sayang tanpa ragu-ragu kepada anak-anak. Kerana kasih sayang adalah penghubung tali kekeluargaan yang amat hebat nilainya.

4. Sentiasa yakin dalam apa jua tindakan demi kebaikan bersama.

5. Kuat berusaha untuk membahagiakan satu sama lain. Ibu kepada anak dan anak kepada ibu-bapa.

6. Kita adalah contoh paling hampir di mata anak-anak. Oleh itu sentiasalah mempamerkan dan lakukan tindakan yang rasional kepada anak-anak.

7. Disiplin dan berprinsip teguh dalam melakukan tanggungjawab umat dalam batas syariat.

8. Sentiasa memberikan teladan yang baik, dan berakhlak luhur.

9. Banyakkan bersyukur dengan nikmat dan dugaan Allah swt

10. Sabar dan redhalah di atas jalan dan takdir yang ditentukan Allah swt.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram