Followers

12 Jun 2012

Bila lah kan?







Kalau kita pergi rumah orang bujang, atau orang tak bujang yg menghisap rokok, akan ditemui banyak kotak rokok yang mostly kosong di mana-mana sektor rumah diorang. 
Atas meja, tepi dinding, atas kabinet, atas tv, belakang tv...
Tak paham apsal suka sangat simpan kotak rokok tu.

Antara kemungkinannya ialah:

  1. Mereka memang suka recycle barang terutama sekali kotak rokok. 
  2. Mereka menggunakan kotak rokok terbuang sebagai bahan api misalan menyalakan unggun api di tepi rumah ketika elektrik takde. 
  3. Mereka mengharapkan syarikat rokok kegemaran mereka memberi hadiah percuma apabila mengumpul kotak sehingga ke amoun tertentu. 
  4. Syarikat rokok kegemaran mereka mengadakan contest yang memerlukan sejumlah kotak rokok sebagai bukti pembelian. Ala..cam kontes neskepe ke.. milo ke...cemtu la. 
  5. Mereka menggunakan kotak rokok terpakai untuk makan megi dan minum neskepe 3 in 1. 
  6. Koleksi peribadi untuk ditunjukkan kepada anak cucu mereka kelak. "Inilah jumlah rokok yg atok isap sebelum atok mati.." Cucu-cucu boleh sambung main ngan kotak rokok tu. Kalau cucu rasa nak sambung legasi atok ngan mengumpul LEBIH BANYAK KOTAK , maka cucu tu kena lah menjadi perokok. Kalau taknak, cucu-cucu boleh amik kotak rokok tu, gam , sambung, buat kolaj ke, susun jadi bangunan ke..ikut kreativiti memasing.Then letak kat muzium. Tulih la detail kat tepi tu... "This is made from grandpa's cigarette boxes that he gave me before he died."

Tengah tunggu bila la syarikat rokok antarabangsa nak buat cam Ali Cafe 1 juta tu.
 Beli rokok je, pakat teruja beli dan bukak kotak rokok. Mana tau kot menang SEJUTA keeerrrrr..........................



 

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram