Followers

18 Jun 2012

Amanat Terakhir







Korang nengok lah...

Berkat kepintaran Oni... 
Dia akhirnya mengetahui bahawasanya pen bukan sahaja digunakan untuk menulih.
 Pen jugak boleh digunakan untuk melobangkan benda-benda. 


Lori pindah dah confirm. 30hb Jun 2012. 
Maknanya, sampai hujung bulan ni je lah kehidupan kami dalam pangkalan tentera Lumut neh. 
Inche Kitchi pun dah tak jadi abang Navy dah.
 Sebagai seorang Makbed, aku cam hepi je nak hidup di luar kawasan ketenteraan nih.AHAHA... 
Tak de la pulak aku kata hidup sebagai isteri navy ni tak besh ye. 
Kehidupan aku sebagai apa pun besh. 
Pekerjaan suami tidak memberi effect kepada cara aku mencari kegembiraan.
 Pekerjaan suami juga tidak boleh dijadikan punca diri aku stress. 
So, aku sejes korang pun buat la cemtu. 
Wakpe nak stress kan? 


Selama beberapa tahun menjadi isteri navy ni, aku ada life sendiri.
 Life yg lansung takde kena mengena ngan navy pun. 
Pun begitu, aku ada kawan-kawan yang ohsem.
 Diharapnya kekal sampai mati gituuuu.... Kan kan? 


Nasihat kepada rakan-rakan yang menjadi pasangan hidup tentera laut atau darat:


Chill aje okeh. 

Jangan sering mengeluh ditinggalkan. Sebab masa kita tergedik-gedik terima pinangan pakwe kita especially yg pegawai tu konon dpt kawin bawah pedang , kita jugak mesti terima hakikat bahawa suami kita bukan entirely dibawah kawalan kita. Kalau kita nak kawal suami kita, maka tak makan lah kita bulan-bulan. Tak gitu ? 

Ditinggalkan adalah pasti. Tapi, legakan lah hati tu. Suami kita pergi berjuang. Ada yang pergi kerana ilmu. Secara literalnya, diorang pergi berjuang untuk negara. Tapi kalau tanya suami-suami tu sendiri, depa ni sbenornya berjuang nak bagi anak bini depa makan. Jadi, sebagai isteri, wajiblah kita ni meringankan bebanan otak mereka daripada pikir rengeken kita jekk...  OKla tu ditinggalkan sebab tugas. Eventually, kita ni suma bakal ditinggalkan juga. So, belajar la kena tinggal dari awal besok-besok takde la menggelepar. Nothing is permanent in this world. 

Relationship sesama kita perlu dijaga. Tak payah nak mengutuk-ngutuk sesama sendiri sebab kita ni nak mudanya tak lama. BEsok-besok kita akan bermenantu juga. Silap haribulan orang yg ko ngata tu, jadi besan ko. Hamek ko!

Bersedia. Udah tau kerja suami kamu sentiasa diburu bahaya, kamu sentiasa kena bersedia outcomenya. Nak tahu cara, buleh halo-halo... *sempat lagi tu. 


Pandai jek kan bagi nasihat? 





Malasnya nak  ngemas. 
Tetiba rasa cam tak tau nak kemas apa. Kang kalu kemas beria kang, cari menda nak pakai dalam masa 2 minggu ni tak jumpa plak. Korang ada tips tak? Ada 2 minggu  je lagi pun. 
Apak pun dah pesan, Ahad depan kena kosongkan peti ais..Bagus, tak payah masak.





Oni ngan Wawan demam. 
Cuaca di sini panas dan berjerebu. 
Aku sendiri pun dah rasa nak migren.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram