Followers

9 May 2012

Wawan dan PENYAKIT TANGAN , KAKI DAN MULUT (HFMD)







Dah pegi check tadi. 

Wawan kena Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) .



Info:

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 danEchovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini. 


Tanda-Tanda Penyakit
 
Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin)

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalamtempoh 7 – 10 hari.
Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak
 
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana.
Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam.
Ianya juga boleh berjangkit melaluimakanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti.
Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.

Rawatan
 
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. 
Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. 

Langkah-langkah yang boleh diambil ialahseperti: 

Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut 
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut: 
Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
 Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh 
Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
 Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut. 


Langkah-Langkah Pencegahan
 
Sentiasa menjaga kebersihan diri 
Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampinyang kotor dan sebelum makan
Jangan berkongsi barang-barang persendirian.
Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.
Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih 
Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan 


PERINGATAN:
 Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak awdamempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan
 Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut
Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki
Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa





Makbed berkata:

Alhamdulillah, Wawan ok.
Demam cuma sehari je 2 hari lepas. Pastu dah baik. 
Lepas demam tu la yg kuar segala bijik-bijik. 
Memula saspek ciken pox ke. Rupanya bukan. HUhuuhuH~
Wawan menyusu dan makan macam biasa. 
Sesekali menggaru tapi takde la nangeh gatai.
Tido pun nyenyak je.
Dr. Ling cakap Wawan kuat badannya. Kalau dia buleh survive dengan demam 1 hari je dan takde masalah tido atau batuk, maknanya penyakit dia tidak teruk.


Just nak cakap pada parents yang anaknya ada HFMD...dan apa je penyakit yg buleh berjangkit:

SILALAH JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

Kebanyakkan parents tak gitau nursery atau baby sitter anak dia kena HFMD. 
mementangla penyakit ni baik sendiri. 
Memang la menda ni tak payah pakai ubat. 
TApi, kalau kena kat baby yg memang antibodi lemah sikit, maybe akan ada side efek lain. 
So, parents ada yg TAK MENTION kat baby sitter yg doktor cakap anak dia kena penyakit TANGAN , KAKI dan Mulut. 
Instead, dia cakap "Alaaa.... masalah elergik je. Sapu je calamine losyen..."

Padahal, besok tu semua anak orang terjangkit sama penyakit tu. 

So, silalah jadi responsible ok. 
Aku tau la korang rajin, bertanggungjawab, tak suka amik cuti, tak mau gaji kena potong sume sebab jaga anak sakit kat umah. 
Tapi doktor biasanya akan bagi MC pada parents yang anaknya ada sakit ni.
 Dia suruh kuarantin and jaga sniri kat umah. Kalau dia tak bagi MC pun, korang berkorban jap le amik unpaid leave ke, annual leave ke. 
JANGAN LA HANTAR PI KAT NURSERY. 
Kesian anak org. 

Dalam kawasan perumahan aku ni dah 4 kes dah.
Kat luar tatau la.


Kalau rasa MALU nak amik MC, cuti jaga anak sakit, rasa susah ke... TOKSAH BERANAK. Ataupun brenti je keje.


Skang Wawan dok umah.
Oni pun aku jaga. Stakat skang Oni takde tanda-tanda lagi. 
Tapi aku da stenbai dah.

Dan aku juga dah alert si pengasuh.
Nasib baik anak jagaan dia cuma ada sorang je.
Cuma kat area umah dia tu banyak budak-budak kecik dok main. 
Dan aku juga telah berpesan kepada jiran depan umah supaya jangan dtg umah aku. Sori..Illa. 










Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram