Followers

9 May 2012

Sambal Minang versi Kak Ropi.


(ENTRI LAMA)



Di hari ini aku mendambakan sesuatu yang manis....... kemudian PEDASSSS. 
Nak masak apa ye?


Inche Kitchi duty. 
Tinggal la aku ngan Oni 2 beranak, beserta baby di dalam perut. 
Apa nak buat ni Oni?
Memula, aku angkat 2 bijik tilam depan tv, jemur kat balkoni. Then, sapu sampah. Sebelum tu, kuar kan ikan dari peti es. Jumaat lepas aku beli 2 potong ikan merah. 
Oni suka ikan goreng, jadi... kang kita goreng ikan ni. Ikan kembong ada lagi 2 ekor, belen masak laksa ari tu. AHHAHA.. lama gila. Takpe, goreng kang, pastu masukkan dalam sambal. 


Cadang nak buat sambal goreng cili api versi Kak Ropi. Kak Ropi panggil sambal minang. Aku ekceli tak tau camana dia masak sambal tu. Tak silap aku, dia salu pakai sekila cili api. Tapi padan aahhh, dia masak banyak untuk tempahan staff Malakoff. Aku nak makan sorang je, takkan nak pakai sekilo? Walaubagaimanapun, aku tau yang nak buat masakan ni kena pakai cili api yang SANGAT banyak. Cili api je... Cili lain tak leh join.

Masa peknenkan Oni dulu, dah lama dah.. Kak Ropi ada la citer sikit cara nya. Aku penah wat, tapi tak jadi. Tak cukup cili api kot. Tapi, sebab aku hari ni kepingin sgt nak makan someting yang pedas, sambal minang tu je laaaaaaaa yang boleh mengubati hati aku. 


 So, aku choba jaya je la. 

Sebelum tu, aku gi bancuh adunan untuk puding caramel dulu. Yeehaa!! Let's indulge the cravings. 



Ni nak tulih cara buat sambal minang ala-ala kak ropi. 

BAhan-bahan:

  •  2 ketui ikan merah atau ikan pape yang anda suka (garam kunyitkan dan goreng)
  • 50 biji cili api. -blend
  • 1 labu bawang besar atau 7 biji bawang merah.-blend
  • 4 ulas bawang putih-blend
  • segenggam ikan bilis -blend
  • 1 labu bawang besar, dihiris.
  • secawan air asam jawa

Cara-cara:

  1. Goreng ikan dan ketepikan.
  2. Blender semua bahan yang ada. 
  3. Panaskan minyak. Aku pakai minyak dalam 5 sudu beso. Then, tumis bawang hiris sampai naik bau. 
  4. Masukkan cili api yang dah diblend bersama bahan-bahan lain. 
  5. Kacau-kacau bagi sebati dengan bawang. Biarkan sampai naik minyak. 
  6. Bila dah naik minyak, boh air asam jawa. Kacau lagi. Kalau agak2 nak hangit, tambah air sikit. 
  7. Biarkan sampai sambal tu bebetul masak. Kalau anda suka kering, biar lama sikit tapi pastikan sentiasa kacau. Makbed perasakan dengan garam dan gula. 
  8. Boh ikan goreng. Kalau nak tuang asing pun buleh. 

Sambal ni buleh simpan lama kalau kering betul. Sedap dimakan dengan nasik panas. 
Lauk wajib bila makan sahur. Nyummy! Try la. Ni dah habih simple dah resipi aku bagi. 


Lauk yang disiapkan untuk jiran depan umah Makbed yang kebuluran.




 Selalu sambal cam ni dihidang dengan ikan keli goreng. Kalau gi kedai makan, lauk camni la aku capai dulu.


Seketui ikan goreng aku tinggalkan untuk Oni mamam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram