Followers

20 May 2012

[RESEPI dan gurindam jiwa] Cucur Kodok Pisang


Nama betul: Cucur kodok
Panggilan orang utara: cucoq kodok
Panggilan lebih sopan : Jemput-jemput pisang
Panggilan manja :cekodok








 Hai si cucoq kodok
Biarpun rupa mu gelap, tak hensem dan berwarna-warni seperti pavlova
namun rasamu menawan kalbu.
Kaulah pencetus segala kenangan zaman silamku
terkenang kasih ibu ku menyediakan kau yang tak hensem ni dengan tangannya yang gebu tu
alamak, masa dulu-dulu tangan mak kurus je kot?

Hai cucoq kodok yang tak hensem,
hadirmu membawa cahaya
Kewujudanmu membuktikan kasih ibu kekal hasil air tangannya
Walaupun ia cuma hidangan biasa-biasa
Hanya menggunakan pisang, tepung dan gula.
Kalau Mak plak dia ada tambah sikit bikarbonat soda
Namun penangannya, perrrrghhhhhhhh!!!
Sangat berbisa..
Merantaulah kau jauh di mana
takkan sama cucoq kodok Mak punya
hebak camana pun kau, balik kampung mintak Mak masak jugak.
HAHAHAHAHAHAH

Akan tetapi Mak dah jauh
lambat sangat nak suruh Mak masak...
Nak suruh masak rasa tak patut pulak
Jadi nak taknak kena buat sendiri  la kak...
Aku meset la.."camana ni Mak?"
Mak pun tak kedekut ilmu terus kongsi resepi sambil bergelak anak-beranak..
Rupanya bukan aku sorang kebulur cekodok Mak.
HAHAHAHA.. *gelak lagi






 Haaa....
terer tak bergurindam ?
HAHAHHA...
Meh kita tengok resepi pulak.


Bahan-bahan:

10 biji pisang emas
tepung gandum
gula sesuka hati (ikut manis yg anda suka)
secubit garam
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya:

Memula, penyekkan pisang tu semua sampai puas hati korang. 
Aku pakai bontot cawan je nak penyekkan. Penyek sampai lembik , lunyai tu. 
Pastu, campurkan tepung. Sukatan tepung tu aku tak sure sebab aku masukkan sikit-sikit. 
Masukkan gula dan sedikit garam. 
Masukkan sikit je bikarbonat soda. 
Campuran tu aku gaul-gaul sampai adunan tu dah tak melekat sangat kat tangan.Kiranya kalau nak jemput-jemput tu takde la berlendir, berair dah pisang tu.
Agak-agak la. 
Panaskan minyak. 
Kemudian, jemputkan comel-comel adunan tu dan masukkan dalam minyak tu.
Goreng....
Aku suka cekodok yang hitam. 
Lagi hitam lagi sedap. 
KAlau masa menggoreng tu didapai cekodok anda 'makan minyak' , sila lah tambah tepung lagi. 


Sedap di makan bersama kopi o panas. 
Pergghh....~










Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram