Followers

16 May 2012

[RESEPI] CILI BERKETAM ..... ?



Murah rezeki umah aku dan umah Illa bila Ida kasi kat kitorang ketam sorang setalam. 

Yang paling mengelirukan, kenapa kaki ketam lagi banyak dari jumlah ketam yang ado? 




Tak sabar punya pasal, aku terus basuh itu ketam dan plan nak masak apa. 
Bosan lak asik masak lemak je. 
2 hari lepas punya masak lemak udang pun tak abih agi. 

Jadi, aku decide nak wat resepi pedas lagi menyihatkan ...


'KANTAM' BERCILI!!!!

(Oni sebut ketam , KANTAM)


Bahan-bahan yang diperlukan:

Kantam (ketam) 5 ekor (bersihkan)
15 keping cili kering (gunting dan rendam)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1/2 sudu sos ikan
garam dan gula



Cara-cara:

  1. Lumur ketam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Goreng selama 1 minit dalam minyak panas. Jangan lama-lama nanti isi kecut.Angkat dan toskan.
  2. Cili kering blend bersama bawang besar dan bawang putih. Kemudian, tumis ke dalam minyak gorengan ketam. Biarkan sampai naik minyak. 
  3. Tambah sedikit air. KAlau suka kuah banyak, boh le lebih. 
  4. Masukkan sos cili, sos ikan dan sos tomato. Gaul. 
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Last skali masukkan ketam yang dah digoreng tadi. 


'Kantam' yg siap digoreng. Kalau nak ratah time ni dah buleh sangat dah!




Ketam Bercili siap


 Inche Kitchi tak makan ketam.
Jadi, hasil masakan Makbed hari ni dikongsi bersama jiran depan umah, Illa yang suaminya jugak tak makan ketam. 

Their loss... HAHAHHHAHAH~



Photobucket


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram