Followers

9 May 2012

Rasa nak langgar je pompuan yg dera baby tu!



Aku rasa korang pakat tengok dah video terfeymes ketika ini.

Video di mana seorang perempuan memukul seorang baby. 


Makbed tak share kat sini, atau di fesbuk sebab aku tak tengok. 
Memag menjadi 'amalan' awet muda Makbed, kalau gambo ke video yang melemahkan jiwa ni aku tak tengok. Sebab aku ni jenih terbawak-bawak. KAng dok sedih 3 bulan tak abeh gi. 

JIwa aku tak kuat beb!
Tapi Inche Kitchi tengok.
Ketika dia 'menengok' video tersebut, aku tengah tengok From Prada To Nada. BAgaimanapun, jelas kedengaran suara dari video tu.






Cukuplah hanya mendengar suara tangisan bayi tu, aku dah buleh agak apa yang berlaku pada dia. 
Dengar saja pun aku dah libang-libu. Kenapa ada orang yang sanggup buat bayi sekecik tu...? 

Dan aku dengar pulak sora si perempuan itu.
Mujurlah aku tak tengok video. 
Ketika tu Inche Kitchi bagi slow sikit kot bunyi video tu so aku tak dgr sangat apa yg dikatanye. 
KAlau tak , aku musti menyumpah seranah orang tu pulak. 


Buat si pendera budak kecik,

HATI APA LAH YANG KAU PAKAI?
MAKANAN APA LAH YANG MASUK DALAM PERUT KAU? 
Apasal la bebal sangat?


STATUS VIDEO PENDERAAN BAYI :
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.
Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.
Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.



P/s - Semoga insap.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram