Followers

27 May 2012

Pegi la mana pun, keselamatan diri kena jaga sendiri.



Himpunan Jutaan Belia yang diadakan khas untuk belia-belia seperti aku (eceh?) tecemar dengan insiden yang tidak kita jangka. 

Tapi ada lak orang siap nak boikot himpunan tu ye.
Siap kuar poster ke..sepanduk ke pasal nak boikot himpunan tu. 
Well...kemalangan buleh jadi kat memana je. Bagi aku, kalau dah tau kita ni nak pergi tempat-tempat macam tu, kalau orang lain atau pihak penganjur tak menyediakan sistem keselamatan yang sesuai, kita kena lah ADA ILMU tentang bagaimana nak menjaga keselematan sendiri.

 Nak lagi senang, elakkan lah pegi tempat-tempat yang berisiko kemalangan seperti itu. 


Takkan la pasal kemalangan yang macam tu, kita sendiri pun tak duga , habih nama pemimpin pun tercemar dan dikutuk hina? 
Tak adil kot? 

Tapi, aku tak kata aku sokong perhimpunan cenggitu atau tak menyokong ye. 
Aku cuma kata, nak pegi ke mana-mana pun silalah jaga keselamatan sendiri dan orang yang kita bawak bersama. 

Perhimpunan YANG SATU tu je lah yang aku tak suka. 
Yang asalnya berniat MOLEK tapi kesudahannya penuh berdarah. 
Dan punca kejadian berdarah tu pulak bukannya sebab kemalangan. Dan merugikan orang lain dan negara pulak.
 HAih! 
Perhimpunan yang cenggitu lagi kena elakkan. 

Pihak penganjur , maybe next project kena lebih particular sikit bab safety ni. 
Kalau nak wat drag race kenalah sediakan barricade ke hape ke... 
So, pasni belajar dari kesilapan ye.
  
Pihak yang menonton plak, sekali lagi diingatkan, jangan buat-buat berani. 
Malang memang tak berbau. LEpas terjadinya malang, baru ada bau keluar. 

Pihak-pihak lain, tak usahlah la politikkan isu ni. Menyampah pulak aku. 
Muak! Wek! 





Projek yang 'dema' buat selama hari ni tu penuh dengan sistem keselamatan la ye?


TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA KEMALANGAN MALAM TADI.


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram