Followers

14 May 2012

Oni gak yang feymes...



Hari ni bawak orang sakit gigi gi jumpa doktor gigi. Huhuhuhuhu~






Ce kalu tak sakit, memang takde nak pi check gigi kan?

Kami je kastemer tunggal yang ada. Sekejap je la waktu menunggu. Inche Kitchi masuk sorang. Dah besar, tayah le teman-teman kan?

Well, sakit gigi ni memang meyakitkan. 
Kalau nak ikut kadar kesakitannya, sakit gigi jatuh di tempat ketiga  - selepas MATI dan sakit bersalin. 
Betul?

Tahu tak saat bila kita akan rasa berdebar-debar bila jumpa doktor gigi?





Saat bila kita kena baring atas katil, doktor suruh nganga dan lampu terang tu dinyalakan kat muka kita. 
Dan kendian, doktor pegang lak menda apa tah tajam-tajam tu kan.... Nak cucuk-cucuk.
Hanya Allah dan doktor gigi tu je tau apa yg ada dalam mulut kita tu. 



Perasan tak...

Gitulah jugak situasinya ketika seorang Ibu nak bersalin. 


Saat si ibu terbaring atas katil khas untuk bersalin. 
Kaki diangkat.
Legs separated.
Allah ngan doktor je tau apa yang jadi kat 'sana' nun..
Kita hanya berserah je. 
Kita hanya nampak doktor pegang itu dan ini... nak gunting ke hapa...

Tapi, kalau sakit gigi, kalau takut kita still buleh tutup mulut , kan?
Kalau sakit bersalin, and kita takut, buleh ke kita tutup itu 'lorong' yang sudah dilate? 



So, sayangilah isteri dan hargailah ibu-ibu anda.



 

 Dah habih bebel.

Tu la menda yg aku terpikir masa dok menunggu Inche Kitchi habih check. 
Sambil-sambil tu aku bergambo sengsorang.




 Ada orang comel je pakai anak tudung melekap kat dahi.
 Aku pun try le test. HAHAHA... Tak sure la. 
Muka tembam lak.  Wat version tak melekap pun, muka tetap tembam.

Kesimpulan: KALAU DAH TEMBAM TU, MENGAKU JELAH. 


Inche Kitchi melaporkan, gigi bongsu tu memang kena buang. 
Kalau tak, bengkak gusi tu akan berulang sebab gigi tersebut tumbuh senget. 
Kos pembedahan tu maybe dalam RM300.

"Ohh.. baguslah. Saya expect surgery tu around RM800!" gitulah respon pertama aku. HAAHAHAHAH. Aku tak pasti pulak ni ayat kerek atau sekadar ayat penyata. 

Kena set appoinment lain untuk surgery. 


Sempat snap gambo konter ok...!

Time nak gi bayar tu, sempat lagi aku tanya macam-macam kat akak konter. 
Maaflah, akak konter ni tak bekerjasama ngan aku masa aku nak snap gambo desk dia. 
Padahal, aku tangkap gambo curi je pun. 

Tetiba....

"Ni Liza kan?" akak konter berpelat Sabah tu tanya. 

Aku terkebil-kebil. Aku pandang Inche Kitchi. 

"Ye...saya.."jawabku.

"Err.. Mak Oni ?" tanya beliau lagi.

Aik..mana lak kenal Oni? Tapi aku angguk je. 

Tetiba aku teringat samting........


Kak As (Pengasuh A) penah bagitau dia ada kawan kerja kat klinik gigi. MAsa tu aku dok bising-bising sakit gigi, dia ajak aku gi klinik tu je. Tapi, tak de rezeki nak pi sampai ke sudah. 

"Tak pasan la tadi. Tengok dekat-dekat baru nampak jelas," kata akak tersebut.


Lepas dia tau aku ialah MAK ONI, maka bertambah rancaklah perbualan. LAgi la detail aku tanya. Akhirnya, aku dah ada sorang kawan kerja klinik gigi. 
Tetiba je rege cuci gigi jadi murah. HAHAHAHAHH~ 
Tadi tanya awal-awal cam mahal sikit. TET!



Mekasih Oni. 

Mekasih gak kat Kak As pengasuh.
 

 






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram