Followers

13 May 2012

Makbed dan Najwa Latif







Beliau di atas adalah Nelson. 
Tengok muka dia - sangat funny.
Dia memang funny pun. 


Beliau duduk di belakang aku. 
Semestinyalah dia tak nampak muka aku bebetul kan?
 Sebab aku dok depan dia. 

Bila tiba masa untuk form satu group, baru aku pusing kerusi dan toleh belakang. 
Awalnya hari tu aku agak terbad mood sebab tak minum neskepe lagi. 
So, aku agak malas nak bukak mulut.
TApi, melihatkan muka Nelson , tabolehtahan.
KENA CAKAP JUGAK. 

Udah dia speaking ngan aku, maka aku pun speaking la ngan beliau. 
Tapi, campur-campur la. Cuma banyak yang kuar dari mulut tu adalah bahasa brad pitt. HEhehhee~

Kami dikehendaki bersiap-sedia dengan nama team dan war cry masing-masing. 
Pehtu, kena present kat depan. 

Lepas acara tolak-menolak tanggungjawab dilakukan, last skali dia suruh aku present. 
Aku pun "ON" je la. TAk cakap banyak. 

"You present cakap Melayu la. You boleh cakap Melayu tak? Blajar la. ... I pun belajar cakap Melayu maa.. Kita kan 1Malaysia...." kata Nelson dengan pelat-pelat Cinanya. 

Aku diam jap. MAta pandang Zura. 
Zura pandang aku.
Aku pandang Zaniha. 
Zaniha pun pandang aku. 

Pehtu aku sengih.
Zaniha sengih.
Zura cam tak berapa nak sengih - sebab tak paham apa yang berlaku.


"Saya boleh berbahasa Melayu lah! Tadi aku cakap Melayu ko tak dengar ke?" 

Nelson terkebil-kebil.

"Eiikk? You memang Melayu meh? I ingat you foreigner. Dari Pakistan. Aiya...." katanya sambil tutup muka.

Hampes....


Nelson tu group leader. PAtut dia la wat presentation.
Aku pulak yang kena present kat depan. 
Ternyata dia memang leader yang bagoz, sebab berjaya suruh aku present kat depan.
Dan bertuahlah mereka sebab dapat dengar suara haku yg merdu ni. 


2 kali tau aku kena cakap kat depan. 
Siot jek!
Dah la comot. 




Dekat-dekat nak balik plak sesuatu yang ganjil telah berlaku. 
Well, situasi ni dah kali kedua dah.
1st time jadi kat fesbuk. 
Aku lupa plak sapa yang tegur. 

KAli ni, orang tu tegur live. 

Aku nak pi toilet. 
Kendian Noly tegur aku. 

"Akak, ada orang cakap akak macam NAjwa LAtif.." 

PAstu, orang yang tegur bebetul tu me'reveal'kan diri beliau. 
India Muslim rasanya.
 Sebab nama dia nama Muslim. 
 
 


Blur....


Tapi aku tetap ucap terima kasih. 




Balik umah terus google cari sapa Najwa Latif tuh.
HAHAHHA.. buleh tak kenal?
Sapa NAjwa LAtif tu?
Adik Fauziah LAtif ke? 
 
Rupanya yang nyanyi lagi CINTA PESBUK tu ye....
Sedap soranya. 
Tak macam sora haku yg macam doremon ni. 
Yang penting umur dia 16 oke. 
So, kalau diorang kata aku macam Najwa LAtif, maknanya muka aku masih lagi ala-ala sweet sixteen la kan? 

HAUHAUHAUHAUHAUHAUHAUHUHUHAUHAU!!!





Beza Najwa Latif dengan MAkbed:

  1. Beliau kecik, saya besar
  2. Beliau 16 tahun, saya sudah 29 tahun. 
  3. Dia pandai main gitar, saya pemain organ (bukan organ badan) dan keyboard (keyboard komputer pun haku terer!)
  4. Dia takde taik lalat kat idung, aku hade. 
  5. Dia tak kawin lagi, aku dah kawin. 
  6. Perut dia tobat kempis, perut haku ko pepaham jelah.
  7. Dia awek cool, aku lak Mak yang cool.



Sekian.

Najwa LAtif, I lep u..... Lagu awak semua sedap-sedap.




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram