Followers

16 May 2012

KENAPA PERLU PEMERIKSAAN AWAL KEHAMILAN







Kenapa perlunya pemeriksaan awal selepas UPT anda tetiba je positif pregnant?


Anda tak perlu risau kalau UPT disket tu menunjukkan SATU BARIS je.
 Itu menunjukkan , anda TIDAK HAMIL. 



Tetapi...

anda perlu bertindak bila UPT disket ada menunjukkan 2 line. 

Awas, 2 line menunjukkan anda MUNGKIN PREGNANT. 
Namun, sila jangan lekas GUMBIRA...

Kalau 2 baris itu kedua-duanya terang, anda mungkin sah pregnant. 
Kalau 1 baris tu kabur, sebelah lagi terang, anda mungkin juga pregnant tapi masih di peringkat awal. Atau pun, anda actually tak pregnant. 


Jadi, kawan-kawan ku, bila anda buat Urine Pregnancy Test (UPT) dan mendapati keputusannya meragukan, sila jangan bertangguh untuk check. 
Jangan lupa untuk tanda hari teakhir haid anda setiap bulan.
Dan kalau rajin, tandakan skali tarikh anda bersama suami anda bagi memudahkan pengesahan. 


BERITA TENTANG ANDA MENGANDUNG memang mengujakan.
Tapi, ia bukan tentang anda SAHAJA.
What matters the most is actually the little one inside. 
Kalau anda pregnant, anda perlu tahu kondisinya. 
Apakah normal?
Apakah sudah ada heartbeat?
Apakah kedudukan janin itu betul-betul di tempatnya?

Jika anda sebelum ini ada masalah dengan diri anda, sila  jangan tak bagitau doktor.
Jika anda sedang on certain medication, please let the doctor know. 
Semua maklumat adalah penting untuk masa depan kandungan anda dan juga untuk keselamatan anda dan bayi. 

JANGAN BERTANGGUH PEGI CHECK.
JANGAN AMIK MUDAH.
Tak kiralah berapa kali dah anda pregnant sekalipun, ujian awal adalah penting. 


Jika ujian menunjukkan anda pregnant, anda sudah buleh mula mengamalkan cara hidup yang lebih baik. Dan lebih banyakkan rileks. 
Tapi, jika ujian menunjukkan sebaliknya, tindakan awal boleh diambil. Tak perlu tunggu waktu dah mudarat sangat baru nak test. 

Aku dah ada pernah berhadapan dengan client yg ada ectopic pregnancy sebelum ni. 
3 tahun berkahwin. Dah banyak kali cuba mengandung, gagal. 
Tapi, bila UPT ada 2 baris, dia gembira sangat. 
Mengikut nasihat yang tak berapa nak tepat, orang kata tunggu lama sikit baru buat buku.... sebab kalau awal-awal nak kena pi check banyak kali. Leceh. 
Dia rasa dia baru je ngandung 2 bulan. 
Rupa-rupanya, dia sudah pregnant 5 bulan. 
Dan it was ectopic pregnancy!

That cost her a LOT!

Dan peluang untuk dia dapat baby adalah sangat sukar selepas itu sebab dia hanya ada sebelah fallopian tube je. 


Doctor's opinion could be wrong. 
But then whose opinion would be the best? 


Baca kisah Ovarian Cyst pulak. Klik kat Link yang MAkbed highlight tu.








Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram