Followers

11 May 2012

[INFO] Apakah Annual Limit dan Life Limit






Bila membeli medical kad atau nama melayunya Kad Perubatan, sebagai pelanggan yang bijak, anda juga perlu tahu apakah makna Annual Limit dan Life Limit yang disebut-sebut agen insurans.

Di sini aku jelaskan mengikut versi mudah difahami supaya semua orang jelas dan insyaallah boleh membantu tuan puan, sedara-sedari memilih medical card yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda.

Apakah Annual Limit (Had Tahunan) dan Life Limit (Had Seumur Hidup)


Setiap Medical Card haruslah ada LIMIT. 
Limit ni fungsinya ada sikit macam kad prepaid telepon.

Aku bagi contoh KAD A:


Had Tahunan : RM 50,000
Had Seumur Hidup : RM 150,000


Situasinya, bila ko sakit. Contoh sakitnya jantung. 
Tapi tak kronik.
 Memula nak check je kena RM3,000. Ni contoh je k. So, Had Tahunan ko tu RM50k. 
Bila dah guna RM3,000 untuk rawatan, bakinya dah tinggal RM47,000.
 Faham ? 

Had Seumur Hidup lak dah jadi RM 147,000.

Tapi, katalah after beberapa rawatan, kos perubatan tu sudah menjangkau lebih dari RM47,000 - misalan ko sakit jantung tak baik-baik, kena operate.. Kena pasang Pacemaker. 
Dah tu tetiba je ko kena strok pulak. Bil rawatan jadi RM60,000. 
Ko cuma ada baki Tahunan RM47,000 aje. 
Jadi, medikel kad tu just cover yang RM47,000 dari RM 60,000.
 Bakinya tu, bayar sniri. 

Manakala HAd Seumur Hidup yang Rm150,000 tu pun berkurang jugak. 
Jadilah, RM100,000 sahaja. 

Lepas tu, kalau dalam tahun tu ko sakit tak baik-baik, pepandaila cari duit bayar bil. Sebab Limit Tahunan dah habih.

Tapi, tahun seterusnya, prepaid medical card ko akan restart balik ke RM50,000 , dan ko buleh la guna balik medical card tu. 

Had Seumur Hidup tu akan berterusan, dengan Had Tahunan RM50,000 sampai la limit RM 150,000 tu habihs. 

KAlau medical card tu ko nak pakai sampai umur ko 70 tahun, dan umur ko skang 25 tahun, agak-agak cukup ke life limit RM150,000? 
Buleh claim berapa kali? 
Berapa kali pun buleh selagi tak habih Had Seumur Hidup tu lerr...


Medical Card B:
Had TAhunan : RM 50,000
Had Seumur Hidup : RM 500,000

Fungsinya tetap sama. Macam medical card A. 
Cuma jangkahayat nya lama. JAdi, buleh claim brapa kali sampai tua?
 KAlau tahun tu ko dah guna habih Rm50,000 Limit TAhunan, dan tiap-tiap tahun nak claim Rm50,000 juga, ko leh wat camtu sebanyak 10 kali selama 10 tahun.




Ini hanya satu contoh. Sebenarnya ada banyak pakej medical card di pasaran.
Jadi, korang kena bebetui ada ilmu untuk memilih mana medical card yg sesuai. 
Murah ke mahal is not the issue apatah lagi menda ni just bayar monthly. Kalau nak bandingkan sekali sakit ko nak kena keluarkan segala simpanan segedebuak beso, yang ternyata buleh memberi impak besar kepada perbelanjaan keluarga, lebih baik korbankan sedikit. Pejam mata jelah....
 Menda murah, semua orang boleh ada. 
Tapi, itulah... Bagusnya orang kita ni skang banyak yg dah faham kepentingan medical card dalam kehidupan hari in dan masa depan.
CUma.....
Kita ni memang suka buat menda "takpelah, janji ada." ataupun..."takpa... dah ada medical card dah. cukup syarat dah la tu.."


Jadi, bagaimana memilih medical card yang menepati citarasa anda?


  1. Sebaik-baiknya, pilih yang had tahunannya tinggi.Sebab zaman skang ni penyakit nya dasyat-dasyat sampai sekali rawatan je dah kuar beribu. Dan belum tentu sembuh terus.
  2. Kemudian, pilih yang life limitnya tinggi. Sebab kita tak tahu berapa lama nak hidup. Bila kita sakit teruk sekalipun, kita takkan mengalahkan and just ready to die, kan? Kita akan cuba berubat sampai baik.
  3. Tanya juga berkenaan Ko-Takaful atau Ko-insurans. MAri lihat apa jawapannya. Dan pastikan anda faham. Tak faham, tanya lagi. Biasanya ko-insurans ni ada maximum dan minimum nya.
  4. Adakah medical card itu perlu diperbaharui? Sebaiknya cari medical card yang tidak perlu diperbaharui dan fix harga premiumnya setiap tahun. Nak tau apa masalah medical card yang perlu diperbaharui? Medical card camni memang murah, tapi bila tahun tu anda suda sakit kritikal, tahun depan nak renew medical card tu belum tentu LULUS. TAkde syarikat insurans nak buat medical card kepada orang yg sudah sakit. 
  5. Kaji juga faedah pesakit luar atau OUTPATIENT. Contoh outpatient yg paling banyak pakai duit adalah dialysis. Tengok carta dalam brochure dan kira bajet. 
  6. Sesetengah medical card memang murah dan sesetengahnya mahal. Tugas anda ialah MEMASTIKAN harga yg anda bayar setiap bulan UNTUK MENGURANGKAN BEBAN anda di kala sesuatu tidak dijangka muncul tu berbaloi atau tidak. Jangan time nak pakai tu, anda kecewa kerana ianya tidak sehebak yang digambarkan. 
  7. Tanya juga bagaimana proses nak menggunakan medical card ni? Berapa lama prosesnya admission. Dan berapa lama pulak nak selesai claimnya? Apa akan jadi setelah claim dibuat? Apakah akan mengurangkan sum assured atau mengurangkan nilai tunai... 
  8. Tanya juga tentang CASH VALUE dan NILAI TUNAI jika ada. Biasanya medical card yang STAND ALONE tiada nilai tunai. Hanya berfungsi bila anda kena penyakit. Kalau tak sakit, ia hanya sebagai PERSEDIAAN sahaja. Sebaiknya, pilih la yang bernilai tunai. At least, kalau tak sakit , dapat gak la duit ke hape ke....
  9. Ketahui juga medical card pun ada 1st party, 3rd party...  Yang ni kena penjelasan detail dari saya lah ye. Mau tau, sila halo-halo. U know where to find me. *pasan siot!
  10. Elaun hospital banyak ke sikit? Camana kira elaun wad tu? Ada medical card yg kena 3 hari masuk wad baru leh claim elaun wad. Ada plak yang masuk 7 jam je, dah kira 1 hari masuk wad. Ada yg elaun wad RM30 sehari pun ado. Ada yg takdo lansung.  HAHA.. pepandai korang la.
  11. Tanya jugak, ada PAYOR tak? Payor ni besar manfaat jugak. Kalau anda sakit kritikal, anda mungkin tak payah bayar lagi premium medical card anda. Buleh jadi free tau!
  12. NYATAKAN KEMAHUAN ANDA. JAngan main setuju jek. 







Sapa beli insurans ngan aku, memang aku citer sampai tamat kesah la. 
PAstu baru ko sign. Kalau tak paham, jangan sign. 
Kalau TAK PAHAM, tapi percaya kat aku, maka sign jelah.


Yang mana dok jauh tu, minta maaf la. MAsa tak mengizinkan Makbed nak gi sana. 
Kalau korang tak kisah, kita main courier-courier. Sebab nak wat claim ni tak semestinya kena gi ngadap doktor untuk dapatkan signature. HEHEHEHEH.... Semuanya buleh diuruskan hanya dengan menggunakan TALIPON dan EMAIL.

Sekian info insurans untuk hari ni. Dah lama tak masukkan info kan?
 Harap paham. Tak paham leh tanya.





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram