Followers

11 May 2012

"LEKTOP IBU ROSAK KERRR?"




Oni sudah 2 tahun 9 bulan ye murid-murid semerrr....






Mata beliau memang captivating. 
Sejak baby-baby lagi begitu. 


TApi, kalau korang dengar dia bercakap, buleh pensan akibat menahan gelak yg teruk. 


Lektop MAkbed memang udah uzur. Sudah 4 tahun usianya, tapi lektop itu masih gagah berbakti. Pernah terlintas nak tukar baru, tapi masa tu aku tak berapa perlukan lektop baru. Selagi ia masih berfungsi, even 100% pakai direct power source je, takpe lah. Janji masih ada kuar bunyi, gambar dan berfungsi untuk aku bekerja. 


Cuma, lektop tu fannya dah tak berfungsi. Bila lektop terlampau panas, ia akan terpadam sniri. Aku dah letak external fan. Tapi, kecemerlangan fan tu tidak lah sehebak mana. Ye la.. dah beli pun seploh hengget je kan. HAHAHHA...

Semalam....

JAm 10 malam Oni merengek ajak tido. Selalunya jam 9 aku dah sediakan anak-anak tido tapi jadual tido Oni lari sikit lepas balik berjimba dari mekdonel petang tu. Dia balik-balik je, terus tido. Jadi, dia bangun awal la.

Wawan masih lagi dikuarantin, jadi aku tak dapat meluangkan masa pegi opis. Dua-dua anak aku tak hantar ke pengasuh. Bimbang akan memudaratkan yang lain walaupun Oni nampak sehat je. So, aku kena curi masa wat keje di rumah jer. 

Tapi pepaham je la kalu bekerja ngan adanya anak ni kan... 

Nasib baik la Apak ada.


Aku sedangkan menyiapkan quotation dan borang bakal client untuk submission besok. Oni merengek lagi suruh watkan susu.


"Ibu...dah la Ibu. Oni nak susu. Jom la tido ilek....."

Gitulah dia cakap berulang-ulang sampai dia naik boring. Aku pulakpulun nak siapkan kerja, sungguh-sungguh.

Tetiba lektop tu terpadam.


Hampessss..............................


Dalam hatiku, cukuplah kot wat masa ni. Lektop pun dah tak larat. So aku pun mengemas la meja kerja aku tu.

Tetiba Oni muncul, menjengah di pintu.

"Aik, dah tutup lektop? Dah abeh da?" tanya Oni ngan pelat putingnya. 

Aku menjuih. "Belum...tapi lektop terpadam," jawabku sedikit kuciwa.

"Lektop Ibu rosak ke? Terpadam lektop ibu tu?" tanya Oni balik.

"Ha'ah..... ROsak dah lektop Ibu tu. TAkpelah.. besok la buat." balas ku.

"Hmm... nanti suruh ayah beli lektop Ibu lah. Nanti Ibu taleh work. " cadang si Oni. 

Aku diam , tapi mulut mengukir senyum. Punyalah dia ni memahami aku punya situasi, sedangkan aku plak wat derk je kat dia masa dia mintak susu tadi. 

Termalu sniri.....



Hari ini...


Oni hulurkan enpon Inche Kitchi.

"Ibu, kakak nak main enggi bird..." 

"Eh, takleh la Oni. Ayah tengah tido. Kena tunggu Ayah bangun dulu..." tegasku.

"Ala.... camne nak men? Ibu mintakla kat Ayah.." pinta Oni dengan wajah kesian dna mata besarnya. 

"Tayah la men. Tu ayah punya enpon. Tunggu nanti Ibu ada duit, Ibu beli enpon baru. Bule la Kakak main enggi bird guna enpon ibu..." 

Oni diam sejenak. Kemudian, dia ke depan tv. Entah apa dibuatnya. Pastu, dia datang kembali.

"Ibu ada duit kerrrrr? TAkde? NAh, amik duit Oni...." katanya sambil menghulur tapak tangan yang tidak berisi apa-apa. 

"Ok..macih.." balas ku sambil ambil 'duit'nya.

"Pi beli lektop ibu skali."



Siyes, bila Oni sebut perkataan 'lektop' bunyinya sungguh sedap. 



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram