Followers

7 May 2012

Entri Kecik Hati.


Demi tugas~



Tatau nak ckp pe dah la.
Nak wat tatau, aku tak sampai hati. Aku ni jenis orang yg boleh memandang masa depan, especially kalu dah keje dlm bidang cenggini.


Bulan 12 tahun lepas beria dia nak wat polisi untuk anak dia.
Aku tau la dia tak berapa nak mampu.
Aku tak paksa pon.
Tapi, kalau dia sniri yg nak wat, dan dia nak servis dari aku, so aku tak keberatan.

TApi, ni bukan masalah tak mampu dah ni.
Skang aku offended ngan sikap yg bagi aku tak berhemah lansung.
Aku bukan mintak hutang.
Kalau dia hutang aku, aku halalkan lama dah.

Tapi, ni duit insurans dan saving anak-anak dia.

Alasan bulan pertama:
  1. "Minggu depan saya bayar.."
  2. "Suami takde la.. Gi Perlis tak balik lagi. Tak dapat amik duit.."
  3. "Suami terguna duit. Bulan depan bayar.."

Alasan bulan kedua:

  1. "Tunggu potongan gaji suami masuk, baru leh bayar..."
  2. "Nanti Isnin Liza dtg umah ye..". Tapi aku gi umah dia, takde pun duit. Dia just nak jumpa Oni ngan Wawan jek. 
  3. "Suami terguna duit lagi... Bulan ni ada emegensi. Kena bayar duit banyak. Kena gi training lagi..."

Alasan bulan ketiga:

  1. "Tunggu potongan gaji suami masuk. CIMB memang masuk lewat sikit.." Aku tunggu sampai 3 minggu, tak masuk-masuk jugak. Aku da check kat orang lain, semua pakat dah masuk. 
  2. Aku da sound setepek. Client tak client. NAk aku servis elok-elok, silalah mudahkan kerja aku. Kalau anak tu jenih sihat walafiat takpe gak. NI awal-awal nak wat polisi anak dia pun, aku kena wat medical report. MAknanya anak dia tak berapa nak sihat la kan? Aku tanya dia..."NAK SAYA SERVIS KAMU LAGI TAK? KALU TAKNAK, BESOK SAYA BAWAK TERMINATION FORM. SILA SIGN!"
  3. Bukan niat nak berlagak sombong tak tentu hala. TApi aku kenal benor ngan client sorang nih. Aku penah kerja ngan dia dulu. Asyik takde duit je. So, aku mengambil inisiatif, tolong uruskan simpanan untuk anak-anak dia sebab kalau jadi pape kat diorang, mmg takde sapa MAMPU nak tolong dah kot. TApi, kalau dah parents sniri pun tak berdisiplin nak menyimpan kat anak-anak, siap leh guna lagi, SAPA LAGI AKU NAK MEMANDAI-MANDAI kan???? 
  4. Baek punya tangguh, last skali dia ni cakap "suami saya terguna duit simpanan anak-anak ni. Saya pun dah hangin dah. Dia pegang kad atm akak bla bla bla..." Aku tak berapa nak dengar sebab bagi aku alasan dia agak nonsense. TApi, tu pun aku bersabor lagi. Aku mmg penyabar banyak la sejak tukar profesyen ni. 

Ni dah masuk bulan keempat. Seringgit hape pun tak hulur. Dia cuma bayar SEKALI je lepas polisi dia diluluskan. Skang, polisi anak-anak dia dah LAPSE.

Siyesly, client aku semua aku anggap cam family. Anak-anak diorang , aku amik berat. MAcam anak-anak aku. Aku kenal mereka-mereka ini luar dan dalam. Dan client yg sorang ni, anak-anaknya memang rapat dengan anak-anak aku.

JAdi, kalau jadi pape, takkan aku nak tengok je?
Ni, dah lapse ni, nak tengok je?
Adakah wajar aku menjaga profesionalism ngan client ni, ataupun aku bertukar menjadi MAkbed the Great skang??
 

Advice diberikan. Concern ngan kesihatan anak yang kedua, seringkali tak sihat. Diorang ni bukannya takde duit. Masalahnya suka bertangguh membayar, bila sampai hujung bulan , guna duit simpanan anak-anak pulak. Itu kalau tanya anak sebulan simpan berapa, mampus tak jawab. Tapi bajet cam kaya la kan..?


"Takpelah... Liza kansel jela polisi salah sorang. Saya dah penat la cakap dengan suami. Dia pakai duit saya.. Duit dia yg patut bagi kat saya pun, dia amik..."


Malas nak cakap apa-apa. Korang dah besar. Kalau dekat orang, pandai aje nak nasihat kan. Tapi, bila kena kat diri sniri, jumpa aku nak angkat muka pun malu.


3 hari lepas....


Client ni sms.

"Anak saya dah seminggu demam. Check kat Hospital Alor Setar, doktor cakap ok. Saya nak bawak refer gi Kedah Medical Centre. Tapi saya takde duit...."


Nak wat camana? Ari tu slamber je dia kanselkan polisi insurans dan medical card anak-anak dia. Dah la anak kedua tu aku kena wat medical report sbg syarat nak luluskan polisi. Aku frust sebab dia lansung tak hargai usaha aku setelah aku bersusahpayah explain kat dia kenapa anaknya perlu ada medical card ni.

Aku bukannya nak untung saja. Of course la, kerja memang la kena ada pulangan. Tapi, pulangan aku dibayar mengikut apa yg diambil. Kalau aku ni gila tamak, aku tak de susah-susah tanya berapa bajet yg dia buleh. Kena wat pengiraan dulu. Kena la berhati-perut jugak. Kita nak memudahkan orang, bukan menyusahkan lagi!


Skang dia faham le apa maksud ayat

"Kamu sudahlah susah. Tapi, tindakan kamu mengunakan duit simpanan yg telah dikhaskan untuk anak-anak , bertangguh-tangguh membayar apa yg sepatutnya menjadi hak anak kamu , lebih mendatangkan susah kepada kamu. Jangan bicang soal amanah, bila kamu sniri tidak amanah melaksanakan apa yg sepatutnya kamu lakukan. Kamu bukannya tidak mampu. Tetapi kamu suka menagmbil kesempatan dan tidak beringat.."


Ari tu, dia marah aku masuk campur dalam urusan kewangan keluarga dia.

Memang la aku masuk campur. Kerja aku kan? Wealth Consultant.
Dia bayar aku untuk jadi perancangan kewangan. Consultant. Jadi, haruslah aku masuk campur. TApi, kalau dia tak suka, wakpe dah bayar aku? Jadi, bila servis dihentikan, semuanya perlu dihentikan la.

Aku buleh la bantu. Tapi bagi Rm50 je la..... Nak bagi banyak, aku pun bayar medical card RM150 sebulan. Kalau aku kena pi sepital, masuk wad, aku hulur je la medical card tu. Duit nak hulur, takde. Kalau ada lebih, aku bagi la kat ko.

So, korang renung-renungkanlah.

Siapa antara 3 sahabat dan saudara-mara terdekat anda yang akan membantu bila tetiba anda atau / dan ahli keluarga anda dilanda musibah penyakit atau kemalangan?

Sekali kemalangan , maybe buleh bantu.
Tapi, kalau kemalangan atau penyakit tu bilnya Rm25,000..... sapa lah yg paling awal nak keluar duit tolong hulur?

Kalau ada ahli keluarga yang kaya , baguslah.

Yang takde keluarga tu?
Yang sebatang kara?
Yang hidup merantau?



Efektif ke kalau asyik menyalahkan pasangan masing-masing bila masuk bab menyimpan?  Sejauh mana keefektifan meyalahkan pasangan, meletakkan kesalahan tu sebelah pihak sedangkan menyimpan tu tanggungjawab bersama? JAdi, bila dah cenggini sudahnya, nak salahkan sapa pulak?


*Entri kecik hati....




Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram