Followers

8 May 2012

Entri Final: Lepas habih bersukaria, Bambam Bee beraksi semula dijalan raya


Sebelum start baca entri di bawah, boleh baca entri-entri berikut supaya anda tidak sesat jalan dan menuduh saya merepek-repek tanpa hala tujuan..



Tarikh: 6 Mei 2012
Lokasi: Perniagaan Hasil Laut Tarmizi Dan Zalina
Aktiviti: Membeli-belah 




OK, kami membuat bising di sini pulak!


Kalau dah datang Lumut, memang tak cukup rukun jika tidak singgah beli ikan bilis, ikan masin dan sotong kering dari kedai hasil laut. Cuma kedai ni spesel sebab ia merupakan penaja Family Day Havoc kali ni. 

Tak perasan plak bila masa depa gantung banner kat kedai tu. Time depa bergambor, aku ngan Oni tengah makan eskrim dalam keta. Panas weh! Tatahan~ Mak kan kulit puteri Korea. 


Jem kaunter pembayaran



Semua bawak beg plastik gemok-gemok

Aku lak tak bli pape sebab aku baru je beli ikan bilis minggu lepas.
 Belum bukak beg plastik lagi pun.
 Tapi aku salu beli kat kedai Jamilah, kat sebelah kedai Tarmizi Zalina ni.
 Maklumlah, kak Jamilah adalah client terbaek bos haku.
Bercekak pinggang kebingungan jugak la pekerja kedai Jamilah bila melihat Bambam Bee parking kat depan kedai dia, tapi tuan Bambam Bee gi shopping kat kedai bersebelahan. HEhehheheh~
 Maap kak. Saya beli eskrim je pun. Jangan le marah....


Lama jugak dema lepak kat sini.
Lepas sejam, baru bergerak ke destinasi seterusnya.





Lokasi: Restoren Walid dan Ummi
Aktiviti: Mentekedarah 


Jam udah menunjukkan jam 3. Baru semua pakat sedaq yg perut belum diisi lagi.
Punya la sonok ye kome bergulak-kutawa.
Anak-anak kecik dah jerit-jerit ngantuk sebab tak tido siang. Bini-bini lak dah cekak pinggang sebab perut dah bunyi! HAHAHAHAHAH~


Susun jentera memasing kat sini plak
AKU SUKA GAMBO DI ATAS. 
Well... reverse parking merupakan amalan 'terpuji' kat base. Siap ado sign board khas suruh orang parking macam gambo kat atas ni.
 PAra Havoc-ers memang patut dijadikan contoh. 


Tapi, keta sapa lah sebijik yang paking tak ikut skema tu??????
 KOme nampak?





Mana Bambam Bee ni?

 Banyak-banyak keta cenggini, aku jadi stress lak Bambam Bee tak begitu menyerlah.
 Dah le tak laju.
Takde bunyi vroomm...vrooomm... 

Ok...pasni aku tuko kaler ko lagi ek. Maybe hijau kot!!
Sebab belum ade keta kaler hijau. HAHAHAH~
Stended la...Aku kan gila glamer.


Mengasah bakat men henpon Apak


Bukan senang dapat sentuh henpon Apak ni.
 Kali ni Apak kasi peluang Oni men Angry Bird.
Main lah beliau sampai betri henpon Apak habih.
Pehtu, dah mati kutu tatau nak wakpe.


Sepanjang dok Lumut, haku tak penah makan kat Restoren Walid dan Ummi ni.
Dapat le jumpa tokey restoren yang nampak jelas tergezut dengan kehadiran kitoang yang ramai sampai tak muat kedai dia. Heeeee! Dah tu, nasik plak habih.
Kena tunggu masak yang baru.




Jam 5 petang, baru aku , Inche Kitchi ngan Oni bergerak ke Kuala Kubu. 

Jam 7.30 sampai. Makan dulu satu round. Pehtu, baru aku ngan Oni bergerak balik ke Lumut semula dengan gagahnya. 

Jam 10.30 malam, kami pun sampai rumah. 
140km/j ... tak sedar pun sebab drive pakai kasut tebal. Salahkan kasut lak kan? 
Enjin baik-baik saja. 
Saje test power sebab dia rosak seminggu kan? 

Wawan kena tinggal umah Acik Nyeman. Bila aku amik, Wawan baru je nak tido. 
Nampak-nampak kakak dia je, Wawan sengih macam kerang busuk. 
TAk jadi tido. Main-main, guling-guling dulu ngan kakak. 


Tetau je.......


Dah terbongkang!

 Salu tu demand nak tutup lampu, tutup tv ... kasi gelap-gelap baru buleh tido. 

Tapi ni kira megik la.
Lampu belum tutup, tv pun dok bising-bising lagi, Wawan dah hanyut awal dah. 




 Senang keje Ibu. Tak dela jenuh Ibu mengaum-ngaum soh tido dah.







Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram