Followers

3 May 2012

Doakan Fahry. Semoga beliau segera sembuh.



Tengah malam Selasa, time mata baru nak lelap, henpon bunyi menandakan meset masuk.
 BAjet Inche Kitchi le meset. Kot dia rindu ke hape kan...

Sangkaan ku meleset.....

Nama Cik Puan Nozie muncul di screen.


"Nak gitau. Fahry admitted. Kidney problem..."


Berderau darah aku nih. Tetiba je kidney problem? Tak silap aku, melalui pembacaan status fesbuk Nozie, Fahry just batuk-batuk je. 

Aku call untuk penjelasan lanjut. Tapi, masa tu dia pun masih kebingung-bingungan. Katanya, badan anaknya Fahry tetiba bengkak. Bengkak macam orang peknen tu. Ada lebam-lebam. So, dibawanya Fahry terus ke Hospital Manjung sebab tak sedap hati. 


Semalam, Rabu. Aku patutnya gi jumpa Momy Iman ngan Nana YAsmin kat Pejabat Imigresen. Tapi aku postpone jumpa diorang jap, gi spital dulu jumpa Nozie. Walaupun waktu tu bukan waktu melawat. HAHAHA... Jam 10 kot. 

Semut Merah ada di tempat kejadian.  Tapi, masa aku sampai , beliau sudah mau balik. 

Kebetulan, masa aku sampai di katil FAhry, para doktor tengah round. Moskel gak aku ramai sangat doktor. MAybe doktor pelatih kot. Muka pun fresh-fresh lagi. TAk lama je pas aku sampai, doktor pakar pun sampai kat katil Fahry. So, aku berpeluanglah dengar penjelasan Dr. Khairi , bersama Nozie.

Nephrotic Syndrome. Itu le nama penyakit yang ditulih dalam rekod Fahry. 

Yang aku paham, terdapat protein berlebihan yang di kesan melalui air kencing si kecil.
 Punca, belum diketahui. MAsih terlalu awal to determine anything. Next action adalah, buat urine test lagi skali dan kemungkinan Fahry kena stay kat spital for 14 days. 

Secara luarannya, keadaan Fahry baik-baik je. Takde nangeh-nangeh. CUma badan dia je bengkak. Memang bengkak keras cam kaki haku masa peknen 7 bulan ke atas. Masa aku sampai, FAhry eok je menyusu. Hmm.. Nengok Fahry, aku teringat Oni. Diorang sebaya. Beza hari 2 je. Dan besday Fahry sama lak ngan besday haku. 

Doakan Fahry sihat ye kawan-kawan semua.


Sapa yg ada experience dengan Nephrotic Syndrome, bulehlah share ye.

After 14 days atau selepas Fahry keluar wad, kerja MAkbed kemudiannya bermula lah. BERSEDIA!!!!!


Pas melawat Nozie dan Fahry, aku terus ke Pejabat Imigresen, jumpa Momy Iman.







HAri ni, hujan lebat membasahi bumi sejak subuh. Sioknye tidoq. 
Jam 9 pagi, aku nak kuar antar Oni ngan Wawan pi kat Maria. 
Tetapi.............


BAmbam Bee wat hal lagik!!!
TAk leh start pulak dah!










 Ikuti penjelasan penuh tentang status ini di SINI





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram