Followers

13 May 2012

Dengan Kasih Sayang Allah, terlahirnya kamu berdua yang menjadikan Ibu, seorang Ibu.





Oni




Wawan


 Melahirkan kamu berdua, biarpun sakitnya tidak terbanding dengan apa saja sakit di dunia ini , Ibu gembira. 
Syukur Alhamdulillah

Ibu diberi kasih-sayang Allah dengan terlahirnya kamu berdua yang comel lagi menceriakan. 
Allah legakan hati Ibu bila kamu berdua begitu mudah dijaga. 
Allah melindungi kamu bila Ibu dan Ayah keluar menjalankan tugas. 

Wajah-wajah lembut kamu melegakan sesiapa yang melihat.
Tingkah-laku kamu menyenangkan, memudahkan penjaga-penjaga kamu yang menggantikan Ibu semasa Ibu tiada. 
KAmu sentiasa sihat , sesekali merengek minta dimanja. 
Begitu manis sekali anak-anak Ibu.
Terlupa segala sakit yang Ibu alami ketika melahirkan kamu. 

Ibu tak kaya untuk memewahkan kamu. 
Tapi Ibu tak miskin perasaan....
Kalau IBu kaya pun, Ibu tetap tak mewahkan kamu. Kedekut okeh!
Ibu mungkin tak gula-gulakan kamu dengan barangan mainan setiap bulan
Tapi Ibu sentiasa berada di sisi kamu bila kamu perlukan dan bila tidak diperlukan
 Ibu tak kaya harta
TApi Ibu kaya jiwa 
Kasih sayang Ibu ini percuma
Sakit perit Ibu membesarkan kamu ini percuma sebab medical card Ibu dah beli ..
Cuma Ibu harapkan anak-anak Ibu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Menjadi insan berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara
Mencapai apa yang dicita-citakan
Menyenangkan saudara, rakan dan taulan.


 Kamu berdualah yang menjadikan Ibu, seorang Ibu




Have no worries my little ones,
Let's hold hands and walk together through all the journey that world has to offer. 





Jom makan sup kaki ayam






Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram