Followers

29 May 2012

BAYI-BAYI COMEL INI SYAHID DI SYRIA.


MAKBED TERBACA MASA BLOGWALKING PETANG NI.
DAN KENDIANNYA AKU WAT SIKIT RESEARCH BERKENAANNYA. 

Banyak juga blog yang buat entri pasal ni. Korang boleh try google.









Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

Mangsa Korban:
+ Mengorbankan 114 orang awam.
+ Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
+ Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui.









Kronologi Kes Penyembelihan Haulah oleh Tentera Bashar


Kronolgi Ringkas:
  • Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.
  • Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.
  • Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.
  • Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.
  • Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.
  • Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.
  • Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).
Pihak yang bertanggungjawab
  • Pihak tentera rejim Syria.’
  • Syabih (Tali barut Basyar).
Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.


Bac ni plak:
SIAPA BASHAR AL-ASSAD DAN KISAH SEBENAR KONFLIK SYRIA


Makbed berkata:

Tak kiralah apa matlamat, perang apa pun , Rasullah SAW MELARANG membunuh wanita dan kanak-kanak. Even orang tua yang takde kena mengena dalam usaha memerangi umat Islam pun tidak dibenarkan bunuh. 






Yang ni plak bukan stakat bunuh, siap rogol lagi. Caner? Boleh baca kat SINI.


Teringat kisah Firaun bunuh semua bayi lelaki sebab diramalkan akan ada lelaki yang akan merampas kuasanya. 
Yang ni plak, aku rasa saja dia bunuh semua anak-anak kecil diorang ni sebab tak nak bagi ada genarasi baru yang akan melawan diorang akan datang.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram