Followers

17 May 2012

Antara jenis manusia yang aku jumpa hampir setiap hari



Antara orang-orang yang Makbed perlu berhadapan setiap hari...


Orang yang Macam Good-Good tak Habuk pun Tarak
Orang cam gini, kalau ko tengok kat status fesbuk dia, apa yang dia tulih tu memang mampu buat kita kagum. Dia akan citer pasal life dia, pasal diri dia yang hebak, pasal karier dia, pasal kehidupan dia yang memang marveles.... Tapi, bila kita jumpa dia secara live, berborak-borak bagai , setengah jam ko dah tau apa yang dia tulis kat fesbuk tu tak sama ngan life dia. Kalau keje cam haku, tanya soklan serba-sikit je, aku dah tau pendapatan bulanan family cukup ke tak. Takyah suruh dia mengaku. Kirim salam je la.


Orang yang Bajet Cun / Hensem
Bila berjalan , asik nak cari cermin.
Status fesbuk berkisar akan kecantikan dia je lah. Orang lain tak cantik pown. 
Tapi, bila aku jumpa dia nak tanya pasal persediaan masa depan, dia cakap "ala kak, duit tak cukup lah. Saya tengah menyimpan nak beli beg LV ni............ Tak cukup bajet kang. 
Yang tak paham tu, gi keje naik moto. Beg LV rege ribu-ribu tu nak boh dalam bakul moto je kot. Tak hagak-hagak ko neh...


Orang yang mementingkan kata-kata orang di sekeliling dia
Baguih orang cenggini. Apa yang dia rasa tak penting. Apa yang orang lain kata, itu penting. Sudahnya, terlampau ikut apa yang orang kata, nasib dia berakhir dengan dia ikut apa je orang tu SURUH. Diri sendiri tahu kemampuannya. Tapi, dengar input-input orang lain, ditambah pulak dengan kurangnya pakar menapis sesuatu input tu samada positif atau negatif, maka potensi diri tu terkubur je lah sampai tua tak keluar-keluar. 


Orang yang baginya pendapat dia sahaja betul.
 Orang lain punya pendapat, BELUM TENTU!
Yang ni lagi baguih. Pendapat dia je yang betui. 
Kalau orang yang bagi pendapat tu ada PHD, ada kelulusan tertentu dalam bidangnya sekali pun, belum tentu betul ok.. 
Contoh: Doktor sakit puan dah wat diagnosis kata awak tu mungkin ada masalah dalam rahim. Tapi doktor tu lelaki, walaupun dia ialah pakar sakit puan. 
Awak ni plak, tak nak terima hakikat awak tu sebenarnya ada penyakit, sebaliknya menyalahkan diagnosis doktor tersebut. Bila doktor tu bertegas tentang penyakit awak, awak pulak tetiba kata...."TAK PAYAH LA DOKTOR. DOKTOR LELAKI. APA YANG DOKTOR TAHU PASAL PEREMPUAN. LAGIPUN SAYA TAK BULEH BERURUSAN DENGAN DOKTOR , HARAM! SAYA TAK YAKIN DENGAN DOKTOR. "


Orang yang tak reti buat keputusan
Deal ngan orang macam ni memang tensen. Lambat bertindak. Selalunya dia suka amik jalan selamat, dengan menyuruh orang lain buat keputusan untuk dia. JAdi, katalah jadi masalah selepas keputusan diambil, senanglah sikit dia nak salah orang yang buat keputusan tu. Dalam perbincangan pun, dia selalu dok diam je. Bajet cam bagus, diam cam berpikir, tapi sebenarnya tak pikir pun. Ended up, dia suruh kita wat keputusan ikut suka kita jugak. Salu jadi bila aku explain pasal insurans kat pasangan suami isteri. Sangat payah nak dapat SUAMI yang mendengar. Salunya, isteri je yang KENA DENGAR...


Orang yang bila aku tengok dia je nampak macam tunggul.
Yang ni memang takleh wat pe la. Bukan aku yang saja-saja nak nampak dia macam tunggul 
Tapi , tu lah. 
Dah cuba untuk membuatkan dia nampak macam manusia, tapi aku tetap nampak dia macam tunggul. Siyes hepless orang camni. 
Sebab, walaupun dia nampak macam tunggul, tapi dia ada perasaan. 
Dia tau pulak terasa hati, sedih, lapar, nak berak, ngantuk...
 Kalau tunggul sebenar mana ada leh wat semua tu kan?
 Kalau tunggul senang sikit, kita boleh amik letak barang atas dia, atau buleh wat tukun. 
Tapi, kalau orang menyerupai tunggul ni, kita still nak kena jaga dia, nak kena cakap elok-elok...walaupun orang tu tak bagi respon pun kat apa yg kita cakap.
 It's not dia tak reti to have fun and to respond on things... bukan. 
Dia cuma MALAS je. Malas segalanya. 
Bagiinya, kalau dia tunjuk komitmen pun, tak berbaloi apa-apa. HAaa.. kat opih aku ada sorang cenggini. Jadi bahan je la. 


Orang yang Mudah Percaya
Yang ni senang. Aku explain sikit je, dia terus caya apa aku kata. Kalau kena ngan orang lain, mungkin boleh kena tipu. Tapi sebab yang explain tu aku iaitu MAKBED, jadi susahla sikit korang nak kenatipu ngan aku. Sebab aku selalu mewujudkan komunikasi 2 hala. So, kalau tak suka, leh terus marah je. HAHAHAA~ Timakasih banyakla kat orang yang percaya kat aku ni. Berat tugas aku bila orang dah percaya ni.


Orang yang terlampau suka minta pendapat
Yang ni jenih suka MENDENGAR. Pastu, suka minta pendapat orang lain. Konon cam nak dengar. Tapi sebenarnya, tak pun. Dia memang suka camni. Penat aku bagi pendapat bagai, balik-balik menda yg sama jugak jadi. 
Pasni, nak pendapat aku, BAYAR!


Orang yang helpless.
Terlalu bergantung pada orang lain. Senang bagi excuse. Macam-macam excuse dia. 
Nak buat keputusan tak boleh sebab suami dia tak balik lagi. 
Takleh pegi mana pun sebab tali kasut hilang.
Aku dulu pun masuk kategori ni gak. Tapi skang, dah baik dah. Gangguan tu ada..manusia ni kekadang helpless jugak. Tapi, kena sentiasa buat yang terbaik dan berusaha. Kena pastikan apa yang tak kena, dan tangani masalah tu secepat mungkin.



Attention seeker
Humm................. kita semua buleh dikatakan attention seeker kot. HAHHAHAh~ Kena kaji balik la pasni, kenapa kita memerlukan ATTENTION. 



Meriah kan life aku?





Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram