Followers

18 Jun 2013

Wahai Suami dan Bapa sekelian, beringatlah.






Duhai Bapa-bapa sekelian ...


Tahulah kamu punyai tanggungjawab yang begitu besar
pada isteri dan anak-anak tersayang
Dengan kudrat tulang 4 keratmu, maka keluargamu tidak perlu mengais-ngais mencari sesuap makanan. 
Dengan tenaga mu, isterimu boleh memberi sepenuh tumpuan dan kasih sayangnya pada kamu dan anak-anak kamu,
Dengan jerih-payahmu, anak-anakmu tersenyum kegembiraan tatkala menerima apa saja pemberian dari kamu apabila pulang.

Anda tonggak berdiri teguhnya keluarga
Tanpa anda wahai si suami dan bapa, jatuhlah mereka...

Pernah terbayang bagaimana keadaannya bila tiba-tiba ANDA, si pencari nafkah hilang kudratnya?
Bagaimana ketika pada suatu hari anda keluar bekerja seperti biasa, dan sesuatu yang tidak dijangka menimpa diri ANDA? 
Ketika itu, kudrat anda sudah tiada untuk terus mencari nafkah bagi keluarga? 
Dan anda yang sudah tidak berkudrat itu pun memerlukan keluarga anda membantu melaksanakan rutin harian anda? 

Jika ketika bekerja , anda tidak pernah gagal menyediakan simpanan untuk keperluan keluarga...
Jika ketika anda sudah bekerja, anda menyuruh isteri anda supaya duduk saja di rumah menguruskan rumahtangga
Jika ketika bekerja , anda tidak pernah lupa membayar sewa atau pinjaman perumahan anda , tempat keluarga anda berteduh..
Jika ketika anda masih mampu bekerja, anda tidak pernah gagal membayar ansuran kereta..
Jika ketika anda bekerja, anak-anak masih mampu berpakaian baru...
Jika ketika anda bekerja, sakit demam anak dan isteri ditanggung syarikat di mana anda mencari rezeki dan anda tidak perlu pening-pening lagi......

Bagaimana pula sekiranya ANDA sudah kehilangan KUDRAT untuk bekerja?

Sanggupkan anda menyuruh isteri anda keluar bekerja, demi menggantikan pendapatan keluarga yang tiada? 
Siapakah pula yang akan meneruskan simpanan pendidikan anak-anakk?
Siapakah pula yang akan membayar sewa atau ansuran perumahan?
Cukupkah lagi pendapatan untuk meneruskan pembayaran ansuran kenderaan?
Mampukah lagi anak-anak berpakaian baru ? 
Dan sudikah lagi syarikat di tempat anda bekerja dulu menanggung  bil perubatan sekiranya anda, isteri dan anak-anak sakit, sedangkan anda kini sudah tiada KUDRAT untuk berkhidmat? 





 Suami dan bapa-bapa sekelian,

Sedarkah betapa besarnya peranan ANDA dalam keluarga?
TAhukah nilai anda sangat tinggi di dalam keluarga anda? 
Hilangnya ANDA, tempanglah sesebuah keluarga itu...
Cemerlangnya kehidupan anak-anak masa depan adalah cemerlangnya perancang kewangan si bapa.
Cemerlangnya sesebuah rumahtangga itu adalah cemerlangnya rancangan kewangan si suami, dengan bantuan si isteri...


Anak-anak kita tidak akan terus pandai walaupun anda sudah tiada....
Tanpa kewangan yang cukup dan berterusan, anak-anak kita mungkin tidak bersekolah lansung setelah kita tiada...
Dan mahukah kita melihat anak-anak kita menghulurkan simpanan dalam tabungan mereka sendiri kepada kita bagi merawat diri kita yang sakit?
Mahukah kita melihat anak-anak mengorbankan persekolahan dan keluar bekerja sebelum masa demi membantu menambah pendapatan keluarga...?


Mahakarya cinta Makbed. HEHEHE.. Sori kerana tersenget~




Bagaimanakah kalau.....

Anda menyimpan setiap bulan tetapi di tangan anda sudah ada RM50,000 , tersedia jika sesuatu menimpa diri anda. Anda tidak perlu lagi menggunakan duit simpanan keluarga anda untuk menampung medical bil... Simpanan keluarga tetap wujud! 

Percaya atau tidak, bila anda diisytiharkan TIDAK BERKUDRAT untuk bekerja, simpanan anak-anak, perlindungan nyawa dan perbelanjaan perubatan isteri dan anak-anak , termasuk PERLINDUNGAN DIRI ANDA akan menjadi percuma ? Jadi, tiada siapa pun yang perlu mengorbankan waktu persekolahan untuk bekerja dan menyerahkan tabung simpanan masing-masing untuk membantu membayar medical bil si Bapa?.

Anak-anak anda yang menjadi yatim tidak perlu dirisaukan kewangan mereka kerana kebajikan mereka telah pun dijaga. Tahniah kepada si bapa yang berfikiran sedikit ke hadapan.
Anda boleh pergi dengan aman, dan keluarga anda juga tidak terbeban dengan segala hutang dan berfikir teruk-teruk bagaimana mahu meneruskan kehidupan ,tanpa anda.


Nasihat Makbed kepada bapa-bapa sekelian.................

  • Jaga diri anda
  • Jangan merokok.  Benar, mati buleh datang pelbagai cara. Tak merokok pun buleh mati juga. BUt, it's not about macamana anda mati, it's about how your family going to deal with you, dying.... Kalau mati terus maybe senang sikit. Kalau mati lambat, memang susah nak cerita la. Lagi-lagi kalau takde duit nak tolong bayar bil hospital sendiri. Ada yang terpaksa bawa balik pesakit ke rumah sebab tak mampu nak tanggung kos rawatan bil. KAlau anda mati, anda akan lihat pula isteri anda bergolok-gadai bayar bil rawatan anda jauh 'nun di sana'.
  • JAngan pikirkan masa sekarang ketika ANDA ada. Fikirkan juga masa depan, di mana ANDA sudah tidak ada ketika itu.

Siapakah yang paling PERLU ada insurans?


Bread-winners of the family. 
Ayah, ibu, ibu tunggal, bapa tunggal. Mereka yang terlebih dahulu memerlukan insurans.
 Lebih-lebih lagi yang ada anak ramai. 
Kalau ada anak 13 orang maybe tak boleh nak insurans kan semuanya, tapi yang paling perlu ada insurans adalah si BAPA dan si IBU.
 Dan pastikan insurans itu lengkap-selengkap-lengkapnya. 
Kerana, jika sesuatu berlaku kepada TONGGAK UTAMA keluarga, rosaklah barisan-barisan di belakangnya.

-makbed-







was published on April 21st 2012.


republished on June 18th , 2013.



Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram