Followers

9 Apr 2012

UNDANG-UNDANG IBU ONI KEPADA ONI DAN ADIK ONI



Sesetengah parents akan cakap tak patut buat undang-undang ketat sangat kat bebudak. YEla... budak kecik kan suka main, mana le paham undang-undang ni kan. 

Tapi, selaku Ibu yang garang  (chewah..) haruslah mengaplikasikan undang-undang di rumah untuk anak-anak khasnya. Bukan apa, kalau tak ajar dari kecik, besok dah beso payah aku nak mengajarnya. Udah le aku kena jaga anak-anak sengsorang. Apak lak takde. So, tanggungjawab tu berat sikit la. 


Antara undang-undang nya ialah:


TIDO JAM 9 MALAM 
Waktu tido malam adalah penting kepada budak-budak dan jugak kepada ibu budak. 
Tidak ada istilah budak tak nak tido, takmau tido dan degil takmau tido di dalam rumah ini.
 Pukul 9 malam je, umah sudah gelap. 
Ko ngantuk ke tak ngantuk, masuk bilik dan tido! S
etakat skang, Oni tak penah lagi ngamuk bila dipaksa tido. 
Dia tengok Ibu buat susu tu tandanya waktu tido dah sampai le tu. Tapi, lelama Oni ngan Wawan dah biasa dah... Kol 9 je mata dah stim. 
Kalau ada Apak buleh le tido lambat sikit. 

Kebaikan: Ibu buleh tido awal, mengikut jadual. 
Tido yang cukup boleh memastikan kulit cantik tanpa jerawat dan mood kekal ceria. Selain tu, bila anak-anak dah tido, Ibu buleh wat keje kat bilik opis. Takpun lipat kain sambil tgk tv. 



TIDO SIANG MESTI 2 KALI
Kalau waktu berada di rumah, tido siang adalah wajib. Memula pada jam 10 pagi sampai jam 12 tengahari. Kendian jam 2 petang sampai 4 petang atau lebih..... Ni memang tido berjadual. HAHHAA.. Ibu keje soh anak tido je. Kan kan..? 
ido banyak bagus untuk anak-anak. Tapi tak bagus pada orang dewasa ye. 

Kebaikan: Ibu buleh masak dan basuh kain. Kendian kemas rumah sikit. Sikit jeee... Sebab pastu kang semak balik. Anak tido ni senang. Ibu buleh wat aktiviti bebas cukai. 


JAGA PUTING DENGAN BANTAL BUSUK SENDIRI
Undang-undang khas untuk Oni. 
Oni penah tertingga bantal busuk dia kat umah pengasuh. Pastu, teruk dia nangeh. Besoknya terus pandai check bantal busuk sniri ada ke takde dalam beg. 
AHAA.. tau serik!

Kebaikan: Ibu takyah bongkok-bongkok sambil membebel cari objek-objek tersebut. Oni lebih responsible. 


KEMAS BEG SENDIRI SEBELUM GI UMAH PENGASUH
Ni keje Oni sebab dia kan KAKAK...... Aku siapkan baju-baju. Oni lak akan gi amik pampes. 
Dia dah tau da kena bubuh 6 keping dalam beg.
 Pehtu, dia akan masukkan puting Wawan dan puting dia dalam beg tu. 
Aku just check je. KAlau ada, boleh bergerak. 
Oni akan bawak bantal busuk dia sniri. 


LEPAS IBU SALIN PAMPES, ONI BUANG DALAM TONG SAMPAH
Ini memang rutin dia, kecuali kalau pampes tu ada 'ketui mas' kat dalamnya. HEHHE.. Kang salah bawak kang, jadi keje lak aku ngutip satu-satu. Eiiiyee... 
Aku dah sediakan tong sampah di tempat-tempat yang strategik untuk kemudahan bersama. 


LEPAS MAIN, KEMAS BALIK
Undang-undang ni tak berapa nak berjaya lagi. Kena hulur upah plak baru dia nak kemas.
 Tapi, ok la. 
At least, dia tau la maksud 'kemas' tu hape, kan? 


BILA BAWAK PI JALAN-JALAN, SILA DOK DIAM-DIAM.
Sebarang permintaan tak berfaedah tidak akan dilayan. 
Masa bawak Oni dan Wawan, takde beli-beli menan ke atau apa saja yang dia tunjuk. 
MEmang tak beli! 
Cekelet ke eskeyem ke, kalau nak tunggu besok. Tak beli time-time tu. 

Kebaikan: Disiplin ketika menemani Ibu shopping adalah penting. Sebab aku takleh handle sebarang rusuhan ketika membawa budak kecik tanpa kehadiran ayah mereka. Kesannya, Oni tidak permah sentap kalau Ibu tak menunaikan permintaan beliau. Dan tidak ada isu Oni nangeh sampai bergolek-golek kat supomaket sebab Ibu tak penah beli mainan kat beliau. Kesian tak?
 Beli la.. Tapi beli time dia dah lupa pasal apa yang dia nak tu.... BAru suprise!


BILA IBU PANGGIL SILA MENYAHUT
Ni undang-undang wajib. 
MEmang dikuatkuasakan even Oni masih kecil. Tapi, memula nak ajar tu terkeluar anak tekak jugak le memanggil nye.
 Seb bek la umah setingkat je. Tak banyak perabot. Tu pun jiran-jiran leh dengar. Skang, ok dah. 


MEMUKUL IBU ADALAH TIDAK DIBENARKAN. 
Ibu pukul adalah boleh. HAHAHHA.... Tidak boleh pukul, tarik rambut Ibu dengan niat nak bebal, jerit-jerit  apatah lagi sepak terajang. Sebab aku ada jumpa budak kecik slamber tarik tudung, tarik rambut mak dia dgan tampar-tampar skali tapi ibu dia wat donno je. 
Haih! 
MAk da kata anak dia bergurau. Waaa~ 
Sebarang usaha pemberontakan adalah dilarang.
 Jika berlaku juga, Ibu kurung kat dalam bilik sampai baik. 
Tapi salu aku ugut je nak letak umah PAKCIK SEMAN. Terus baik pastu. HUAHUAHUAHUAHUA~ 






Tu jela kot. MAkin besar, makin banyak la undang-undang dan tanggungjawab. Siap ko... Grrrrr....










Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram

Instagram